Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Wednesday 29 October 2014

10 Sebab Mealshakes Pilihan Tepat Untuk Anak-Anak Kita


Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Saya doakan kita semua kaya dan berjaya serta dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. amiin... :)

Sempena bulan promosi Mealshakes dan bakal berakhir 3 hari lagi, saya ingin berkongsi rahsia mengapa kita perlu pilih mealshakes sebagai makanan tambahan dan multivitamin penting untuk anak-anak kita. Jom layan...

Credit artikel: mariafirdaus.com





#1 : KARBOHIDRAT



Anak-anak kita kan banyak aktiviti. Ada yang pagi Sekolah Kebangsaan, petang Sekolah Agama. Dengan akademik, sukan, aktiviti beruniform lah, macam-macam lagi. Jadi mereka perlukan nutrisi yang lengkap untuk kekal cergas bertenaga. 



Jadi kalau kita nampak anak-anak kita selalu letih, itu maknanya badan kekurangan nutrisi. MEALSHAKES mengandungi Karbohidrat dengan Glisemik Indeks Rendah untuk mengekalkan tenaga anak-anak kita sepanjang hari.





#2 : PROTEIN



MEALSHAKES adalah lengkap dengan 9 amino acids yang penting untuk pertumbuhan dan membaiki tisu badan. Kalau anak-anak kita cukup keperluan protein, mereka dapat membesar dengan lebih sihat dan tisu-tisu badan yang rosak dapat pulih dengan lebih cepat. 





#3 : VITAMIN A, C, E 



MEALSHAKES mengandungi Vitamin ini sebagai Antioksidan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan. Anak-anak yang cukup nutrient biasanya kulitnya tak mudah sensitif dan lebih halus. Sel-sel baru pada badan juga dapat tumbuh dengan lebih baik. 





 #4 : SERAT



Ada antara anak-anak kita ni yang susah nak minum air. Bila badan tak cukup air, mudah lah kena sembelit. Kesian sangat kalau tengok anak-anak yang sembelit. Kadang ada sampai nangis-nangis dan fobia nak ke tandas. Dengan tambahan serat dalam MEALSHAKES, InsyaAllah ia sangat membantu penghadaman dan masalah sembelit dapat diatasi. 





 #5 : VITAMIN B



Untuk jadi pelajar cemerlang, anak-anak kita mestilah sentiasa FOKUS semasa belajar dalam kelas. Dengan vitamin B, ia memudahkan anak-anak kita FOKUS dan beri PERHATIAN dalam kelas. Ia juga memelihara kesihatan sistem saraf. 





 #6 : SODIUM DAN MAGNESIUM



Anak-anak yang aktif biasanya akan banyak berpeluh. Jadi Sodium & Magnesium ni membantu keseimbangan cecair dalam badan dan mengurangkan rasa letih. 





#7 : VITAMIN C



Anak-anak yang kerap demam dan selsema biasanya sebab sistem immunisasi yang lemah. MEALSHAKES mengandungi Vitamin C yang sangat penting untuk kesihatan gusi, gigi, kulit dan menentang infeksi kuman. 







#8 : VITAMIN A 



Haa..ini untuk mengelakkan anak-anak kita cepat rabun. Kesian kan kalau kecil-kecil dah kena pakai cermin mata. MEALSHAKES mengandungi Vitamin A untuk pelihara kesihatan mata anak-anak kita. 





#9 : CALCIUM dan VITAMIN D



Anak-anak yang sedang membesar perlukan calcium untuk kesihatan dan perkembangan tulang yang kuat. MEALSHAKES ada Calcium dan Vitamin D untuk penyerapan Calcium yang lebih optimum. 





#10 : IRON dan B12



Kalau ada anak-anak kita yang selalu nampak letih dan pucat, jaga-jaga ya. Mungkin mereka kekurangan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia. MEALSHAKES mengandungi Iron dan B12 yang penting untuk pembinaan sel-sel darah merah dalam badan. 




Haa..inilah dia 10 sebab mengapa Mealshakes terbaik untuk anak-anak kita!! 



Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba sekarang!!

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!

Lots of love, 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

10 Cara Merangsang Otak Bayi

Bismillahirrahmanirrahim..



Apa khabar pembaca-pembaca sekalian? Saya doakan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik agar kita dapat beribadah dengan lebih sempurna. Saya doakan juga kita semua menjadi insan yang berjaya dan kaya serta dikurniakan husnul khatimah dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. cakaplah amiin.. :)

Mendapat anugerah cahaya mata adalah perkara yang paling indah dalam hidup pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi cahaya mata pertama. Sangat penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah agar mereka menjadi khalifah Allah yang hebat di muka bumi yang sementara ini. Semuanya demi menuju ke arah pengakhiran yang baik. InsyaAllah, anak-anak yang soleh dan solehah lah yang akan mengirimkan doa apabila kita sudah tiada kelak. amiin.

Hari ni saya nak berkongsi dengan semua pembaca bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh membantu dalam perkembangan otak anak-anak kita ketika masih bayi.

Mari sama-sama kita ikuti perkongsian yang bermanfaat ini. Artikel ini saya ambil dari blog siraplimau.com. Moga bermanfaat.










#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!


Lots of love, 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Tuesday 28 October 2014

Vitamin Sintetik Vs Vitamin Natural (Semulajadi)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah masih lagi bernafas dalam nikmat iman dan Islam. Saya doakan kita semua diampunkan segala dosa, dijauhkan azab kubur, azab neraka, fitnah dunia dan fitnah dajjal. Moga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. ameen..

Hari ni saya nak berkongsi dengan semua perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin semulajadi.

Selama lebih 5 dekad, syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia.

Tatkala ramai orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semulajadi dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin dan beliau juga merupakan terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia!

Jom scroll untuk semak perbezaan vitamin sintetik dan vitamin semulajadi.










 Amat penting untuk kita memilih vitamin yang dihasilkan dari sumber semulajadi demi kesihatan tubuh badan kita ya. Jadi moga selepas ini kita akan lebih peka dengan vitamin yang kita ambil @ beli di pasaran.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?




Saya sedia membantu!!

Lots of love, 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Power Pumping - Penyelesaian Bagi Ibu Yang Mengalami Susu Kurang

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa itu Power Pumping??

Power pumping adalah antara teknik yang sangat dicadangkan bagi ibu yang sedang menyusukan anak. Sangat dicadangkan masa untuk power pumping sekitar pukul 2pagi ke atas sehingga sebelum subuh (sebab masa tu pengeluaran hormon prolaktin adalah tinggi)




Kenapa perlu Power Pumping?

1. untuk stimulasi susu terutama bagi ibu yang menghadapi masalah susu sedikit walaupun kerap mengosongkan payu dara setiap 2-3 jam + air minum yang secukupnya iaitu >3L sehari(dicadangkan berterusan untuk 5- 7hari)

2. Pengeluaran susu yang merundum disebabkan datang period atau stress atau sebab2 yang tidak di ketahui

3. Untuk maintain pengaliran susu yang banyak

4. membetulkan semula jadual pengepaman susu yang tidak teratur atau ter skip akibat kesibukan di tempat kerja


** Untuk no 3. dan 4. bagi yang benar2 sibuk, maintain seminggu sekali pun dah ok 


Terdapat beberapa cara melakukan power pumping ini:

Bagi saya dan ibu lain menggunakan pump manual (untuk single pump)atau kaedah marmet

-pam payu dara kanan selama 15 minit
-kemudian pam pula payu dara kiri selama 15minit yang berikutkan
-buat secara bergilir- gilir sehingga cukup 1jam bagi setiap 1 sesi

Bagi ibu yang menggunakan electrical breast pump (untuk double ye):

anda boleh gunakan teknik 20minit ini:



atau menggunakan teknik 20->10 minit ini:




**
Dan bagi yang menggunakan pam manual, tiada masa rehat ye. Lepas side kanan-->kiri-->kanan semula selama 2 jam.

**
Jangan menaruh high expectation selepas 2-3kali power pumping, anda mungkin perlu meneruskannya selama lebih 1 minggu untuk menampakkan hasil kerana semua orang kan beza (",)

**
Jadi, tiada masalah juga walau ketika membuat power pumping ini, hanya beberapa titis susu sahaja yang keluar (atau mungkin ' angin' sahaja, kerana ingat: tujuan Power Pumping ini adalah untuk stimulasi dan stimulasi

**
Dicadangkan agar menggunakan breast pump electric, sebab kalau tak memang naik urat besi sume.
Yelah bukannya sekejap. Cuma kalau nak mintak tolong husband, boleh juga kot hehe

**
Untuk yang menggunakan pam elektrik, boleh simpan bersih sahaja pam di dalam fridge masa waktu rehat, tak perlu setiap kali guna anda kena cuci ye


Jom Ibu-ibu..Kita setkan minda yang positif demi meneruskan penyusuan susu yang ekslusif sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan!!
Malah, penyusuan ibu juga adalah menurut syariat..Insya Allah 



Sumber: http://manjaku-littleqalesya.blogspot.com/2013/05/nak-maintain-susu-banyak-jom-buat-power.html




#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?


Saya sedia membantu!!

Lots of love, 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Monday 13 October 2014

ESP: Tak Kenal Maka Tak Cinta

 
 Bismillahirrahmanirrahim...

Perbezaan Shaklee

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an. Di mana kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

 Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi 'non GMO' (non genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Tahukah anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik yang tinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Sesetengah protin soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yangdigunakan dalam pemprosesan. ESP menggunakan soya yang dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones, genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan seluruh kebaikan soya.







Manfaat Utama


#1 Awet Muda - Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

#2 Baik untuk Hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

#3 Baik untuk Prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannyamengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous, dan pembesaran prostat.

#4 Kulit Remaja - Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

#5 Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

#6 Membaiki Pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur. Membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

#7 Membaiki Memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

Kepentingan Protin

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino?

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid amino tidak perlu. Manakala asid amino perlu pula ialah asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia dan perlu diambil dari sumber pemakanan. Shaklee menyediakan KESEMUA asid amino perlu tersebut.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program [IPP]. Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Bulan ni promosi ESP. Harga murah dari bulan-bulan biasa. Untung banyak tau. BELI 6 PERCUMA 1. Mai Order Mai!

 

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah? 
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?  

Saya sedia membantu!!
Lots of love,
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.