Bismillahirrahmanirrahiim...
Kebahagiaan hakiki sukar dikecapi jika
salah seorang atau kedua-duanya menimbulkan masalah. Masalah biasanya
berlaku disebabkan sikap atau tingkah-laku pasangan itu sendiri. Walau
bagaimanapun, kebahagiaan boleh dinikmati jika mereka benar-benar tahu
cara untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut. Pakar motivasi negara, Dr.
Fadzilah Kamsah ada berkongsi tips untuk bahagia dalam hubungan
perkahwinan. Dipersembahkan tips bahagiakan pasangan
Berikut lima tips bahagiakan pasangan yang dikongsikan:
- Doa yang berterusan
- Banyakkan pujian dan senyuman kepada pasangan
- Murah dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra
- Berfikiran terbuka dan saling bertolak-ansur
- Sentiasa bermaafan sebelum tidur
5 Tips Bahagiakan Pasangan
Doa yang berterusan
Tidak dinafikan doa turut memainkan
peranan dari sudut dalaman iaitu hubungan yang berkaitan dengan-Nya.
Amalkanlah doa dalam setiap saat, bukan sahaja ketika selesai solat.
Cukuplah menerbitkan rasa di hati untuk mendoakan kebahagiaan dalam
hidup berumahtangga. Nescaya hari-hari yang dilalui pasti akan dipenuhi
keberkatan dan seterusnya menjadikan hubungan bersama pasangan kekal
bahagia dan ceria.
Banyakkan pujian dan senyuman kepada pasangan
Pujian boleh meningkatkan keyakinan,
membuatkan hati pasangan semakin berbunga. Di saat diri dipuji, ianya
membangkitkan kasih sayang dan keghairahan terhadap pasangan. Tiada
insan yang tidak suka apabila dipuji. Tapi awas! Pastikan jangan
berlebih-lebih dalam pujian. Mungkin pasangan menganggap anda
mempermainkan dia pula. Senyuman lebar seikhlas mungkin dari hati juga
akan meningkatkan cas positif kepada diri dan juga pasangan. Apabila
positif bertemu positif, sudah pasti hasilnya juga positif.
Murah dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra
Belai, usap dan sentuh pasangan anda
dengan penuh kasih sayang dan mesra. Isteri biasanya amat mendambakan
sentuhan manja dan mesra daripada suaminya. Layanlah pasangan anda dan
cuba penuhi segala keinginannya. Hal ini akan membuatkan hati anda dan
hati si dia semakin bertaut erat. Ini tips bahagiakan pasangan paling
utuh.
Berfikiran terbuka dan saling bertolak-ansur
Berfikiran terbuka bermaksud setiap
pasangan perlulah menerima sebarang saranan, nasihat atau cadangan
daripada pasangan dengan fikiran yang matang dan penuh berhemah. Jangan
sesekali bersikap diktator atau ‘queen control‘ dalam keluarga.
Langsung tidak menerima pendapat pasangan dan beranggapan hanya dia
seorang yang betul. Sikap sebegini tidak harus ada jika anda inginkan
kebahagiaan. Jika berlaku perselisahan atau pertelingkahan, amalkan
sikap bertolak-ansur dan cubalah untuk memahami kehendak dan keperluan
masing-masing. Elakkan bersikap mementingkan diri sendiri.
Sentiasa bermaafan sebelum tidur
Sepanjang hari, sudah pasti akan ada
sesuatu yang berlaku kepada kita dan pasangan. Mungkin ada salah silap
yang tidak kita sedari. Mungkin pasangan anda berkecil hati, namun hanya
tersimpan di lubuk hati. Inilah masanya untuk anda saling memaafkan.
Amalan remeh seperti ini jika sentiasa diamalkan sudah boleh memberikan
impak yang besar kepada hidup anda. Yang paling penting, hari anda akan
berakhir dengan baik dan sudah pasti keesokannya akan lebih berseri.
Semoga tips bahagiakan pasangan hari ini bermanfaat
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?
Saya sedia membantu!!
Lots of love,
Emi | 0132226473
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
No comments:
Post a Comment