Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 26 August 2015

5 Teknik Copywriting Mesti Cuba!

Bismillahirrahmanirrahiim..

Semalam saya kongsikan 3 teknik blogwalking. Hari ni saya nak kongsikan pula 5 teknik copywriting. 

Credit: megatsyafferizul.com

Teknik Copywriting

Teknik Copywriting 1: Headline – Subheadline

Syarat dalam menulis headline adalah jenis SOALAN.
Sub-headline pula adalah jawapan kepada headline kita. Mudah sahaja.
Manusia suka jawab soalan.
Jadi, soalan yang kita tanya akan menjadi cangkuk kepada minda separa sedar pelanggan supaya timbul minat dengan penulisan kita.
Minda manusia tidak suka soalan yang tiada jawapan. Oleh itu, Sub-headline akan menjadi penggerak kepada minda pelanggan supaya pelanggan habiskan bacaan penulisan.
Anda kena tahu bahawa pelanggan secara puratanya akan baca headline 5 kali berbanding isi kandungan penulisan.

 

Teknik Copywriting 2: Bodycopy

Bodycopy adalah anda masukkan terus MANFAAT. Seperti biasa, manfaat jangan lebih daripada 5. Penulisan yang berpengaruh dapat melumpuhkan skeptikal pelanggan.Besarkan huruf MANFAAT.
Pelanggan tak kisah apa nama produk anda. Yang pelanggan kisah, apa yang produk anda dapat bantu? Apa yang uniknya produk anda? Sebahagian pelanggan beli produk kerana keunikan produk tersebut.
Kenapa tak boleh senaraikan semua manfaat?
Pelanggan zaman sekarang sudah dihidangkan dengan pelbagai jenis copywriting yang mendakwa produk mereka boleh sembuhkan semua penyakit.
Jadi, kita nampakkan manfaat dengan penulisan yang unik. Manfaat yang terlampau banyak dapat merendahkan emosi pelanggan untuk membeli.

Teknik Copywriting 3: Tawaran

Tawaran mesti buatkan pelanggan berkata ‘Gila aku tak beli sekarang’. Tawaran juga merupakan satu daya penolak supaya pelanggan beli dengan kadar yang segera atau lebih baik, serta-merta.
Tawaran berunsur pelanggan tidak ada risiko untuk rugi. 100% pelanggan untung apabila berurus niaga dengan anda. Itu sahaja prinsip dalam meletakkan tawaran.

Teknik Copywriting 4: Testimoni

Satu lagi tekanan yang terbaik adalah kata-kata pelanggan lama yang kata produk kita bagus.
Pelanggan akan lebih percaya apa yang orang kata.
Testimoni cara bomoh adalah tak semestinya semua tetsimoni yang baik. Masukkan juga testimoni yang kurang elok tentang produk kita.
Hal ini dapat menampakkan kita sebagai penjual yang jujur dan boleh dipercayai.

Teknik Copywriting 5: Call To Action (CTA)

Pelanggan adalah makhluk yang manja. Anda perlu bimbing mereka dari proses jualan sehingga mereka bawa keluar duit dan beri kepada anda.
CTA yang sesuai adalah mengikut sasaran anda.
Ini case study terbaru mengenai CTA, pelanggan akan bertindak lebih laju dengan CTA Wassap. Hal ini kerana, kebanyakkan kuasa membeli adalah melalui telefon android.
Kalau pelajar, memang susah nak SMS kerana buang duit sahaja. Mereka banyak soalan, lagi banyak soalan, lagi banyak SMS, dan kredit pun habis laju.
Melalui kajian saya, peratusan pelanggan Wassap dan SMS adalah sama sahaja. Tapi, saya lebih sarankan anda cuba pecah market dengan CTA Wassap. Sama-sama kita lihat keputusannya.

Selamat mencuba & semoga berjaya!

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

No comments:

Post a Comment