Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 21 April 2015

Lihat 15 Cara Untuk Naikkan Trafik Blog/Website Anda.



Bismillahirrahmanirrahiim..



Bagi sesiapa yang decide untuk berbisnes online, sangat penting untuk anda mempunyai medium blog/website bagi memudahkan perniagaan anda dicari oleh pengguna. 

Bagi perniagaan yang mempunyai ramai pesaing, adalah sangat penting untuk anda belajar ilmu untu menaikkan trafik blog/website anda.

"If your business is not online, you business will be out of business."

Jom kita tengok tips2 menaikkan trafik blog anda yang saya ambil dari blog Denai Hati

******************************************
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.

Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.

  1. Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.

  2. Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.

  3. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.

  4. Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.

  5. Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang  plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.

  6. Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.

  7. Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.

  8. Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.

  9. Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.

  10. Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.

  11. Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.

  12. Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.

  13. Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.

  14. Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.

  15. Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.

Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati.  

Tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.

**********************************

Moga tips ni bermanfaat ye. Moga jadi saham akhirat penulis denaihati & jugan anda yang share artikel ni. Klik butang share kat bawah ye. :)


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   



Emi | 0132226473


Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

No comments:

Post a Comment