Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Wednesday, 8 July 2015

Tips Al-Qadr #10 Malam Terakhir

Bismillahirrahmanirrahiim..




Golongan wanita yang period, tak ada alasan bagi kita untuk tidak mengejar malam lailatul qadr ya. Walaupun x boleh solat, banyak yang bole kita lakukan.
Berdoa.
Beristighfar.
Berselawat.
Menuntut ilmu.
Mendengar bacaan Quran.
Mengulangi hafalan.
Berdakwah.
Membantu orang lain.
Membantu ibu bapa di rumah.

Yang penting jangannnn biarkan nafsu anda menjerumuskan anda kepada:
Shopping berlebihan.
Makan berlebihan.
Tgk tv.
Dengar lagu.
Banyak tidur.

Sayang masa2 di hari Ramadhan yang makbul doanya.
Moga Allah kurniakan kita malam al-Qadr itu!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Tips Utk 10 malam terakhir ramadhan.. semoga ia berguna kpd kita semua...

1. Tak kira betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 terakhir kenalah kita buat yg terbaik..

2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10terakhir akan adanya malam Lailatulqadar

3. Pilih tempat yg terbaik utk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.

4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb

5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya

6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat

7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang.. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....

8. Perbanyakkan solat taubat utk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara2 mungkar tersebut

9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...

10. Mohon kpd Allah swt utk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....
Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia dan sharelah ia...

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?       
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda? 

Saya sedia membantu!! 
Lots of love,  
 
Emi | 0132226473  
Shaklee ID | 1102784  
Pearl V-TA   
When Health Matters Most 

Anda rasa post ini bermanfaat? 

Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Saturday, 13 June 2015

Jom khatam Quran Ramadhan ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini saya nak berkongsi tips macam mana nak Khatam Al-Quran Dengan Mudah Dalam Masa 30 Hari. Insyallah jika kita dapat amalkan perkara ini. Besar manfaatnya pada diri kita. Kerana Al-Quran terdapat ribuan kelebihan jika kita mengamalkan dan membacanya.

Tuntutan Al-Quran kepada orang Islam,kita kena khatam Al-Quran SEKURANG-KURANGNYA dua kali(2x) dalam masa setahun. JOM AMALKAN tips ini. Semoga Al-Quran menjadi PEMBELA kepada kita di kehidupan Akhirat Insyallah. Minta di jauhkan Al-Quran menjadi PENDAKWA kepada kita.

30 Hari Khatam Al-Quran
Di sini dikongsi sedikit cara untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam Bulan Ramadhan yang bakal muncul tidak lama lagi. Cara ini adalah cara yang paling mudah, praktikal, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua. Hanya perlukan keazaman, kerajinan dan istiqamah.

Berikut caranya :

1. Dalam Al-Quran Mus-haf Uthmani, setiap juzuk Al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat Al-Quran sebanyak 20 muka surat.Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

2. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

3. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
-2 muka surat sebelum solat fardhu
-2 muka surat selepas solat fardhu


Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatam 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh sebulan.

Buat masyarakat bukan `Arab seperti kita ini, sebaik-baiknya sertailah bacaan Al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya. Semoga kita mendapat manfaat yang banyak apabila memahami maksud ayat-ayat suci Al-Quran  Tidak hanya membacanya seperti biasa yang kita lakukan, tetapi membacanya sambil faham maksud tersebut. Doa supaya saya juga dapat mengamalkannya. AMIN


Sumber:http://pokok2u.blogspot.com/2013/06/khatam-al-quran-dengan-mudah-dalam-masa.html?m=1

Monday, 11 May 2015

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Bismillahirrahmanirrahiim..

Perkongsian dari Dr Fuad Latip.
 
 
\MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. 

Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya Ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu Ya Allah sebanyak-banyaknya Ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang Ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu Ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik Ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya Ya Allah, solatku Ya Allah, ibadahku Ya Allah,
hidupku Ya Allah, matiku Ya Allah adalah hanya untukMu Ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu Ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu Ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. 
Kitaberkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk Ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang Ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam Ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Ya Allah.

Engkaulah Raja yang menguasai hari pembalasan Ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami memohon pertolongan Ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus Ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat Ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat Ya Allah.”

ALLAHUAKBAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.

10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. 

Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung Ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dgn perlahan, dgn hormat dlm setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dgn Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah…. tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. ALLAH...

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian Ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah....

13. Sujud….. 

Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita mengharapkan redha Allah semata2.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi Ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.
14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.

Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku Ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku Ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku Ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan &
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku Ya Allah” 
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu Ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku Ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku Ya Allah.”

Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.
****

Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekrg. 

Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yg lain.

Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah sentiasa menunggu2 waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2... 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Semoga kita semua diberkati 
آمِّيْنَنَ ..آمِّيْنَنَ ...آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ....
 
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.