Bismillahirrahmanirrahiim...
Wanita hamil hendaklah menjaga diri dan
kesihatan dengan baik ketika mengandung. Anda harus menjaga kesihatan
dari aspek fizikal dan emosi kerana ia akan mempengaruhi kesihatan
kandungan anda. Berikut merupakan panduan untuk memastikan kesihatan
ketika hamil terjamin
Panduan Kehamilan Sihat
![]() |
Ibu Hamil & bersalin memerlukan nutrisi yang lebih dari biasa kerana proses kehamilan & bersalun menyebabkan ibu kehilangan banyak nutrient |
Menjaga pemakanan
Wanita hamil hendaklah mengambil
pemakanan diet yang sihat dan seimbang. Pastikan anda mengambil makanan
yang mempunyai nutrisi yang memberikan manfaat kepada kesihatan. Anda
boleh mengamalkan diet seperti makan buah-buahan serta sayuran-sayuran.
Selain itu, anda boleh menyediakan sarapan yang mengandungi karbohidrat
contohnya roti dan bijirin. Seterusnya adalah penting juga untuk
mengambil pemakanan yang mempunyai protein seperti ikan, daging dan
susu.
Memastikan tahap kebersihan makanan
Wanita hamil perlu memastikan makanan
yang diambil dan dimasak adalah bersih. Pastikan sayur-sayuran dan
daging dicuci dengan bersih sebelum dimasak. Seterusnya, jika anda ingin
makan di luar atau membeli daripada luar pastikan gerai atau restoran
tersebut mempunyai tahap kebersihan yang baik. Hal ini amat penting
untuk memastikan kesihatan anda terjamin dan terhindar daripada
jangkitan penyakit. Antara penyakit yang boleh dihidapi adalah
jangkitan salmonella di mana ia berlaku diakibatkan makan ayam kurang
masak dan telur mentah.
Pengambilan tambahan folid asid
Folid asid merupakan tambahan diet yang
penting kerana ia boleh mencegar spina bifida dan kecacatan lain tiub
neural bayi. Hal demikian berlaku kerana tiub yang melindungi saraf
pusat tidak menutup sepenuhnya. Oleh yang demikian, wanita hamil
dinasihatkan untuk mengambil folid asik 400mcg bermula dari masa
pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama. Untuk pengetahuan anda,
folat juga boleh didapati secara semulajadi iaitu melalui pemakanan
seperti sayur-sayuran dan bijiran.
Khasiat makan ikan
Pengambilan ikan juga amat baik dimana
minyak ikan mengandungi asid lemak Omega-3 yang berkemungkinan membawa
kesan positif kepada praeklampsia, berat kelahiran bayi, perkembangan
otak dan saraf bayi pada peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan
berminyak mempunyai kandungan mineral, protein, vitamin D serta asid
lemak omega 3. Ia akan membantu perkembangan dan pembesaran bayi namun
ia mengandungi merkuri serta bahan pencemar yang lain. oleh itu, adalah
disyorkan untuk makan ikan berminyak seperti tenggiri dan sardin tidak
lebih dua kali dalam seminggu.
Melakukan senaman
Senaman dapat membantu anda meningkatkan
kekuatan dalam tubuh anda. selain itu, ia akan menjaga dan meningkatkan
ketahanan tubuh terutamanya apabila berat badan kian bertambah. Melalui
senaman, anda dapat memastikan anda kembali ke bentuk badan asal
setelah bayi dilahirkan. Adalah disyorkan untuk mengikuti program
senaman dengan pelatih yang pakar kerana mereka akan membimbing anda
untuk melakukan senaman dengan betul. Selain itu, senaman juga boleh
membantu menghilangkan rasa stress atau kemurungan yang biasanya
dihadapi oleh wanita hamil.
sumber: http://www.bidadari.my/hamil-panduan-kehamilan-sihat/
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?
Saya sedia membantu!!
Lots of love,
Emi | 0132226473
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
No comments:
Post a Comment