Bismillahirrahmanirrahim..
Setiap hari kita perlu buat yang terbaik dalam hidup kita. Semoga kita semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Hari ni nak share tentang Yoyo diet. Pembaca semua boleh reshare balik artikel ni. Moga bermanfaat dan menjadi saham akhirat penulis asal.
YOYO DIET
Inilah fenomena yang sering berlaku pada sesiapa sahaja yang dalam
proses ingin menurunkan berat badan. Setelah bersusah payah mengamalkan
diet, senaman, telah menurunkan berat badan, namun apabila leka sekejap
sahaja, pasti akan naik Kg balik. Ini sudah tentu mengecewakan bukan?
Salah satu sebabnya adalah kerana "Yoyo Diet".
Apa itu "Yoyo Diet"?
Diet
melampau, mengabaikan waktu makan, pemgambilan kalori yang sangat
rendah, inilah fenomena yg menyebabkan yoyo diet. Yoyo diet adalah diet
untuk menurunkan berat, tetapi sangat mudah berat untuk naik tanpa
disedari. Mengapa ini terjadi? Apabila anda skip waktu pemakanan, anda
kekurangan nutrisi terutamanya zat protein dalam tubuh badan, hal ini
menyebabkan jisim otot semakin berkurangan sepertimana fungsi protein
untuk membina isi otot. Sekiranya jisim otot telah semakin berkurangan,
maka ia akan berpengaruh kepada kadar metabolisma yang semakin rendah.
Oleh sebab itu, diet melampau membawa kepada kalori yang sangat
rendah. Ia tetap akan membantu menurunkan berat badan namun ketidak
seimbangan zat nutrisi telah menyebabkan berat badan anda semakin mudah
untuk naik dengan cepat. Daripada amalkan diet melampau untuk turunkan
berat secara pantas, baik amalkan diet jangka panjang dengan cara yang
sihat walaupun kurang berat secara perlahan. Untuk mengelakkan berat
badan anda daripada naik dan turunkan berat badan secara konsisten:
1. Corak Pemakanan
- Elakkan pengambilan kalori yang terlalu banyak dan terlalu sedikit,
biarlah sederhana diikuti dengan pemakanan yang seimbang. (jangan
rendah dari 1000kcal dalam sehari.)
- Wajibkan pengambilan sarapan.
- Perbanyakkan minum air masak. (3 or 4 Litre is more better)
- Plan corak pemakanan yang seimbang dan sihat
2. Senaman
- Senaman (Jogging) waktu 20 minit yang pertama adalah membakar
tenaga, BUKAN lemak. Untuk membakar lemak, lakukan senaman
sekurang-kurangnya 30 – 40 minit.
- Tingkatkan ketahanan senaman untuk mencabar pernafasan dan
peningkatan jisim otot, peningkatan jisim otot akan memudahkan
pembakaran lemak.
- Pelbagaikan corak senaman seperti aerobic, berbasikal, skipping,
menari, atau naik tangga, agar tidak merasa bosan ketika melakukan
senaman.
3. Anda pengamal Lose Weight Supplement?
- Amalkan secara konsisten, berdisiplin, dan jaga pemakanan.
- Walaupun mengambil suplemen tanpa corak pemakanan yang betul, ia tetap kurang membantu.
Dengan beberapa cara ini dapat mampu mengatasi masalah "yoyo diet",
bermotivasi dan berdisiplin tinggi mampu membantu untuk terus mencapai
berat badan yang ideal.
Sumber: kevinzahri.com
Kat bawah ni emi reshare kisah seorang lelaki hebat yang pernah kecewa dengan yoyo diet dan akhirnya mengamalkan diet secara sihat. Hasilnya beliau hilang 50kg dalam masa 2 tahun! Bravo. Moga menjadi sumber inspirasi kepada semua.
******************************************
Assalamualaikum dan hello untuk semua pembaca blog Kevin Zahri.
Korang boleh panggil Aiman. Saya dah lama ingin berkongsi pengalaman
saya berdiet dari tahun 2010 hingga sekarang. Saya harap saya dapat
memberi inspirasi untuk semua yang berada di luar sana untuk berdiet
dengan cara semulajadi.
Permulaan berat badan naik sewaktu kanak-kanak
Semasa zaman kanak-kanak, saya taklah gemuk pon. Sangatlah kurus
sehingga waktu darjah 2 terus badan jadi chubby sebab arwah tok masak
sedap-sedap. Tak boleh tahan asyik nak tambah je nasi. Sampai saja
darjah 6, saya cuba berdiet. Beli pil diet kat farmasi. Tapi tak
turun-turun sebab asyik melantak saja.
Gelaran yang diberikan semasa di sekolah menengah
Bila sampai saja zaman sekolah menengah. Saya digelar macam-macam
seperti pampers dan mami poko sebab belakang saya ni agak besar. Jahat
sungguh! Takpe tu kenangan manis. Gelaran tu buat saya geli hati sampai
sekarang. Dari pampers, orang tukar panggil nama Pam! Sampai sekarang
kawan-kawan still panggil Pam walaupun dah hilang berat badan.
Zaman Universiti, zaman parah.
Zaman universti merupakan zaman yang “makan tak ingat dunia” Aiman
Syazwan Roslan. Dari diploma sampai degree. Cakap kat member setiap
semester nak diet tapi tak kurus-kurus. Diorang pon dah bosan dengan
statement saya setiap kali cuti semester hamper tiba saya akan berkata,
“cuti sem ni aku nak diet!”. Inisiatif diet saya bermula bila hampir
tamat degree di UiTM Shah Alam majoring in Public Relations. Ramai cakap
orang PR ni kena look good. Diet saya bermula pada 20 Februari 2010
secara rasminya.
Extreme to YoYo Diet
Berat saya bermula dengan 127kg. Saya terus start
dengan extreme diet di mana hanya makan roti bersama tuna atau spaghetti
yang dibuat sendiri untuk lunch dan buah buahan seperti epal dan oren.
Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast
food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari.
…Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk
food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter
sehari…
Dalam 1 bulan saya dapat hilang 10kg. Dari 127 terus
jadi 117. Sampai ke bulan May 2010. Saya mampu hilang sehingga 30kg dan
telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid
Kosmo tentang remaja. Terima kasih Kak Khadijah Mohamad Nor sebab
menulis artikel itu pada bulan July 2010. Berat saya waktu tu 97kg.
Masih lagi dalam kategori obese. Saya sedang dalam practical pada masa
itu. Berat saya mula naik sehingga 105kg sebab mungkin dah yakin boleh
makan banyak sebab dah kurus kononnya. Makan balik tak ingat dunia.
Inilah nama YOYO DIET. Obses sangat nak kurus buat diet tak betul. Naik la balik berat badan jawabnya!
Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja.
…Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011…
YoYo diet saya bermula dari July 2010 sehingga Nov 2011. Jangan
amalkan yoyo diet kerana ia sangat tak sihat. Semasa yoyo diet, berat
saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap
97 sampai la bulan Nov 2011 saya nekad untuk serius dalam berdiet. Terus
tukar jadual pemakanan. Ok disini baru saya ingin berkongsi apa yang
saya makan apa yang saya elak. Untuk YOYO diet saya tak syorkan sebab
sangat tak berkesan. Perjalanan diet saya yang serius bermula November
2011.
Diet secara serius
Saya dah fed up dengan yoyo diet jadi saya mencari alternatif diet
yang berkesan iaitu makan 6 kali sehari. Makan 6 kali sehari secara
sihat terbukti dapat mengurangkan berat badan. Saya akan makan pada
waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Selain itu, saya akan
makan snek ringan diantara waktu sarapan, makan tengahari dan makan
malam.
Apa yang saya makan dan elak? Senang saja.
- Lebihkan makan makanan berciri semulajadi seperti sayur, buah buahan dan dari sumber protein seperti ikan.
- Saya mengurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein dan serat.
- Makanan ringan pula terdiri daripada kismis, yogurt, buah-buahan, almond dan biskut oat yang menyihatkan.
- Elakkan daripada mengambil minuman manis, junk food dan fast food.
- Air masak adalah medium yang terbaik untuk menggantikan air manis.
Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya tidak terhidrat.
“Guilty Pleasure Day”
Di sini saya ingin berkongsi satu rahsia dengan korang. Kadang kala saya akan mengamalkan “Guilty Pleasure Day” setiap
hari Sabtu dimana saya akan makan apa saja yang saya nak seperti pizza,
kek, chocolate, burger tapi pada kadar yang terkawal dan akan
menyambung diet semula pada hari Ahad.
…Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing…
Senaman dan tidur yang mencukupi
Diet tidak akan berkesan kalau tak mengamalkan senaman. Senaman yang
selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style.
Tae Bo, senamrobik kick boxing. Korang boleh cari DVD kat kedai music.
Ada banyak! Selain tu, saya juga mengamalkan sit up, pumping, skip rope
dan ke gym. Tapi saya sangat jarang ke gym. Saya lebih gemar bersenam di
rumah. Saya hanya akan bersenam pada hari Isnin hingga Jumaat selama 30
minit hingga 2 jam. Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari rawat dan rehat
sebab badan kita perlukan rehat yang secukupnya untuk pulih.
Selain diet dan senaman, tidur juga sangat penting kalau untuk
menghilangkan berat badan. Tidur yang baik adalah di antara 7 hingga 8
jam. Waktu tidur yang terbaik adalah pada pukul 10-12 malam. Saya harap
dengan tips diet saya yang tak seberapa ini dapat membantu korang untuk
menghilangkan berat badan.
 |
| CADANGAN SET KURUS SHAKLEE |
|
|
|
 |
| TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE |
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?
Saya sedia membantu!!
Lots of love,
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most
Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.