Bismillahirrahmanirrahiim..
Tidak mudah untuk melayan kerenah anak
yang cerewet. Terutamanya apabila tibanya waktu makan. Pelbagai ragam
diberikan. Sesekali tentu anda pernah berasa kecewa jika anak tersayang
enggan makan makanan yang dihidangkan.
Sudah banyak peluh dikeluarkan tetapi si
dia tetap cerewet. Memang mencabar sekiranya kita mempunyai anak yang
cerewet dan memilih makanan ini.
Sebenarnya dalam menangani situasi
begini, anda tidak boleh keterlaluan memaksa atau memarahinya kerana ia
hanya akan membuatkan anak anda terus menolak makanan tersebut.
Bertenang, bersabar dan menjadi kreatif boleh membantu si anak bertukar
fikiran untuk mencuba makanan yang dihidang. Di sini dikongsikan tips
untuk mengatasinya.’

Melayan anak cerewet [PaMa]
Kanak-kanak tahu berapa banyak makanan
yang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk terus membesar dan sihat,
jadi sebagai ibu sediakan pelbagai jenis menu sihat tanpa rasa jemu untuk hidangan sekeluarga. Jadi semua orang akan seronok menikmati masa makan.
5 Tips Melayan Selera Anak Cerewet
- Sediakan pelbagai menu makanan setiap kali masa makan. Bersabar semasa melayan kerenah anak sebelum dia bersedia untuk mencubanya. Setiap kali anda perkenalkan hidangan baru, hidangkan seperti biasa di atas meja makan dan jangan terlalu menekankan tentang menu baharu itu.Sekiranya anda terus menghidangnya di dalam pinggan anak, dibimbangi dia berasa tertekan. Sebaliknya jika dia lihat semua ahli keluarga makan dengan selamba beberapa kali, tentu dia juga terbuka hati untuk mencuba makanan tersebut.
- Hidangkan dalam saiz yang kecil. Mereka hanya makan separuh daripada saiz orang dewasa. Contohnya, setengah cawan bijirin atau yogurt, dua keping daging, empat sudu besar sayur dan sepotong roti.
- Jangan beri mereka terlalu banyak pilihan. Contohnya jika anda berkata“Sekarang waktu makan malam. Adik nak makan apa?”Anak anda mungkin akan memilih makanan yang hanya dia makan sahaja. Sebaliknya anda berkata, “Ok ni hidangan makan malam kita.”Jadi dia perlu memilih makanan yang dihidang sahaja.
- Sesekali libatkan anak anda dalam proses penyediaan makanan. Ia termasuk membeli belah dan penyediaan makanan. Tentu sahaja dia berasa lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut.
- Sentiasa mencari cara bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya.
3 Perkara Jangan Lakukan!
- Elakkan memberi tekanan pada dirinya. Jangan terlalu mendesak anak anda untuk menghabiskan apa yang ada dalam pinggannya jika dia sudah tidak mahu.
- Elakkan memberi rasuah. Ya, elakkan dengan merasuah anak anda untuk makan dengan memberi ganjaran seperti gula-gula atau apa sahaja. Ini akan menyebabkan anak anda mengambil kesempatan di kemudian hari.Cara terbaik adalah dengan memberi bahagian yang sedikit kepada dirinya untuk makan. Serta berikan peluang kepada dirinya untuk meminta tambahan makanan.
- Usah terlalu risau. Jangan belasah bersalah jika anak anda tidak menyukai atau tidak menghabiskan sesuatu. Selalu letakkan di minda bahawa anak anda tidak akan berlapar melainkan dirinya sakit. Jadi elakkan diri daripada terlalu risau.
Semoga artikel ini membantu.
Sebahagian artikel ini diberi kredit kepada PaMa. & Bidadari.my
More article: Mealshakes tambah selera anak anda.
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?
Saya sedia membantu!!
Lots of love,
Emi | 0132226473
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
No comments:
Post a Comment