Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, 10 May 2015

Meruang: Semua wanita wajib tahu

Bismillahirrahmanirrahiim..
Rawatan Meruang 

Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan-bidan terdahulu sangat menitik beratkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:
  1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
  2. Mencegah dari keputihan
  3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
  4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri. Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.


Posisi Meruang

posisi meruang

Meruang boleh dilakukan mengikut posisi seperti berikut:- 
  1. Duduk di atas toilet bowl
  2. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl
  3. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah


Cara Meruang


Kira ruas jari. Wanita dah berkahwin kena jolok jari smpai ruas ke 3. Anak daro, sampai aras 1 sudah, jgn melobih-lobih. Pocah daro lak kang.
  1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. 
  2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha, perut dan bahagian ari-ari. Jika anak dara, memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama sahaja.
  3. Korek dicelah-celah dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu.

Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani. Melalui proses ini, kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi, maka ia bermaksud faraj anda sangat-sangat memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak, maksudnya faraj anda tidak rapi.

Selepas dikorek, bilas sehingga bersih. Ini juga merupakan cara-cara untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali, wanita itu tidak wajib solat. Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj, lepas dah meruang, bilas dan lap kering. Meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur. Selamat mencuba!

Kita orang perempuan ni banyak nak jaga. Serba serbi kena jaga tau. Ingat tu.

Rawatan Meruang Yang Wanita Wajib Tahu

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Saturday, 9 May 2015

Kepentingan Asid Folik

Bismillahirrahmanirrahiim..

 

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?


Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.


Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Anda juga boleh mendapatkan banyak lagi idea makanan daripada pelan makanan harian kami yang mengandungi pelan pemakanan dari minggu ke minggu yang boleh anda ikuti dalam setiap trimester!
 
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Friday, 8 May 2015

5 Tips Bahagiakan Pasangan

Bismillahirrahmanirrahiim...

Kebahagiaan hakiki sukar dikecapi jika salah seorang atau kedua-duanya menimbulkan masalah. Masalah biasanya berlaku disebabkan sikap atau tingkah-laku pasangan itu sendiri. Walau bagaimanapun, kebahagiaan boleh dinikmati jika mereka benar-benar tahu cara untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut. Pakar motivasi negara, Dr. Fadzilah Kamsah ada berkongsi tips untuk bahagia dalam hubungan perkahwinan. Dipersembahkan tips bahagiakan pasangan

Datuk Dr Fadzilah Kamsah

Berikut lima tips bahagiakan pasangan yang dikongsikan:
  • Doa yang berterusan
  • Banyakkan pujian dan senyuman kepada pasangan
  • Murah dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra
  • Berfikiran terbuka dan saling bertolak-ansur
  • Sentiasa bermaafan sebelum tidur
5 Tips Bahagiakan Pasangan

Doa yang berterusan

Tidak dinafikan doa turut memainkan peranan dari sudut dalaman iaitu hubungan yang berkaitan dengan-Nya. Amalkanlah doa dalam setiap saat, bukan sahaja ketika selesai solat. Cukuplah menerbitkan rasa di hati untuk mendoakan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Nescaya hari-hari yang dilalui pasti akan dipenuhi keberkatan dan seterusnya menjadikan hubungan bersama pasangan kekal bahagia dan ceria.

Banyakkan pujian dan senyuman kepada pasangan

Pujian boleh meningkatkan keyakinan, membuatkan hati pasangan semakin berbunga. Di saat diri dipuji, ianya membangkitkan kasih sayang dan keghairahan terhadap pasangan. Tiada insan yang tidak suka apabila dipuji. Tapi awas! Pastikan jangan berlebih-lebih dalam pujian. Mungkin pasangan menganggap anda mempermainkan dia pula. Senyuman lebar seikhlas mungkin dari hati juga akan meningkatkan cas positif kepada diri dan juga pasangan. Apabila positif bertemu positif, sudah pasti hasilnya juga positif.

Murah dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra

Belai, usap dan sentuh pasangan anda dengan penuh kasih sayang dan mesra. Isteri biasanya amat mendambakan sentuhan manja dan mesra daripada suaminya. Layanlah pasangan anda dan cuba penuhi segala keinginannya. Hal ini akan membuatkan hati anda dan hati si dia semakin bertaut erat. Ini tips bahagiakan pasangan paling utuh.

Berfikiran terbuka dan saling bertolak-ansur

Berfikiran terbuka bermaksud setiap pasangan perlulah menerima sebarang saranan, nasihat atau cadangan daripada pasangan dengan fikiran yang matang dan penuh berhemah. Jangan sesekali bersikap diktator atau ‘queen control‘ dalam keluarga. Langsung tidak menerima pendapat pasangan dan beranggapan hanya dia seorang yang betul. Sikap sebegini tidak harus ada jika anda inginkan kebahagiaan. Jika berlaku perselisahan atau pertelingkahan, amalkan sikap bertolak-ansur dan cubalah untuk memahami kehendak dan keperluan masing-masing. Elakkan bersikap mementingkan diri sendiri.

Sentiasa bermaafan sebelum tidur

Sepanjang hari, sudah pasti akan ada sesuatu yang berlaku kepada kita dan pasangan. Mungkin ada salah silap yang tidak kita sedari. Mungkin pasangan anda berkecil hati, namun hanya tersimpan di lubuk hati. Inilah masanya untuk anda saling memaafkan. Amalan remeh seperti ini jika sentiasa diamalkan sudah boleh memberikan impak yang besar kepada hidup anda. Yang paling penting, hari anda akan berakhir dengan baik dan sudah pasti keesokannya akan lebih berseri.

Semoga tips bahagiakan pasangan hari ini bermanfaat


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Thursday, 7 May 2015

Bahaya HB Low Ketika Hamil

Bismillahirrahmanirrahiim..
Bahayanya jika HB rendah semasa mengandung. Jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu di sini. Atasinya sebelum terlambat!


 PUNCA HB RENDAH
  • Peningkatan dalam isipadu darah
  • Penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
  • Penurunan kadar HB normal
  • Kurangnya pengambilan zat besi dalam diet
  • Kekurangan asid folat
  • Pendarahan gastrointestinal
  • Kehilangan darah dari pendarahan buasir

RISIKO HB RENDAH
Kesan kepada ibu:-
  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung 
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin 
  • Risiko alami penyakit berjangkit 
Kesan kepada bayi dalam kandungan:-
  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan 
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia 
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth 

KEPENTINGAN HB KETIKA HAMIL

Kandungan Kurang Dari Lima Bulan

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

Kandungan 5 Bulan Ke 7 Bulan

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu
Kandungan 7 Bulan Ke Atas
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH?

1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi seperti
  • Daging lembu sebesar kotak mancis: 2 keping
  • Daging ayam: bahagian dada
  • Kerang: 20 biji
  • Ikan bilis
Supplemen 100% semulajadi/natural yang dicadangkan.

2. JANGAN ambil pil tambah darah dengan air susu (eg. teh susu dan kopi susu) kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin, sebaiknya diambil bersama air masak atau air buah-buahan. HB akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10-14 hari secara berterusan

Thank for reading!

Sumber

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Wednesday, 6 May 2015

Supplemen Lengkap Untuk Ibu Hamil & Menyusu



Bismillahirrahmanirrahiim..



Menurut Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, setiap wanita, terutama sejak hamil, perlu makan vitamin untuk kesihatan badan yang menyeluruh. Dan sepatutnya pengambilan vitamin ini diteruskan sehingga akhir hayat.
Vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk para ibu bermula dari saat kehamilan hingga semasa menyusu bayi ialah:-
1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin) 2) Sustained Release Vita-C 3) B-Complex 4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP) 5) Ostematrix (Calcium & Magnesium) 6) OmegaGuard (EPA & DHA) 7) Zinc Complex (Selepas bersalin) 8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan semasa menyusu - as MILK BOOSTER)


 
Sumber : MamaCergas.com
1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung dan menyusu kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.

2) Vitamin-C

Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi dan menjadikan kulit lebih cantik.

3) B-Complex
 Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)


Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.

5) Ostematrix (Calcium and Magnesium)

Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

6) OmegaGuard (EPA and DHA)
 

DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Omega 3 juga membantu pembakaran lemak, dan membantu ibu kembali slim dengan lebih cepat selepas bersalin.

7) Zinc Complex (Selepas bersalin)

 
Membantu penyembuhan luka bersalin dengan  lebih cepat dan membantu mengelakkan post-natal depression.

8) Alfafa Complex (Selepas bersalin dan menyusu - as MILK BOOSTER)
 

Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.

Pengambilan makanan dengan nutrisi yang lengkap bagi setiap IBU adalah sangat penting. Jagalah kesihatan diri anda terlebih dahulu agar anda dapat menjaga keluarga dengan lebih sempurna, InsyaAllah...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thanks for reading! :)
 
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Tuesday, 5 May 2015

Testimoni Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Bismillahirrahmanirrahiim..

Ibu bersalin pasti memerlukan supplemen @ jamu untuk memulihkan luka2 dalaman dan melengkapkan nutrisi2 yang hilang semasa proses kehamilan dan bersalin.

Set bersalin & berpantang Shaklee semestinya pilihan kesukaan ramai. Pilihan no 1.

Jom kita tengok apa kata mereka.















































 
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.