Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Tuesday 25 August 2015

3 Teknik Blogwalking Berkesan!

Bismillahirrahmanirrahiim...

Tengah blogwalking tadi terjumpa blog Firdaus Kasim. Saudara Firdaus Kasim kongsi 3 tips blogwalking yang berkesan dan berhemah. Seronok baca dan sangat bermanfaat. Saya taknakla dapat ilmu sorang-sorang, jadi saya kongsi artikel saudara Firdaus Kasim kat sini ya.. Jom2 sedut ilmu dan pratikkan. :)

credit: firdauskasim.com


Blogwalking adalah satu istilah yang popular digunakan oleh blogger di Malaysia, Indonesia dan Filipina, tetapi tidak di negara-negara lain. Maksud blogwalking yang sebenar ialah satu teknik yang digunakan oleh blogger untuk meningkatkan pengunjung blog dan meluaskan network dengan cara melawat blog lain, kemudian meninggalkan tanda/kesan/jejak seperti komen, menjadi follower dan sebagainya. (mengharapkan pemilik blog tersebut membalas kunjungan)

Blogwalking sangat penting kerana :
  • Sebagai medan untuk mempromosikan blog, iklan dan lain-lain.
  • Penting bagi meningkatkan jumlah pengunjung blog.
  • Mendapatkan respon apabila anda buat entri/post baru.
  • Melihat hasil seni blog orang lain dan membandingkannya dengan blog anda. Maka dari situ, anda sentiasa dapat mempelajari sesuatu yang baru baik dari segi cara membina blog yang bagus mahu pun mendapat maklumat yang belum pernah diketahui, bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan". Semakin banyak anda blogwalking, maka semakin matang blog anda.
  • Penting supaya dapat mencari kawan baru. Dah banyak kali firz jumpa blogger yang duduk dekat dengan tempat tinggal firz hasil dari blogwalking. Contohnya firz dapat kenal dengan Zati, dia blogger yang hebat dan sangat comel dan dia duduk tak jauh dari rumah firz. So, dapat belajar buat blog yg bagus dari dia dan dia pun dah promosikan blog firz nie kt blog dia. 
Namun begitu, teknik yang betul haruslah dipraktikkan ketika buat sesi lawatan blog supaya hasil optimum dapat diperoleh ketika blogwalking dilakukan. Antara tekniknya ialah:

FOLLOW
 
Pernah perasan tak? dah banyak kali anda jadi follower blog org, dengan harapan dia dapat follow blog kita balik, tetapi jumlah follower kita tak juga bertambah. Hal ini terjadi kerana tiada link blog yang wujud apabila mereka klik pada gambar profil anda di ruangan follower. Jadi, macamana nk pergi ke blog anda kalau tak ada link?? Hal ini amat merugikan!
Ada 2 cara untuk wujudkan link pada box follower anda :
  • Pergi ke Dashboard > Edit Profile > Klik "Select Blogs to Display" > tick/tandakan blog yang mahu dipaparkan. > Save Settings (cara ni hanya jika mahu blog anda berada dalam list "Next Blog" pada Navbar(Navigation Bar) kt atas sekali header blog anda. Cara dibawah jika mahu link anda berada dalam profil anda dalam ruangan follower. Better buat dua2 sekali yew
  • Pergi ke blog org lain > tekan butang follow > klik "more option" > Klik "add link" > Save dan Follow. Tak bermakna setiap kali anda nk follow blog itu, anda kena add link.. add sekali je dan dia akan jadi permanent(kekal).


More Option
Add Link
KOMEN
 
Komen adalah cara yang paling berkesan berbanding jadi follower ketika blogwalking dilakukan. 
  • Komen pada entri adalah yang terbaik berbanding komen pada chatbox
  • Kerana komen pada chatbox akan hilang, sementara komen pada entri akan kekal even author blog itu dah padam komen anda, tetapi nickname anda akan kekal di situ. 
  • Silalah memberi komen yang bernas, komen panjangnya mcm nak buat esei lagi bagus! 
  • Elakkan memberi komen seperti "nice entri! jom baca entri saya pula!". Hal ini akan mengecikkan hati pemilik blog itu. Punyalah panjangnya entri dia, engkau tulis seciput tue je? come on lah.. haha
  • Jangan guna google profile sebaliknya, guna "name and url" selepas selesai memberi komen. Hal ini kerana bila org klik nickname anda, dia terus ke blog anda. Maka anda dah dapat traffic/pengunjung ke situ. Bukannya bila orang klik nickname anda, terus ke link google. Itu amat rugi!
Ini amat penting! Jgn tick pada google account
Updated 24/3/2011- Anda masih boleh guna google account tapi selepas bagi komen sila masukkan code berikut di bawah komen anda itu.
<a href="URL ENTRI TERBARU"/>TAJUK ENTRI TERBARU</a>
CHATBOX
 
Isu penggunaan chatbox sering diperkatakan. Ada yang berpendapat chatbox tidak sesuai pada blog yang sangat popular, kerana menjadi tumpuan spammer.  
  • Hal ini kerana fungsi sebenar chatbox ialah supaya para pengunjung yang tengah online untuk chat-chat secara live! 
  • Dan benda ini akan berlaku hanya pada blog yang sangat popular dimana kita boleh tengok blog dia sentiasa ada je orang tengah online.  
  • Kalau anda letak chatbox, nnti pengunjung blog hanya tertumpu pada chatbox untuk sign buku lawatan dan entri langsung tidak dipedulikan. (lainlah kalau entri blog anda meletup)
  • Kalau nak tinggalkan jejak kt chatbox, gunalah nickname lain dari yg lain. Contohnya Kucing Kurap ke, Beby Comel ke, whatever la, janji lain dari yg lain. 
  • Lepas tue, elakkan hanya komen "salam", "hye", "bw". Tetapi cuba komen dengan beri nama si pemilik blog tue. Contohnya "hye abg firdaus kacak, sy nk buat huru-hara kt sini" , "hye tuan punya blog, jom singgah blog saya pula nk?" , "nice blog dear, best! best!". Bila firz baca pun, cepat-cepat firz klik link nickname dia, siapalah agaknya yg panggil aku dear nie? bestnya.. hehe.. Maka tertinggallah terkontang-kanting org2 yg bg komen just say, hye, salam, bw tadi.. 
------------------------------------------------
 
Amacam? Best kan tips2 yang saudara Firdaus Kasim share. Moga Allah luaskan lagi rezeki saudara Firdaus Kasim sebab sudi share ilmu yang sangat bermanfaat.

Kalau nak baca info2 yang menarik, gi la lawat blog saudara Firdaus Kasim ye.. :)

Ok, kita jumpa next entry ye... Bye!!

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

No comments:

Post a Comment