Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday 13 July 2015

Bestnya Madu & Lemon

Bismillahirrahmanirrahiim..

Hari ni emi nak share tentang bestnya Madu & Lemon. Madu & lemon panas ni elok sangat diminum setiap pagi.


Antara manfaat madu & lemon ialah:

1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
2. Memperbaiki sistem pencernaan
3. Menghilangkan bau mulut
4. Memberikan kulit sihat
5. Berfungsi sebagai anti-bakteria yang melindungi diri kita dari penyakit
6. Melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak
7. Mengelakkan dari penyakit kanser dan jantung
8. Memberikan lebih tenaga
9. Mengelakkan dari terjadinya ulser mulut
10. Membersihkan saluran kencing anda dan bertindak sebagai diuretik
 
============================================


Madu & lemon juga boleh hilangkan bintik hitam di kulit muka!

#1- Potong separuh buah lemon

#2- Tuangkan 3 atau 4 titik madu ke buah lemon tersebut dan gosokkan ke muka anda.

#3 Biarkan campuran selama 5 minit sebelum membasuh muka anda dengan air sejuk. 

Air dari buah lemon turut membantu mengurangkan tanda-tanda di muka manakala madu pula adalah pelembap semulajadi yang berkesan.

============================================


Penawar sakit tekak atau batuk
 
Tip mudah menyediakan penawar sakit tekak atau batuk

Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan.
Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam.

=============================================

  
Detoks - Dr Zubaidi

Madu dan lemon kemudian dicampur dengan air panas boleh membantu mengepam keluar toksin dari badan, menghidratkan tubuh dan membersihkan sistem penghadaman.

Ia juga membaiki fungsi hati dan membantu detox. Ia adalah minuman hebat untuk mengekalkan kulit yang sihat.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Sunday 12 July 2015

Tips Membersihkan Solekan

Bismillahirrahmanirrahiim..

Kadang-kadang kita rasa dah betul-betul bersihkan solekan, tapi bila tengok balik, ada lagi gincu! Selalunya bahagian paling sukar untuk dibersihkan ialah mata dan bibir. Apakah cara terbaik untuk membersihkan solekan pada wajah?
 

Сleaning woman face with cotton pads. Cosmetic treatment.
Gambar: sheknows.com
  Mata
Gunakan pembersih solekan yang khas untuk mata kerana bahagian mata adalah bahagian paling sensitif. Jika kamu menggunakan pembersih solekan sembarangan, takut nanti akan adalah masalah sampingan pula. Baby oil adalah pembersih solekan paling berkesan!
 
Bibir
Bagi membersihkan gincu yang pekat pada bibir, kamu boleh sapukan Vaseline pada bibir kemudian ambil baju lama yang tidak lagi dipakai, bersihkan bibir kamu dan ulang pakai Vaseline kemudian bersihkan bibir dengan baju lama tadi sehingga hilang. Selain Vaseline, minyak zaitun dan baby oil juga antara pembersih terbaik!
  

Sumber: EH!

Di Shaklee ada makeup remover yang sangattt bestt. Nama dia Nutriwhite MakeUp Remover.

Ramai yang salah sangka rupanya. Mereka ingat bila mereka tak pakai make up, tidak perlu pakai make up remover. Ini salah! Sebenarnya kita masih memerlukan makeup remover yang bertindak seperti skrub wajah. Tujuannya untuk menyingkirkan sel2 kulit mati dan habuk2 kotoran.

Makeup remover PENTING untuk membantu: 
1) Menyingkirkan kesemua bahan dalam alat kosmetik/bedak/sunblock lotion yang digunakan, serta membersih segala kotoran dan habuk yang melekat pada permukaan kulit.



2) Mengurangkan risiko ditumbuhi jerawat, blackhead, whitehead dan lain-lain akibat daripada pori-pori yang tersumbat oleh kotoran.

3)Merangsang proses penggantian sel-sel baru melalui penyingkiran sel-sel kulit lama yang telah mati.Membantu kulit untuk bernafas pada waktu malam.


Kenapa NutriWhite Make Up Remover ni special berbanding brand lain?
 
Jawapannya: Ia TIDAK BERMINYAK berbanding makeup remover yang lain. 

Cara-cara menggunakan MakeUp Remover Nutriwhite:

1) Picitkan sedikit makeup remover ke tapak tangan dalam 1@2 cm.. kemudian sapu rata ke permukaan wajah anda..

2) Ambil cotton muka yang bersih, sapukan wajah anda yang ada makeup remover tadi sehingga bersih terutama bahagian mata yang ada eyeliner@maskara. guna cotton muka yang berbeza untuk setiap sapuan ye.

3) Selepas itu bolehlah bilas wajah anda dengan air bersih. Guna NutriWhite Deep Cleansing Foam untuk kesan lebih marvellous!
Testimoni:

Selepas beberapa kali pakai Makeup Remover dari rangkaian Nutriwhite Shaklee, pendapat erna..ini juga antara must buy item selain daripada Cleanser Nutriwhite (Pencuci Muka).

Makeup Remover ni bukan sahaja untuk anda-anda yang pakai makeup. Anda yang tak makeup pun boleh pakai juga. Secara logiknya kulit muka kita terdedah dengan pelbagai kotoran disiang hari. Asap,habuk,minyak,kesan bedak dll. Boleh lihat dengan teliti pada gambar..ada gentelan kelabu daripada kulit muka selepas erna apply Makeup Remover ini pada wajah. Gentelan tu seakan tisu yang lap air. Keluar segala kotoran…

Bye whitehead, blackhead! Memang clear habis semua. Kemudian cuci muka dengan Nutriwhite Cleanser. Best!
–Puan Erna Nordiana

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Saturday 11 July 2015

11 Kelebihan B Complex Shaklee

Bismillahirrahmanirrahiim..

Inilah kelebihan B Complex Shaklee yang perlu anda tahu:
  • Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • Mengelakkan penyakit beri-beri.
  • Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  • Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  • Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  • Mencegah stress.
  • Menguatkan antibodi tubuh.
  • Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  • Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  • Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  • Mencegah anemia. 
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Friday 10 July 2015

Cara Efektif Hilangkan BintiK Hitam Di Wajah

Bismillahirrahmanirrahiim..


Tentunya anda segan dan dalam masa yang sama geram dengan bintik-bintik hitam yang ada pada hujung hidung dan beberapa lagi kawasan wajah. Namun menghilangkannya bukan semudah membersihkan wajah dengan pencuci muka atau skrub, malah ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan untuk sesi facial yang turut membuat proses extraction untuk mengeluarkan bintik hitam.

Kini anda tak perlu bazirkan duit lagi kerana EH! ada lima cara yang jauh lebih murah dan juga berkesan untuk anda lakukan sendiri di rumah. Jom cuba!
 
Cara 1
Ambil telur putih mentah (pastikan tiada telur kuning tercampur), pukul sehingga kembang dan ratakan pada bahagian hidung yang ada bintik hitam. Letakkan lapisan nipis tisu diatasnya. Biarkan ia kering dan buang tisu tersebut. Bersihkan wajah seperti biasa dan sapu pelembap.

Cara 2
Pukul 2 biji telur putih dan perah 1 camca teh jus lemon. Sapu pada wajah biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan setelah ia kering.

Cara 3
Campur satu camca teh baking soda, garam halus bersama pencuci muka gel. Ratakan pada wajah yang telah dibasahkan. Biarkan selama 5 minit dan bersihkan wajah.

Cara 4
Perah jus lemon dan campurkan dengan baking soda sehingga ia menjadi pes. Ratakan pada bahagian bintik hitam selama 20 minit dan bersihkan dengan air sejuk.

Cara 5
Potong buah lemon kepada separuh, letakkan beberapa titik madu di atas permukaan yang dipotong tadi. Kemudian sapu pada kawasan bintik hitam.

Sumber: EH!

Di Shaklee, anda boleh memilih pelbagai rangkaian produk vitamin dan skincare yang mampu hilangkan bintik hitam dan jeragat.

Boleh hubungi emi untuk dapat harga penuh kasih sayang. :)



#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Thursday 9 July 2015

Tips Packing Barang Untuk Travel

Bismillahirrahmanirrahim...

Raya dah nak dekat, mesti ramai dah bersedia untuk pulang ke kampung halaman. Kat sini emi nak kongsikan cara packing barang untuk travel. Bila packing dilakukan dengan terancang, kita boleh jimat banyak ruang dan boleh kurangkan jumlah beg yang perlu dibawa.



Tips ni sesuai untuk semua jenis travel.

Sebelum kita pergi kepada proses packing, pastikan anda:

1) betul² faham dan tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu dibawa. Barang yang hendak dibawa bergantung pada tempat, aktiviti, cuaca dan semestinya tutup aurat dan sopan.

2) Buat list, jadi anda akan lebih nampak apa yang perlu dan apa yang tak perlu.

3) Prepare toiletries yang bersaiz mini sesuai dengan tempoh travel.

4) Bawa pakaian yang mudah untuk mix & match.

Ok. Itu serba sedikit persediaan sebelum packing. Seterusnya, kita tengok bagaimana cara packing barang² tersebut.

Memula asingkan type baju. Yang mana jenis ringan boleh gulung.
Yang mana jenis tebal/berat just lipat dua

Underwear kena gulung asing dan letak dalam pouch bag.

Buat satu layer baju, gulung gulung as based beg

Untuk seluar panjang buat macam ni.

Then atas layer seluar panjang tadi letak lagi layer baju yang dah gulung-gulung

Atas layer baju gulung-gulung letak baju yang tebal dan berat yang dilipat dua tadi tu

Bungkus semua baju tebal dan baju yang digulung tadi dengan seluar panjang

Siap!
Haa..dah siap pun.. Hehe..moga bermanfaat untuk semua ye... Share jangan tak share.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?      
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Radikal Bebas & Antioksida

Bismillahirrahmanirrahiim..


SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.

Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.


Saintis juga menganggarkan lebih 3 Trilion radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

#1 Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).

#2 Minuman beralkohol.

#3 Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.

#4 Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.

#5 Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).

#6 Sinaran ultra ungu.

#7 Pencemaran alam sekitar.

Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

Shaklee menawarkan koleksi antioksidan terbaik yang menjalani siri-siri penambahbaikan kualiti dari masa ke semasa.

Jom kita tengok kenapa antioksida Shaklee terbaik..

VIVIX - Mengandungi 10x ganda resveratrol. Resveratrol merupakan sejenis Anti-Oksida.
CAROTOMAX- 1 hidangan CarotoMax adalah bersamaan dengan 89 raspberries, 102 pisang, 714 aprikot, 113g salmon dan 285 anggur

VITAMIN E COMPLEX- Mengandungi ekstrak grape seed. Kelebihan grape seed adalah Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih kuat dari Vitamin C. Dalam erti kata lain ekstrak biji anggur ini amat berkesan Menghalang radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan
S/R VITAMIN C - Kandungan Vitamin C yang tinggi.Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
GLA COMPLEX - Mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.Borage mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan ke dalam sel dan tisu). Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal.

Dah tahu kelebihan2 ni jangan lupa beli dan makan ye... Beli dengan emi, emi bagi harga special :)

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
 

Wednesday 8 July 2015

Tips Al-Qadr #10 Malam Terakhir

Bismillahirrahmanirrahiim..




Golongan wanita yang period, tak ada alasan bagi kita untuk tidak mengejar malam lailatul qadr ya. Walaupun x boleh solat, banyak yang bole kita lakukan.
Berdoa.
Beristighfar.
Berselawat.
Menuntut ilmu.
Mendengar bacaan Quran.
Mengulangi hafalan.
Berdakwah.
Membantu orang lain.
Membantu ibu bapa di rumah.

Yang penting jangannnn biarkan nafsu anda menjerumuskan anda kepada:
Shopping berlebihan.
Makan berlebihan.
Tgk tv.
Dengar lagu.
Banyak tidur.

Sayang masa2 di hari Ramadhan yang makbul doanya.
Moga Allah kurniakan kita malam al-Qadr itu!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kpd kita semua...

1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10terakhir akan adanya malam Lailatulqadar

3. Pilih tempat yg terbaik utk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat

7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang.. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat utk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara2 mungkar tersebut

9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kpd Allah swt utk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....
Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia dan sharelah ia...

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?       
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda? 

Saya sedia membantu!! 
Lots of love,  
 
Emi | 0132226473  
Shaklee ID | 1102784  
Pearl V-TA   
When Health Matters Most 

Anda rasa post ini bermanfaat? 

Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.