Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 27 August 2015

27 Headline Yang Memukau Pelanggan!




Bismillahirrahmanirrahiim...

Terjumpa tips ni tadi di majalahniaga.com. Hasil perkongsian dari  . Sama-sama kita praktikkan ya!

Headline jenis amaran
#1 – Headline Jenis ?How To? Headline ini adalah headline yang sentiasa berjaya menarik perhatian ramai prosek. Ramai di antara kita mencari solusi kepada pelbagai masalah. Justeru itu apabila kita menggunakan headline jenis ?How to? maka ia sudah pasti berjaya menarik minat prospek untuk membaca copy anda. Sebagai contoh:
"Bagaimana Anda Boleh Jadi Langsing Dengan Menggunakan 7 Cara Magik Kuruskan Badan Dalam Masa 21 Hari?"
#2 – Headline Secara Terus Headline ini secara terus memberitahu prospek apakah tawaran anda. Selain cepat, ia juga memberikan pilihan kritikal; kepada prospek untuk membuat keputusan samada untuk terus bersama anda atau tidak.
"Kini Dengan Software Samurai Blogger Ini Anda Boleh Menggandakan Trafik Ke Blog Anda Semudah A-B-C!"


#3 – Headline Jenis Tersirat Tersirat membawa pelbagai maksud abstrak kepada pemikiran si pembaca. Ia mungkin GAGAL sama sekali ataupun bertindak dengan cemerlang kepada si pembaca, jika mereka dapat mentafsir mesej yang tersirat tersebut .
"Bunyi Detik Jam Tangan Anda Sungguh Kuat Apabila Anda Mula Memandu Bentley"
#4 – Headline Jenis Berita / Pengumuman Berita sentiasa membawa unsur gempar. Justeru itu kita boleh gunakan?headline yang menggemparkan seperti berita dan pengumuman.
"120,000.00 Orang Dikesan Menghidap Barah Hanya Kerana Air Paip Di Rumah Anda"
#5 – Headline Jenis Soalan Apabila menggunakan?headline jenis soalan, ia akan menghasilkan tekanan pada si pembaca lantas mendorong mereka mencari jawapan kepada soalan anda. Jadi sediakan jawapan soalan tadi di dalam badan copy anda dan akhir sekali pembaca akan membeli atau menuruti arahan dari anda.
"Adakah Anda Masih GAGAL Untuk Lulus Ujian & Penilaian PTD? Ketahui Tip Gerenti Lulus Dengan Segera Di Bawah Sekarang!"
#6 – Headline Jenis Arahan Headline jenis arahan akan memandu dan memberikan arahan spesifik kepada pembaca bagi mencapai objektif copy anda. Ia juga
bertindak sama seperti call to action (arahan bertindak).
"Download dan Install Software Yang Digunakan Oleh Para Affiliate Antarabangsa Yang Menjana Sehingga 10,000.00 USD Setiap Bulan Sekarang!"
#7 – Headline Jenis ?Mengapa/Alasan? Di dalam buku Web Copy That Sells oleh Maria Veloso beliau menyatakan kuasa kerana dan alasan yang kukuh, maka permintaan dan keperluan kita lebih mudah didengari dan dipenuhi. Justeru itu apabila kita menyatakan alasan mengapa prospek perlu membeli dan mengikuti arahan kita, Insya Allah ia akan memberikan jawapan positif
"Muat Turun Segera Panduan Kebebasan Kewangan Dalam Masa 4 Minggu Kerana Ia Telah Terbukti Sekian Lama, dan Membantu 18 Orang Terkaya Malaysia Mencapai Taraf Permulaan Bebas Kewangan Mereka!"
#8 – Headline Jenis Testimonial dan Jaminan Apabila prospek sedang berada dalam dilema untuk membeli atau tidak, maka dua perkara yang mampu membantu mereka membuat pembelian iaitu testimonial dan jaminan. Headline jenis testimonial membuktikan produk yang bakal ditawarkan adalah terbukti berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi prospek, dan juga telah ada orang yang terlebih dahulu menguji keberkesanannya.  


Ini sekaligus mengelakkan si pembaca daripada menjadi mangsa tabunguji. Jadi dengan headline berbentuk testimonial dan jaminan ia memudahkan anda memenangi perhatian pembaca berbanding pesaing anda.
"Anak Saya Bangkit Dari Kegagalan Peperiksaan Percubaan Dan Score 9A Dalam SPM Dengan Bantuan Sistem Smart Study Dr R!"
#9 – Headline Jenis Penyataan Faedah Headline jenis menyatakan faedah ini memberitahu kebaikan produk yang akan dikecapi pembeli seawal mungkin. Ia menerangkan kebaikan produk secara terus tanpa perlu pembaca menduga atau mengkaji dengan lebih lanjut apakah kegunaan produk tersebut. Dengan ini kita sudah memiliki prospek yang benar-benar berminat untuk mendapatkan dan menikmati faedah produk sahaja untuk membaca badan?copy kita yang lain. Ia lebih mudah menjual!
"Tiada Lagi Kesan Lebam Di Bawah Mata Anda Akibat Tidak Cukup Tidur Walaupun Anda Tidur Di Atas Meja Pejabat Semalaman!"
#10 – Headline Jenis Emosi Headline jenis emosi ialah headline yang memanipulasikan emosi pembaca untuk menanamkan minat, dan keinginan untuk membaca lebih lanjut dan memiliki apa yang kita tawarkan. Headline seperti ini selalunya lebih bersifat pedas dan tegas. Kadang-kala pula bersifat kasihan. Walau apa pun ia amat berkesan kerana satu perkara yang terbukti di dalam dunia copywriting adalah emotion sells, word tells.
"Kecewa Dengan Penampilan Diri Anda Yang Tidak Menarik Dan Masih Gagal Mempunyai Teman Wanita? – Walaupun Anda Memandu Ferrari?"

#11 – Headline Jenis Spesifik

Beckham & Adidas Predator 
 
Untuk headline jenis ini ianya memberikan gambaran yang tepat tentang sesuatu keadaan. Memberikan fakta, figur, dan data yang tepat membuatkan headline jenis ini lebih dikagumi.
“ Kelajuan bola = 31.1m/saat (69.6mph, 111.9km/j) – Beckham dan Adidas Predator”
#12 – Headline Jenis Amaran Dengan perkataan “AMARAN:” sebagai perkataan pembukaan headline anda, ia 100 peratus bakal menumpukan seluruh perhatian pembaca. Dengan huruf yang ditulis dalam bentuk huruf besar keseluruhan perkataan amaran, pembaca tidak dapat lari daripada memberikan tumpuan mereka, untuk mengetahui apa yang kita ingin sampaikan. 

 Bagi sesetengah orang, tulisan amaran tersebut menimbulkan rasa takut. Jadi ia bagus kerana emosi pembaca sudah berjaya dimanipulasikan.
“AMARAN: 7/10 Pesara Tidak Mempunyai Tabungan KWSP yang Mencukupi Untuk Kehidupan Mereka Selepas Bersara. Adakah Anda Pun Bakal Terjerat? ”
#13 – Headline Jenis Cadangan Headline jenis cadangan membuatkan pembaca membenarkan kita untuk mempengaruhi mereka. Walaupun ia secara hipnosis, headline jenis ini bunyi lebih sopan tetapi menyerang minda pembaca dengan pantas, tanpa memberi peluang untuk mengelak.
“Saya Cadangkan Anda Untuk Mencuba Produk XYZ Ini Kerana Saya Juga Telah Pulih Dari Asma!”
#14 – Headline Jenis Manipulasi Masa Seperti mana-mana jenis headline yang lain, headline jenis ini juga menekankan faedah yang bakal diperoleh bakal pembeli produk. Ia lebih berkuasa kerana memberikan 
kesan dalam waktu yang singkat. Walaupun sebenarnya anda hanya memberikan akses kepada produk jualan dalam waktu yang cepat, dan bukannya keberkesanan produk tersebut


Headline jenis manipulasi masa
“Berikan Saya 5 Minit Masa Anda dan Saya Akan Berikan Anda Bukan 5, Tetapi 10 Cara Buat Duit Online yang Terbukti Berkesan! ” “Sekarang Saya Berikan Anda Cara Paling Pantas Untuk Memutihkan Wajah!”
#15 – Headline Jenis Tekanan Kesilapan Adakah anda sanggup dan bersedia untuk melakukan kesalahan dan kesilapan dalam hidup anda? Saya pasti kita semua tidak sanggup untuk melakukan satu kesilapan, walaupun kesilapan yang kecil. Menggerunkan pembaca dengan kesilapan yang bakal mereka lakukan, atau menceritakan bagaimana mereka boleh mengelak dari melakukan kesilapan yang anda lakukan, umpama memberikan mereka cheat code untuk selamat. Jadi menggunakan headline jenis ini adalah satu cubaan yang baik dan cool.
“Saya Rugi RM379,000.00 Setahun Dalam Pelaburan Hartanah. Dapatkan E-Buku Pelaburan Hartanah Dr Shah Agar Anda Tidak Melakukan Silap Seperti Saya.”
Headline jenis tekanan kesilapan
 
#16 – Headline Jenis Rahsia Pemalas Apabila anda menggunakan headline jenis ini, saya boleh jamin yang anda mungkin akan dikatakan hanya memberikan gambaran yang indah-indah belaka (hype). Tetapi bagaimana pula jika produk anda benar dapat memberikan sesuatu hasil yang menakjubkan walaupun dengan usaha yang minima? Jika anda ada produk yang begitu, cuba headline jenis ini dan lihat sendiri hasilnya.


Headline jenis rahsia pemalas
“Saya Bocorkan Bagaimana Student Pemalas SKOR A Setiap Kali Peperiksaan. Malah Beliau Berparti Sakan Semasa Minggu Peperiksaan!”
#17 – Headline Jenis Adakah Anda..?  

Sama seperti headline jenis pertanyaan atau soalan. Cuma headline jenis ini lebih menumpukan dan sasarkan pada pembaca secara personal.


Headline jenis adakah anda
“Orang Sebelah Anda Sekarang Sedang Cuba Untuk Menutup Hidungnya. Adakah Anda Tak Segan Dengan Badan Yang Berbau?”
#18 – Headline Jenis Cara/Jalan Jika produk atau perkhidmatan anda menyediakan jalan, atau cara menyelesaikan masalah kepada pembaca, headline jenis ini mungkin menguntungkan anda. Tambahan lagi apabila anda menawarkan produk yang dicari-cari oleh pembeli terdesak.
“21 Cara Untuk LULUS Peperiksaan KPLI Dengan Mudah dan Selambanya. Apa yang Anda Perlu Sekarang Adalah Bersedia Untuk Ditempatkan!”
#19 – Headline Jenis Siapa lagi… Jika anda sering membaca surat jualan yang dikarang oleh pemasar e-buku antarabangsa, anda pasti pernah terbaca dan terjumpa headline jenis ini. Headline jenis “Who else…” mencerminkan seolah-olah produk yang anda jual memang laris, dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Justeru itu apabila ada prospek yang membaca, ia akan memberi kesan kepada mereka seperti ini, “Mengapa saya perlu ketinggalan? Saya mesti beli produk ini.”
Headline jenis siapa lagi

“Siapa Lagi Yang Mahukan Rahsia Buat Duit Dengan Clickbank? Sudah 285 Pembeli Berjaya Menjana RM100 Pada Hari Pertama Pembacaan Mereka…”
Selain itu, teknik ini juga boleh dibuah suai menjadi bentuk lain seperti…
“Apakah Yang Pemasar Internet Perlu Tahu Sebelum Menghasilkan Produk Pertama Mereka”
Dan…
“Hanya Segelintir yang Tahu Bagaimana Meramal Pasaran Hartanah Dengan Tepat. Dengan Sesi Latihan Saya Ini, Anda Tergolong Dalam Kelompok yang Sedikit Itu…”
Walaupun ia dalam format yang berlainan tetapi tujuannya tetap sama, iaitu untuk menimbulkan rasa ketinggalan kepada pembaca atau prospek.  

#20 – Headline Jenis Jika Anda… Headline jenis ini boleh menjadi begitu membosankan jika kita menulisnya secara terus dan plain. Walaubagaimana pun kita boleh menggandakan keberkesanannya, dengan mencabar prospek. Lihat bagaimana saya lakukan.


Headline jenis jika anda
“Jika Anda Seorang Akauntan yang Bagus, Berwawasan dan Cemerlang, Anda Pasti Tahu ‘Seminar Pengurusan Wang Ala Warren Buffet’ Berharga RM288 Ini Amat Berbalo-Baloi dan WAJIB Anda Sertai!”
#21 – Headline Jenis Bagaimana, Membantu/Menjadikan saya Sekali lagi kuasa ‘How to’ digunakan tetapi dipelbagaikan bentuknya ke dalam gaya yang lebih kreatif. Seperti yang kita semua tahu akan kuasa, dan betapa mudahnya headline jenis ‘How to’ memberikan hasil, pada contoh headline jenis ini kita menggabungkan teknik penceritaan di dalam elemen ‘How to’.
“Bagaimana Sekeping DVD Membantu Menukar Saya Dari Seorang Kaki Bangku Kepada Seorang Penyerang yang Berbisa…”
#22 – Headline Jenis Zero to Hero Kita gemar untuk mendengar cerita orang yang berjaya dalam apa jua bidang, setelah bangkit daripada keadaan yang tidak menggembirakan. Cerita-cerita begini memberikan impak pada emosi dan juga menaikkan motivasi. Jadi, mengapa tak cuba untuk menjadikan elemen ini sebagai teknik headline anda? Saya pasti anda sedikit sebanyak dapat merasai elemen emosinya dengan penggunaan headline seperti ini.


Headline jenis zero to hero
“Semasa Zaman Persekolahan, Mereka Mentertawakan Kaki Palsu Saya. Kini Dengan Kaki Palsu yang Sama, Saya Sudah Menjelajah Hampir 2/3 Dunia.” “Mereka Mentertawakan Saya Apabila Saya Bangun Dari Tempat Duduk dan Naik Ke Pentas. Tetapi Apabila Saya Mula Memetik Gitar Seluruh Dewan Terlopong Kagum!”
#23– Headline Jenis Pemasalahan Memang menjadi resam apabila kita mempunyai masalah / penyakit / kerunsingan dan pelbagai lagi, kita lebih mudah untuk membelanjakan wang ke jalan penyelesaian masalah tersebut. Jadi sebagai penjual atau pun penulis surat jualan, menggunakan elemen ini umpama memberikan signal 'Ya', untuk prospek membuat keputusan. Dengan meletakkan elemen ini sebagai headline, ia mampu untuk menutup jualan dengan lebih cepat.
“Hilangkan Kotoran Dan Habuk Pada Sofa Anda Dengan Mudah dan Sepantas Kilat!”
#24– Headline Jenis Rahsia Perkataan ‘Rahsia’ sejak dari dahulu sehingga kini memang menjadi satu azimat klasik, yang sering digunakan melariskan produk. Malah perkara yang bukan rahsia apabila diberitahu ia adalah rahsia bakal terjual dengan larisnya. Kesemua ini terjadi kerana kita sering percaya terdapat satu rahsia yang tersimpan oleh individu tertentu, yang perlu kita tahu bagi menggapai kejayaan.


Headline jenis rahsia
“Rahsia Pemasaran Emel 3.0 Yang Memberikan Hasil RM12,988.00 Dalam Masa 21 Hari Terbongkar…”
Walaupun pemasaran emel bukan lagi rahsia, tetapi ia masih lagi kedengaran seperti rahsia yang disimpan rapi dalam peti besi.  

#25– Headline Jenis Kelas/Taraf/Kemewahan Dalam buku Rahsia Web Copy ada saya nyatakan, kita kadang kala membeli kerana taraf atau kelas yang ingin kita berada. Misalnya membeli kereta mewah atau membeli kereta biasa. Jika ditanya pada semua, pasti jawapan yang kedengaran adalah ingin membeli kereta mewah. Ya, kerana ianya melambangkan taraf dan kelas anda yang tinggi. Jadi apabila kita menggunakan headline jenis ini, kita secara tidak langsung dapat memerangkap pembeli, yang berada di segmen pasaran yang teratas. Di mana golongan ini tidak menghadapi masalah untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk produk yang ditawarkan.

Headline Jenis Kelas/Taraf/Kemewahan

“Satu-Satunya Suit Yang Paling Digemari Oleh George Clooney…”

 #26– Headline Jenis Penyata Sekarang Dengan menggunakan perkataan sekarang, kita sekaligus telah menunjukkan produk yang bakal ditawarkan adalah baru, segar dan tiada seumpamanya sebelum ini. Dan pastinya ia mesti dimiliki oleh prospek.
“Sekarang Saya Bocorkan 25 Jenis Headline yang BAGAI MAGNET WANG Kepada Anda…” “Sekarang Anda Boleh Lupakan Bos yang Membosankan dan Mula Menjana Wang Dari Sofa Rumah Anda!”
#27– Headline Jenis Kebanggaan Sekali lagi kita bakal mengambil kesempatan dengan sifat dan emosi
pembeli. Sama seperi teknik headline yang menyentuh taraf dan kelas bakal pembeli, pada kali ini kita memanipulasikan sifat bangga mereka. 

 “Sekarang Anda Boleh Memiliki Bentuk Badan yang Membanggakan dan Lebih Seksi. Manakala Bekas Kekasih Anda Pula Terus Menyesal Kerana Memutuskan Hubungan.” 

---------------------------------------------------

Bermanfaat kan? Jom kita cuba sama2. Saya doakan anda yang membaca ni berjaya dunia & akhirat. Amiin.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?      
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

No comments:

Post a Comment