Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label ALFALFA COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label ALFALFA COMPLEX. Show all posts

Monday, 27 April 2015

Tambah Susu Dengan Alfalfa, Berkesan Ke?

Bismillahirrahmanirrahiim...


Emi doakan semua pembaca blog Pearl V-ta memperoleh kesihatan terbaik & menjadi insan yang sangat berjaya di dunia & akhirat. Tolong doakan emi juga ye. Terima kasih... :)

Hari ni kita nak menyelami dunia penyusuan ibu. Di mana kita semua maklum susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kita. Saranan Allah di dalam alQuran agar kita menyusu bayi kita dengan susu ibu sehingga genap 2 tahun.

Bagi ibu yang mengalami masalah penyusuan, digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menjayakan penyusuan susu ibu yang sudah terbukti mampu memberi kecerdasan & kecergasan kepada bayi kita. Berikan terbaik untuk anak2 kita.

Hari ni nak share tentang cukup ke ibu menyusu hanya bergantung dengan supplemen Alfalfa sebagai penggalak susu?

Thank you to anakkuwiraku.com for the article. Happy reading!


****************************************


Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUNmalangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.





Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada  dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan  mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.


Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     

#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?


Saya sedia membantu!!
 

Lots of love,   

Emi | 0132226473

Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Saturday, 18 April 2015

YOYO DIET: TURUN.NAIK.TURUN.NAIK

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap hari kita perlu buat yang terbaik dalam hidup kita. Semoga kita semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Hari ni nak share tentang Yoyo diet. Pembaca semua boleh reshare balik artikel ni. Moga bermanfaat dan menjadi saham akhirat penulis asal.



YOYO DIET

Inilah fenomena yang sering berlaku pada sesiapa sahaja yang dalam proses ingin menurunkan berat badan. Setelah bersusah payah mengamalkan diet, senaman, telah menurunkan berat badan, namun apabila leka sekejap sahaja, pasti akan naik Kg balik. Ini sudah tentu mengecewakan bukan? Salah satu sebabnya adalah kerana "Yoyo Diet". 

Apa itu "Yoyo Diet"? 

Diet melampau, mengabaikan waktu makan, pemgambilan kalori yang sangat rendah, inilah fenomena yg menyebabkan yoyo diet. Yoyo diet adalah diet untuk menurunkan berat, tetapi sangat mudah berat untuk naik tanpa disedari. Mengapa ini terjadi? Apabila anda skip waktu pemakanan, anda kekurangan nutrisi terutamanya zat protein dalam tubuh badan, hal ini menyebabkan jisim otot semakin berkurangan sepertimana fungsi protein untuk membina isi otot. Sekiranya jisim otot telah semakin berkurangan, maka ia akan berpengaruh kepada kadar metabolisma yang semakin rendah. 
Oleh sebab itu, diet melampau membawa kepada kalori yang sangat rendah. Ia tetap akan membantu menurunkan berat badan namun ketidak seimbangan zat nutrisi telah menyebabkan berat badan anda semakin mudah untuk naik dengan cepat.  Daripada amalkan diet melampau untuk turunkan berat secara pantas, baik amalkan diet jangka panjang dengan cara yang sihat walaupun kurang berat secara perlahan. Untuk mengelakkan berat badan anda daripada naik dan turunkan berat badan secara konsisten: 
1. Corak Pemakanan  - Elakkan pengambilan kalori yang terlalu banyak dan terlalu sedikit, biarlah sederhana diikuti dengan pemakanan yang seimbang. (jangan rendah dari 1000kcal dalam sehari.)  - Wajibkan pengambilan sarapan.  - Perbanyakkan minum air masak. (3 or 4 Litre is more better)  - Plan corak pemakanan yang seimbang dan sihat 
2. Senaman  - Senaman (Jogging) waktu 20 minit yang pertama adalah membakar tenaga, BUKAN lemak. Untuk membakar lemak, lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 – 40 minit.  - Tingkatkan ketahanan senaman untuk mencabar pernafasan dan peningkatan jisim otot, peningkatan jisim otot akan memudahkan pembakaran lemak.  - Pelbagaikan corak senaman seperti aerobic, berbasikal, skipping, menari, atau naik tangga, agar tidak merasa bosan ketika melakukan senaman. 
3. Anda pengamal Lose Weight Supplement? 
- Amalkan secara konsisten, berdisiplin, dan jaga pemakanan.  - Walaupun mengambil suplemen tanpa corak pemakanan yang betul, ia tetap kurang membantu.
Dengan beberapa cara ini dapat mampu mengatasi masalah "yoyo diet", bermotivasi dan berdisiplin tinggi mampu membantu untuk terus mencapai berat badan yang ideal. 
Sumber: kevinzahri.com


Kat bawah ni emi reshare kisah seorang lelaki hebat yang pernah kecewa dengan yoyo diet dan akhirnya mengamalkan diet secara sihat. Hasilnya beliau hilang 50kg dalam masa 2 tahun! Bravo. Moga menjadi sumber inspirasi kepada semua.

******************************************


Assalamualaikum dan hello untuk semua pembaca blog Kevin Zahri. Korang boleh panggil Aiman. Saya dah lama ingin berkongsi pengalaman saya berdiet dari tahun 2010 hingga sekarang. Saya harap saya dapat memberi inspirasi untuk semua yang berada di luar sana untuk berdiet dengan cara semulajadi.

Permulaan berat badan naik sewaktu kanak-kanak

Semasa zaman kanak-kanak, saya taklah gemuk pon. Sangatlah kurus sehingga waktu darjah 2 terus badan jadi chubby sebab arwah tok masak sedap-sedap. Tak boleh tahan asyik nak tambah je nasi. Sampai saja darjah 6, saya cuba berdiet. Beli pil diet kat farmasi. Tapi tak turun-turun sebab asyik melantak saja.

Gelaran yang diberikan semasa di sekolah menengah

Bila sampai saja zaman sekolah menengah. Saya digelar macam-macam seperti pampers dan mami poko sebab belakang saya ni agak besar. Jahat sungguh! Takpe tu kenangan manis. Gelaran tu buat saya geli hati sampai sekarang. Dari pampers, orang tukar panggil nama Pam! Sampai sekarang kawan-kawan still panggil Pam walaupun dah hilang berat badan.

Zaman Universiti, zaman parah.

Zaman universti merupakan zaman yang “makan tak ingat dunia” Aiman Syazwan Roslan. Dari diploma sampai degree. Cakap kat member setiap semester nak diet tapi tak kurus-kurus. Diorang pon dah bosan dengan statement saya setiap kali cuti semester hamper tiba saya akan berkata, “cuti sem ni aku nak diet!”. Inisiatif diet saya bermula bila hampir tamat degree di UiTM Shah Alam majoring in Public Relations. Ramai cakap orang PR ni kena look good. Diet saya bermula pada 20 Februari 2010 secara rasminya.

Extreme to YoYo Diet

Berat saya bermula dengan 127kg. Saya terus start dengan extreme diet di mana hanya makan roti bersama tuna atau spaghetti yang dibuat sendiri untuk lunch dan buah buahan seperti epal dan oren. Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari.
…Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari…
Dalam 1 bulan saya dapat hilang 10kg. Dari 127 terus jadi 117. Sampai ke bulan May 2010. Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja. Terima kasih Kak Khadijah Mohamad Nor sebab menulis artikel itu pada bulan July 2010. Berat saya waktu tu 97kg. Masih lagi dalam kategori obese. Saya sedang dalam practical pada masa itu. Berat saya mula naik sehingga 105kg sebab mungkin dah yakin boleh makan banyak sebab dah kurus kononnya. Makan balik tak ingat dunia.
Inilah nama YOYO DIET. Obses sangat nak kurus buat diet tak betul. Naik la balik berat badan jawabnya!

Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja.
…Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011…
YoYo diet saya bermula dari July 2010 sehingga Nov 2011. Jangan amalkan yoyo diet kerana ia sangat tak sihat. Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011 saya nekad untuk serius dalam berdiet. Terus tukar jadual pemakanan. Ok disini baru saya ingin berkongsi apa yang saya makan apa yang saya elak. Untuk YOYO diet saya tak syorkan sebab sangat tak berkesan. Perjalanan diet saya yang serius bermula November 2011.

Diet secara serius

Saya dah fed up dengan yoyo diet jadi saya mencari alternatif diet yang berkesan iaitu makan 6 kali sehari. Makan 6 kali sehari secara sihat terbukti dapat mengurangkan berat badan. Saya akan makan pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Selain itu, saya akan makan snek ringan diantara waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Apa yang saya makan dan elak? Senang saja.
  1. Lebihkan makan makanan berciri semulajadi seperti sayur, buah buahan dan dari sumber protein seperti ikan.
  2. Saya mengurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein dan serat.
  3. Makanan ringan pula terdiri daripada kismis, yogurt, buah-buahan, almond dan biskut oat yang menyihatkan.
  4. Elakkan daripada mengambil minuman manis, junk food dan fast food.
  5. Air masak adalah medium yang terbaik untuk menggantikan air manis. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya tidak terhidrat.

“Guilty Pleasure Day”

Di sini saya ingin berkongsi satu rahsia dengan korang. Kadang kala saya akan mengamalkan “Guilty Pleasure Day” setiap hari Sabtu dimana saya akan makan apa saja yang saya nak seperti pizza, kek, chocolate, burger tapi pada kadar yang terkawal dan akan menyambung diet semula pada hari Ahad.


…Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing…

Senaman dan tidur yang mencukupi

Diet tidak akan berkesan kalau tak mengamalkan senaman. Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing. Korang boleh cari DVD kat kedai music. Ada banyak! Selain tu, saya juga mengamalkan sit up, pumping, skip rope dan ke gym. Tapi saya sangat jarang ke gym. Saya lebih gemar bersenam di rumah. Saya hanya akan bersenam pada hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit hingga 2 jam. Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari rawat dan rehat sebab badan kita perlukan rehat yang secukupnya untuk pulih.
Selain diet dan senaman, tidur juga sangat penting kalau untuk menghilangkan berat badan. Tidur yang baik adalah di antara 7 hingga 8 jam. Waktu tidur yang terbaik adalah pada pukul 10-12 malam. Saya harap dengan tips diet saya yang tak seberapa ini dapat membantu korang untuk menghilangkan berat badan.


CADANGAN SET KURUS SHAKLEE


TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Thursday, 16 April 2015

11 Reason Why You Should Take Alfalfa

Bismillahirrahmanirrahiim..

At first, let us istighfar. May Allah bless us and grant us paradise.

Today I would like to share with you, my beloved readers about 'Why you should take Alfalfa in your diet.'


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



#1. It lowers cholesterol- In several studies, alfalfa supplementation reduced blood cholesterol levels, particularly for individuals with a specific kind of high cholesterol known as type II hyperlipoproteinemia. It appears that the fibers and chemicals in alfalfa stick to cholesterol, so that it doesn't stay in the blood so it can't be deposited on blood vessel walls. Even more exciting is that it seems to lower bad cholesterol (LDL) while leaving good cholesterol (HDL) alone.

#2. Contains essential enzymes needed to efficiently digest food- (Lipase – fat splitting,Amylase – acts on starches,Coagulase – coagulates or clots blood,Emulsin – acts upon sugar,Invertase - converts cane sugar to dextrose,Peroxidate – oxidizing effect of the blood,Pectinase – forms vegetable jelly,Protase – digests proteins)

#3. Alfalfa is a great digestive aid- The chlorophyll, enzymes, minerals, vitamins all aid digestion and help stimulate lagging appetites.The 8 essential enzymes assist in digesting all 4 classes of food: proteins, fats, starches and sugars.

#4. Aids in healing peptic ulcers- Contains Vitamin U, a vitamin found in green vegetables. It is used in the treatment of peptic ulcers, colitis, and gastritis and has an effect on secretory, acid-forming, and enzymatic functions of the intestinal tract*. Vitamin U effectively cured 80% of peptic ulcers of those tested at Stanford University, (as stated in “Nature’s Healing Grasses”).

#5. Aids the kidneys in ridding the body of excess fluid and regulates the bowels- Chemicals in alfalfa have mild diuretic properties, which may promote the loss of water from the body. Therefore, alfalfa may relieve swelling caused by excess water accumulation.

#6. Helps the body fight off infection- The chlorophyll in alfalfa develops an effective barrier against bacterial invasion by its stimulation effect on the growth of connective tissue and granulation tissue.

#7. Alfalfa has a long history of health benefits. Some consider it a superfood!- AL-FAL-FA meaning father of all foods. They were so convinced that it was beneficial to the health and strength of the body.

#8. Alfalfa is rich in vitamins-Vitamin A - for night vision and important for eye health. Builds resistance to infections, especially in the respiratory tract; promotes growth ands vitality; promotes healthy skin and is essential in pregnancy. Vitamin E- protects cells against damage from sun's radiation and air pollution; promotes heart, cardiovascular and muscle health and improved immune function; promotes muscle tone in the body; helps bring nutrients to cells and helps strengthen blood vessel walls, including capillary walls; helps proper focusing of the eyes.Vitamin U - promotes health of body to help overcome peptic ulcers.Vitamin B6-helps food assimilation and protein and fat metabolism; promotes nerve and skin health; helps battle nausea symptoms.Vitamin K- essential for blood clotting; important in liver functions; may possibly contribute to vitality and longevity.Vitamin D - regulates the use of calcium and phosphorus in the body and is therefore necessary for the proper formation of strong and healthy teeth and bones.

#9. Alfalfa is rich in minerals-Calcium- builds and maintains bones and teeth; helps clot blood, aids in vitality and endurance; regulates heart rhythm, soothes nerves.Iron - required in manufacturing hemoglobin; helps carry oxygen in the blood.Manganese is a trace element that is thought to be involved with the body's use of carbohydrates from food. This helps alfalfa lower blood sugar levels. Because alfalfa may have a lowering effect on blood sugar, alfalfa may increase the effectiveness of medications used for the treatment of diabetes. Potassium - necessary for normal muscle tone, nerves, heart action and enzyme reactions; digests fats.Phosphorus - needed for normal bone and tooth structure. Interrelated with action of calcium and Vitamin D. Improves nourishment of nerve tissue.Chlorine (chloride) - an essential electrolyte which cleans and purifies the body; regulates fat, sugar and starch metabolism.Sodium - regulates fluid balance throughout body; neutralizes acids, prevents clotting of blood; activates spleen, bowels and stomach functions.Silicon Magnesium - helps body to deal with constipation; steadies the nerves; has protective effect on skin and body; stimulates brain function. 

#10. Alfalfa is high in protein- Alfalfa has 18.9% as compared to beef at 16.5%, milk at 3.3% and eggs at 13.1%. (Muscles are composed of protein and the lack of it results in fatigue and weakness.)
   #11. Pregnancy and Lactation Remedies – as milk booster

credit: http://www.pjstory.com

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Alfalfa Shaklee: The Best Amongst The Best

Bismillahirrahmanirrahiim.

Moga kita semua mendapat rahmat daripada Allah, mendapat syafaat di mahsyar kelak dari Rasulullah & terdiri dari orang-orang yang bersyukur serta bertakwa. Amiin.

Hari ni nak cerita tentang produk hebat Alfalfa. Tumbuhan yang diciptakan oleh Allah yang mengandungi 1001 manfaat. 

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.


Alfalfa ni raja segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

Apa keistimewaan Alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain? 

Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin. Dan yang bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid, bakteriosid, hormon2 sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity.

Kelebihan Alfalfa

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2.  Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
 read more about alfalfa shaklee: Alfalfa

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   


#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   
 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Wednesday, 15 April 2015

Set Shape Up a.k.a Set Kurus Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya doakan kita semua menjadi insan yang lebih baik dari semalam. & mencapai kejayaan yang paling besar iaitu BERJAYA masuk ke dalam syurga.

Kurus dan sihat sebenarnya satu amanah yang kita perlu berusaha untuk dapatkannya. Kalau badan dah kurus dan sihat maka lebih muah untuk kita melakukan amalan2 kebaikan yang membawa kepada kejayaan di dunia & akhirat. Betul ke betul? :)

Jom explore the miracle of shape up programme in Shaklee.

Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee?
Set Kurus Shaklee menggunakan konsep Bakar - Buang - Bina untuk mengurangkan berat badan penggunanya. Apa itu Bakar? Apa Itu Buang? Apa itu Bina?



Konsep 1 : Bakar.
Bakar yang dimaksudkan adalah bakar lemak. Ada juga orang gelarkan cairkan lemak. Produk yang berkesan untuk cairkan lemak dalam badan adalah Lecithin. 





Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emulsifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


Konsep 2:  Buang
Konsep buang atau detoks ini sangat penting setelah fungsi bakar berlaku. Apabila lemak telah dipecahkan dari dalam badan, ia harus di bawa keluar melalui pembuangan najis supaya tidak tersimpan dalam badan. Produk shaklee yang sangat sesuai untuk fungsi ini adalah Alfalfa.



Konsep detoksifikasi dalam usus ini sebenarnya memberi banyak kelebihan. Ia berfungsi membuang segala kekotoron dan toksin di dinding usus supaya proses penyerapan nutrien lebih berkesan dan optimum. 


Konsep 3: Bina
Setelah lemak disingkirkan, otot badan perlu dibina semula supaya mengurangkan kesan geleber pada badan akibat lemak yang dibuang. Bagaimana nak bina semula? Dengan protein rumusan khas dari Shaklee iaitu Cinch.




Kebaikan Cinch Shake
  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle). 

Pada waktu inilah, ramai pengguna merasa confuse, setelah berminggu menggunakan Set Kurus Shaklee, tetapi tiada pengurangan dari segi berat badan. Jangan risau, ia NORMAL. Kenapa saya kata normal?

Sebab berat statik itu adalah disebabkan pembinaan otot pada badan. TETAPI, anda akan mengalami INCHLOSS ataupun dengn kata lain, pinggul mengecil, peha mengecil dan lengan juga jadi slim. Baju lama dan seluar jeans lama BOLEH PAKAI SEMULA. Best kan???


 credit: http://tipsihatselalu.blogspot.com

Testimoni Set Kurus Shaklee 
#Shakleeeffects











#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   

#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 

Lots of love, 
 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Tuesday, 17 March 2015

Kepentingan Detox

Bismillahirrahmanirrahim...

Hai, saya doakan kita semua bakal masuk syurga tanpa hisab. amiin.



Hari ni nak cerita pasal pentingnya detoks. Tahu tak, kalau kita tak detoks, sia2 je kita makan apa2 vitamin @ makanan sebab nutrien2 tak dapat diserap dengan sempurna. Detoks tu apa pulak? Detoks tu proses penyingkiran toksin2 dan lendir2 yang terdapat dalam darah, usus, hati. Kalau kita tak detoks, susaj kita nak sembuh dari apa2 penyakit.

Macam mana nak detox?

Boleh pilih produk untuk detox:

1)Alfalfa
2)DTX Complex
3)Garlic
4)HerbLax
5)Vivix

Daripada kita membazir beli macam2 vitamin tapi tak berkesan, better kita detox dulu badan kita. Barulah berbaloi pelaburan kita.

Fakta:

Korang tahu tak kalau jerawat tumbuh sekitar bawah dagu, maksudnya ada masalah berkaitan perut (digestion). Maksudnya banyak toksin sebab tu stress,kurang tidur, letih terlampau. Semua punca dari toksin yang banyak dan sebab tu jerawat pun muncul kat dagu. Ini fakta yer bukan saya saja- saja reka


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!


Lots of love, 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.