Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label MEALSHAKES. Show all posts
Showing posts with label MEALSHAKES. Show all posts

Monday, 24 August 2015

Apa Kata Ibu-ibu Tentang Mealshakes Shaklee?

Bismillahirrahmanirrahiim..



Ibu-ibu sentiasa risau dengan perkembangan anak. Anak obes risau. Anak kurus risau. Anak memilih makan risau. Anak tak nak makan risau. Anak tak sihat risau.

Bagi ibu-ibu yang prihatin, mereka akan berusaha memberi makanan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Mealshakes adalah salah satu makanan tambahan yang terbaik untuk anak-anak kita yang berumur setahun ke atas.

Kat sini saya nak kongsi pengalaman ibu-ibu yang sudah cuba beri anak-anak mereka mealshakes.

credit: mamafaiz.com

 
Salam kak ira,Ingat tak cerita sy pasal Akif yang sembelit?

Lepas diintroduce meal shake,sy sgt2 nk try tuk Akif.since dalam tu ade fiber, jd boleh tlg melawaskan perut budak kecik ni.jd sy pon try,alhamdulillah,smggu lepas cuba,dh nmpak beza dia.tiap2 hr buang air besar.n bowel movement pon smooth je,perut dh x buncit (hehe,kl buncit pon sbb minum air byk). N 7oz tu mcm xckup je,sbb die suka dgn rasa vanilla meal shake tu

Sy pulak,dulu nk minum susu punye lah susah.bila tmbah meal shake,segelas tu senafas je boleh minu (hehe..exegerate).sedaap!thanks,nnti nk beli,buat bekal puas
_______________________________________
 
 
Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau
________________________________________
 

...doktor beri ia antibiotik untuk anas makan selama 1 bulan..ngam 2 minggu cda tengok anas semakin kurus n tidak selera makan n minum.(kurus sampai neneknye di kampung terkejut bila melihat gambar anas yang cda MMs padanya)....kulit anas menjadi kasar...dan anas jadi sensitif...mudah menangis..tak bertenaga..dan dalam tempoh yang sama cda berhenti memberinye antibiotik dan menukarkannye dengan Meal shake..
2 hari selepas tu cda nampak perubahannye....anas dah mula ke dapur menunjuk apa saja makanan didapur..selera makannya bertambah!!! syukur.........dan dari tu juga anas semakin aktif.....tidak mudah meragam...dan sekarang selepas 1 bulan....badanya dah mula berisi...kulitnya semakin halus dan sekata.
 
Alhamdulillah. dengan milk shake+ susu, Vita lea for Children selama 1 minggu di samping kapsul minyak ikan Omega Shaklee guard... (sedap dikunyah begitu sahaja)......nakkan anak anda bijak?..pastikan diet hariannye tinggi kandungan DHA..untuk perkembangan otaknya. Sekarang Aiman akan mkn nasi 3 kali seharidan selalutgh malam dia tak boleh tidur sb lapar katanya.
________________________

AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake,Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat.
 
 
Alhamdulillah..seronok baca pengalaman ibu-ibu ni kan.. anda pula bagaimana? Masih ragu-ragu? InsyaAllah, kesihatan bermula dari badan yang cukup nutrisi. Jom try Mealshakes!
 
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Sunday, 23 August 2015

Anak Kurang Berat Badan

Bismillahirrahmanirrahiim..


Ibubapa seringkali risau bila berat badan bayi/anak mereka tidak bertambah. Lebih-lebih lagi bila orang sekeliling mula menegur yang anaknya kecil atau kurus. 

Pertumbuhan fizikal kanak-kanak diukur dengan lima parameter iaitu ketinggian, berat badan, ukur lilit kepala, umur dan jantina. Ibubapa perlu merujuk pada doktor untuk mengetahui percentile pertumbuhan anak.

Kat bawah ni saya lampirkan artikel dari myhealth.gov tentang kekurangan berat badan anak.

Pengenalan

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
  • Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
  • Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
  • Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
  • Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
  • Penyakit seperti jangkitan cacing.
  • Tekanan.
  • Senaman yang berlebihan
  • Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
  • Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
  • Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
  • Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  • Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
  • Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
  • Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
  • Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
  • Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Apakah yang patut anak saya makan?


Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.

----------------------------------------------------------

Bagaimana Mealshakes Membantu Menambahkan Berat Badan Anak Anda? Sekaligus meningkatkan imun anak. 

credit: sihatmacamyaya.blogspot.com




Bagaimana Mealshake Berperanan Tambah Berat Badan Anak

- Mealshake shaklee adalah supplement-MAKANAN TAMBAHAN. Bukan ubat
   ajaib
- Mealshake menyokong keperluan nutrisi yang diperlukan proses
   tumbesaran anak-anak
- Mealshake mengandungi  24 vitamin dan mineral perlu
- Vitamin-vitamin dan mineral dalam mealshake memperbaiki fungsi
   tubuh termasuk signal selera makan
- Mealshake sebagai pelengkap vitamin dan mineral. Anak yang sedang
   membesar sangat memerlukan MAKANAN TULEN YANG BERKHASIAT
   mengikut piramid makanan.
- Mealshake meninggikan sistem imun tubuh anak anda. Jadi Anak anda
   Insyaallah jarang jatuh sakit. (Bila jatuh sakit, selera makan lagi
   menurun dan berat badan turut menurun)

Kebaikan Mealshake untuk Anak Yang Sedang Membesar
 
- Melengkapkan 35% keperluan harian vitamin dan mineral yang
   diperlukan
- Lengkap 24 jenis vitamin dan mineral penting yang sangat diperlukan
   semasa proses tumbesaran
- Mengandungi serat makanan dan protein (anak mudah lawas)
- Tinggi kalsium - 60% kalsium (dibancuh dengan whole milk).
   Dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D untuk
   penyerapan kalsium yang berkesan
- Kolina pada lecithin soya yang terkandung dalam mealshake
   penting untuk perkembangan minda
- Tidak mengandungi laktosa (sesuai untuk kanak-kanak yang
   alah laktosa)
- Penting untuk tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin
   dengan kalsium, magnesium untuk membina tulang dan sel-sel
   untuk proses membesar
- Kaya dengan antioksida - yang bertindak melawan jangkitan,
   meningkatkan sistem imun. Seperti vitamin A, C, E, Zink dan
   selenium
- Mencantikkan kulit - Mengandungi vitamin B lengkap, zat besi
   dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat dan
   mencantikkan kulit



TAMBAH BERAT ANAK, TAMBAH BERAT BADAN ANAK, MAKANAN TAMBAH BERAT ANAK, BAGAIMANA MELASHAKE TAMBAHKAN BERAT ANAK, PETUA TAMBAH BERAT ANAK, CARA TAMBAH BERAT ANAK, ANAK KURANG MAKAN NASI, ANAK KURANG MAKAN, ANAK KURANG MAKAN SAYUR, CARA ATASI ANAK KURANG MAKAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, PUNCA ANAK KURANG SELERA MAKAN, MASALAH ANAK KURANG SELERA MAKAN,  VITAMIN UNTUK ANAK KURANG SELERA MAKAN

Keistimewaan Mealshake Shaklee  - Selamat, terbukti secara klinikal

- Selamat untuk anak-anak yang sedang membesar
- Lengkap dengan asid amino dan nutrisinya mudah diserap oleh
   tubuh untuk kegunaan seharian.
- Mealshake shaklee hanya berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti
   buah-buahan terpilih sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin DLL
- Lactalbumin merupakan sejenis susu tidak mengandungi laktosa
   dan merupakan bahan terbaik dan mengandungi organisma protein
   yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh
   oleh bayi, kanak-kanak dan remaja.
- Melashake shaklee turut mengandungi - immnoglobulin, lactoferrin,
   bacteriolysin, dan sebagainya.
- Rendah lemak, kolestrol dan sodium
- Rasanya yang enak - tidak mengandungi pewarna perasa dan
   pengawet  tiruan 

Melashake shaklee sesuai untuk
 
- Anak-anak yang kurang berat, 
- Menyokong keperluan tumbesaran,
- Sesuai untuk anak yang kerap  sakit -tingkatkan sistem imun anak
- Untuk anak-anak yang memilih makanan atau tiada selera makan
- Untuk anak-anak yang suka makanan segera (ibu bapa perlu tukar
   selera anak)
- Anak-anak yang aktif - pengganti tenaga segera
- Sebagai sarapan tambahan untuk anak-anak yang bersekolah/belajar.
- Untuk anak dan bayi setahun ke atas yang menghidapi asthma


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     

#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Wednesday, 22 April 2015

10 Sebab Mengapa Mealshakes Terbaik Untuk Anak Kita

Bismillahirrahmanirrahiim..

Seringkali terdengar keluhan ibu2 yang risau anak2 mereka kurang makan. Bagi nasi taknak. Bagi roti dan biskut pun taknak. Bagi buah & sayur..lagii la taknak. Yang menjadi makanan rutin anak2 ini hanya jajan dan makanan2 manis yang semestinya tidak sihat untuk gigi dan kesihatan keseluruhannya.

Sebagai ibubapa yang prihatin terhadap keperluan nutrisi anak, kita perlulah menitik beratkan pemakanan anak. Jika anak2 kita tergolong di anatara kanak2 yang susah makan ni, jadi kita perlulah mencari alternatif supaya anak kita mendapat nutrisi yang lengkap untuk perkembangan tubuh dan otak anak kita.

Siapa taknak anak cerdik dan sihat kan?

Ilmu baik perlu dikongsi. Sebab ilmu2 ni bakal jadi saham di kubur dan akhirat kelak.

Di sini saya nak kongsi 10 kebaikan Mealshakes untuk anak2 kita. Jom bertindak jadi ibu bapa yang prihatin.

********************************************

By: MariaFirdaus



#1 : KARBOHIDRAT

Anak-anak kita kan banyak aktiviti. Ada yang pagi Sekolah Kebangsaan, petang Sekolah Agama. Dengan akademik, sukan, aktiviti beruniform lah, macam-macam lagi. Jadi mereka perlukan nutrisi yang lengkap untuk kekal cergas bertenaga. 

Jadi kalau kita nampak anak-anak kita selalu letih, itu maknanya badan kekurangan nutrisi. MEALSHAKES mengandungi Karbohidrat dengan Glisemik Indeks Rendah untuk mengekalkan tenaga anak-anak kita sepanjang hari.


#2 : PROTEIN

MEALSHAKES adalah lengkap dengan 9 amino acids yang penting untuk pertumbuhan dan membaiki tisu badan. Kalau anak-anak kita cukup keperluan protein, mereka dapat membesar dengan lebih sihat dan tisu-tisu badan yang rosak dapat pulih dengan lebih cepat. 


#3 : VITAMIN A, C, E 

MEALSHAKES mengandungi Vitamin ini sebagai Antioksidan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan. Anak-anak yang cukup nutrient biasanya kulitnya tak mudah sensitif dan lebih halus. Sel-sel baru pada badan juga dapat tumbuh dengan lebih baik. 


 #4 : SERAT

Ada antara anak-anak kita ni yang susah nak minum air. Bila badan tak cukup air, mudah lah kena sembelit. Kesian sangat kalau tengok anak-anak yang sembelit. Kadang ada sampai nangis-nangis dan fobia nak ke tandas. Dengan tambahan serat dalam MEALSHAKES, InsyaAllah ia sangat membantu penghadaman dan masalah sembelit dapat diatasi. 


 #5 : VITAMIN B

Untuk jadi pelajar cemerlang, anak-anak kita mestilah sentiasa FOKUS semasa belajar dalam kelas. Dengan vitamin B, ia memudahkan anak-anak kita FOKUS dan beri PERHATIAN dalam kelas. Ia juga memelihara kesihatan sistem saraf. 


 #6 : SODIUM DAN MAGNESIUM

Anak-anak yang aktif biasanya akan banyak berpeluh. Jadi Sodium & Magnesium ni membantu keseimbangan cecair dalam badan dan mengurangkan rasa letih. 


#7 : VITAMIN C

Anak-anak yang kerap demam dan selsema biasanya sebab sistem immunisasi yang lemah. MEALSHAKES mengandungi Vitamin C yang sangat penting untuk kesihatan gusi, gigi, kulit dan menentang infeksi kuman. 



#8 : VITAMIN A 

Haa..ini untuk mengelakkan anak-anak kita cepat rabun. Kesian kan kalau kecil-kecil dah kena pakai cermin mata. MEALSHAKES mengandungi Vitamin A untuk pelihara kesihatan mata anak-anak kita. 


#9 : CALCIUM dan VITAMIN D

Anak-anak yang sedang membesar perlukan calcium untuk kesihatan dan perkembangan tulang yang kuat. MEALSHAKES ada Calcium dan Vitamin D untuk penyerapan Calcium yang lebih optimum. 


#10 : IRON dan B12

Kalau ada anak-anak kita yang selalu nampak letih dan pucat, jaga-jaga ya. Mungkin mereka kekurangan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia. MEALSHAKES mengandungi Iron dan B12 yang penting untuk pembinaan sel-sel darah merah dalam badan. 

Haa..inilah dia 10 sebab mengapa Mealshakes terbaik untuk anak-anak kita!! 

Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba sekarang!!
 
 

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.