Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday 12 June 2015

30 Tips Murah Rezeki Irfan Khairi

Bismillahirrahmanirrahiim..

Emi doakan mudah-mudahan kita semua mendapat keredhaan Allah. Moga sempat bertemu Ramadhan dan berjaya di dalam madrasah Ramadhan.


Jom kita baca tips2 murah rezeki yang dikongsikan oleh Irfan Khairi di FB beliau..

1. Berpakaian kemas sentiasa

2. Jaga kebersihan diri, rambut, kuku, kulit dan lain-lain

3. Berniat baik setiap masa.


4. Ingat bahawa rezeki walaupun sikit biarlah halal daripada rezeki yang banyak tetapi ada unsur-unsur yang haram

5. Jangan anggap rezeki walaupun sedikit yang diterima, ianya tidak bermakna. Rezeki sekecil mana pun perlu bersyukur kerana ia adalah pemberian Allah swt.

6. Tidur dalam keadaan berwudhu, dan malaikat akan menemani dan mendoakan anda

7. "Ilmu" disebut lebih 700 kali dalam Al-Quran. Untuk dapat rezeki yang pelbagai, tambahkan ilmu yang pelbagai.

8. Bersangka baik selalu

9. Bagi yang sudah berkahwin, jaga hati sesama suami dan isteri selalu. Sayang menyayangi sekeluarga, rezeki pun akan sayang pada kita!

10. Beri makanan kepada haiwan. Ia juga merupakan sedekah.

11. Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT

12. Impian tanpa ikhtiar adalah sia-sia. Ikhtiarkan rezeki, supaya impian bukan sekadar angan-angan.

13. Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

14. Bagi yang sudah berkahwin, usaha meramaikan cahaya mata selagi mampu. Rezeki anak-anak pelbagai akan datang.

15. Selepas doakan murah rezeki untuk diri kita sendiri, doakan murah rezeki untuk ibu bapa, dan orang lain sama.

16. Jauhkan riak bila bersedekah. Sengaja menunjuk-nunjuk yang kita kaya dengan bersedekah bukanlah cara Islam.

17. Redha sekiranya ada pintu rezeki tertutup. Bukan rezeki kita la tu… tapi InsyaAllah tingkap rezeki lain akan terbuka.

18. Nak duit? Perlu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Baru dapat D-U-I-T 

19. Maafkan salah & silap orang lain sebelum tidur malam ini. Bila hati tenang, rezeki mudah datang.

20. Kalau tak mampu untuk sedekah wang ringgit selalu, lakukan solat Dhuha selalu kerana ianya mengandungi banyak manfaat sedekah.

21. Bersangka baik dan doakan kejayaan orang lain. InsyaAllah ramai akan doakan kita kembali.

22. Tunaikan hajat orang lain dan bantu orang lain mencapai hajat/matlamat mereka. Nanti ramai yang akan membantu permudahkan usaha kita pula.

23. Sedekah dan derma confirm tidak akan mengurangkan rezeki anda. Malah ia akan menambahkannya lagi.

24. Sekiranya terjumpa jalan buntu, tak perlu minta bantuan orang lain dulu. Terlebih dahulu minta bantuan Allah swt. Solat Istikharah untuk memohon petunjuk yang sebaiknya.

25. Tunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa memikirkan imbuhannya

26. Sentiasa bersikap rendah diri walau siapa pun anda dan sebesar mana pun jawatan yang disandang agar anda menjadi insan yang lebih dihormati dan disanjungi.

27. Tidak mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan dengan sentiasa bersikap jujur dan telus.

28.Jangan dengki pada orang lain. Rezeki masing-masing Allah swt telah tetapkan.
 
29.Usah kejarkan kekayaan sehingga mengabaikan keluarga. Keluarga pun rezeki juga!

30. Jadilah hamba Allah yang baik dan taat, agar setiap langkah kita mencari rezeki saban hari akan lebih diberkati.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

No comments:

Post a Comment