Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 13 April 2015

9 Cara Untuk Kurus



Bismillahirrahmanirrahim..

Gemuk. Salah ke gemuk? Gemuk langsung tak salah. Tapi kita perlu usaha untuk lebih sihat dan gemuk boleh akibatkan banyak penyakit terutama yang berkaitan dengan jantung.

Ada bebera tips yang kita boleh ikut untuk kita lebih sihat & lansing.

#1  Makanlah, jangan berlapar.

Tapi dengan syarat: makan sikit dan kerap. Makanan memberi kita tenaga. Bila kita tidak makan, kita akan kekurangan tenaga. Bila kita melakukan aktiviti yang melebihi dari tenaga yang kita ada, tubuh akan terkejut. Di saat ini, tubuh akan membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma rendah.

Apabila kadar metabolisma rendah, tahap pembakaran kalori menjadi perlahan. Bila anda berasa sangat lapar, anda berpotensi untuk makan dengan sangat banyak. Pada ketika ini, berat anda akan jadi lebih susah nak turun sebab kadar metabolisma yang rendah.

Jadi jangan berlapar. Makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

#2 Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan.

Minumlah kopi dan berkumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak berasa pahit dan menghantar isyarat ke otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kehadiran Enzim & asid HCL ini di dalam perut membantu dalam penghadaman yang lebih baik.

#3 Minum air kosong sebanyaknya.

Kevin Zahri kata: tak tahu berapa banyak. Minumlah sampai air kencing menjadi jernih. Selalunya disarankan minum sekurang-kurangnya 2 liter @ 8 gelas sehari. Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan mematobalisme simpanan lemak di dalam tubuh.

#4 Berhenti minum minuman yang bergas.

Kalau anda serius untuk kurus, anda mesti berhenti minum minuman yang bergas. Selalunya minuman bergas mengandungi terlalu banyak gula (7-8sudu gula) yang tidak elok untuk kesihatan.

#5 Kurangkan pengambilan garam dalam pemakanan seharian.

Cuba kurangkan pengambilan garam kerana pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Bila badan banyak menakung air, ianya boleh mengakibatkan anda 'gemuk air'.

#6 Jangan sesekali skip Sarapan

Sarapan teramatlah penting. Amalkan pengambilan sarapan tinggi protein seperti ESP supaya anda rasa kenyang yang berpanjangan disamping memperoleh 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.

Elakkan bersarapan berat seperti makanan bergoreng, fast food, nasi lemak.

Menurut kajian, mereka yang bersarapan berisiko rendah untuk gemuk berbanding mereka yang tidak sarapan.

Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah.Kadar metabolisma juga meningkat untuk pembakaran kalori.

#7 Makan secara perlahan-lahan

Makanlah secara perlahan-lahan dan jangan gopoh. Ini kerana bila kita makan secara perlahan, tubuh akan menghantar isyarat tanda kepuasan.

Rasulullah sendiri makan secara perlahan dengan mengunyah makanan sehingga ianya hilang tanpa perlu ditelan.

#8 Kunyah makanan kepada cebisan kecil

Kunyahlah makanan kepada cebisan kecil seperti Rasulullah SAW. Ini membantu dan memudahkan proses penghadaman.

#9 Makan dengan kerap tapi pada jumlah yang sedikit

Cara ini membantu pembakaran kalori yang lebih baik. Teknik ini membantu kita kawal nafsu makan. 

Cadangan set kurus Shaklee

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 

Lots of love, 
 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

No comments:

Post a Comment