Ibu disarankan untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sehingga 2 tahun. Selepas itu, ibu perlulah menceraikan bayi dengan susu ibu. Ikuti tips2 yang boleh dipraktikkan untuk menceraikan susu.
sumber: bidadari.my
Artikel ini bertujuan untuk berkongsi petua bercerai susu badan.
Inilah istilah digunakan untuk bercerai susu:
1. Memperkenalkan makanan pejal kepada anak semasa usiannya 6 bulan
2. Memberhentikan penyusuan susu ibu pada usianya 2 tahun atau lebih
1. Memperkenalkan makanan pejal kepada anak semasa usiannya 6 bulan
2. Memberhentikan penyusuan susu ibu pada usianya 2 tahun atau lebih
Artikel ini memperkatakan tentang
perkara no 2. Bayi akan melalui pelbagai fasa berbeza semasa proses ini.
Biasanya proses bercerai susu akan berjaya jika dilakukan secara
perlahan-lahan atau berperingkat dalam masa beberapa minggu atau bulan.

Kadang-kala ada ibu yang keberatan bercerai susu kerana takut hilannya keakrabab bersama anak.
#1 Kurangkan Dahulu, Baru Berhenti
Memberhentikan penyusuan badan kadang
kala boleh menyebabkan perubahan besar kepada ibu dan anak. Selain kesan
fizikal, anda juga akan mengalami kesan emosi. Sesetengah wanita berasa
sedih kehilangan keakraban antara ibu dan anak ketika menyusukan bayi
mereka.
Elakkan meletakkan sesuatu pada payudara
anda hanya kerana untuk membuatkan bayi anda tidak sukakan susu ibu.
Ianya mencederakan emosi anak dan ibu dalam banyak keadaan.
#2 Jangan Tawarkan Susu Ibu Dan Lengahkan Jika Si Dia Minta
Pada ketika waktu anak leka bermain, ibu
usah memanggil dan mengajaknya minum susu sebaliknya biarkannya leka
untuk mengeksplorasi dunianya. Percayalah, proses ini tidak mudah.
Naluri ibu selalu mahu menyediakan yang
terbaik dan bimbangkan anaknya lapar dan dahaga. Namun apa yang anda
lakukan adalah untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.
Sekiranya bayi meminta susu, lengah-lengahkan seperti memberitahunya untuk basuh tangan dahulu atau minum air kosong dahulu.
Pada usia 2 tahun beliau sudah boleh
memahami sekiranya anda memberitahu beliau pakaian ibu tidak sesuai
untuk menyusu atau beritahunya yang dia boleh menyusu didalam kereta
kerana di tempat awam ibu berasa malu (walaupun sebenarnya tidak)
#3 Tawarkan Minuman Lain
Ibu dan penjaga boleh menawarkan minuman
lain seperti air buah atau air kosong. Sediakan satu botol minuman
dengan karektor yang disukainya dan ini membolehkan bayi mula menyukai
perasaan menjadi kanak-kanak.
#4 Berhentikan Penggunaan Botol Dan Gunakan Bekas Air
Pada usia bayi 8 bulan beliau sudah
boleh mula memegang bekas air dan minum daripadanya. Botol susu ataupun
susu formula bukanlah pengganti kepada penyusuan susu ibu. Ianya lebih
kepada peralihan yang melekakannya namun apa yang sedang kita lakukan
ialah melatih bayi untuk berdikari dan berkordinasi.
#5 Penggantian Rutin
Perhatikan rutin bayi dan cuba
gantikannya. Penyusuan sebelum tidur adalah waktu yang paling sukar
untuk diberhentikan. Bapa boleh mengambil peluang ini dengan
menggantikannya dengan tabiat baru seperti membacakan mereka buku atau
melihat bintang bersama-sama bapa.
Nota Ibu
- Tiada masa yang tepat.
- Tiada masa yang betul atau salah. Malah, bayi anda mungkin mengambil masa lebih lama berbanding kanak-kanak sebayanya; ia bergantung kepada kesediaan anda dan bayi untuk melalui proses ini.
- Ada ibu menunggu sehingga anak mereka lebih besar kerana tidak bersedia melepaskan keakraban dengan anak ketika proses penyusuan. Sebaliknya, ada ibu mahu proses berkenaan lebih cepat kerana tanggungjawab lain.
- Untuk proses ini, andalah yang perlu membuat keputusan dan menentukan masanya. Jangan cuba memberhentikan penyusuan ketika anak atau keluarga mengalami tekanan.
- Tekanan ini ada pelbagai bentuk, termasuklah ketika bayi tumbuh gigi, berpindah ke rumah baru atau anda mula menghantar anak ke pusat jagaan.
Semoga artikel ini membantu.
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?
Saya sedia membantu!!
Lots of love,
Emi | 0132226473
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
No comments:
Post a Comment