Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Showing posts with label LECITHIN. Show all posts
Showing posts with label LECITHIN. Show all posts

Saturday, 18 April 2015

YOYO DIET: TURUN.NAIK.TURUN.NAIK

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap hari kita perlu buat yang terbaik dalam hidup kita. Semoga kita semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Hari ni nak share tentang Yoyo diet. Pembaca semua boleh reshare balik artikel ni. Moga bermanfaat dan menjadi saham akhirat penulis asal.



YOYO DIET

Inilah fenomena yang sering berlaku pada sesiapa sahaja yang dalam proses ingin menurunkan berat badan. Setelah bersusah payah mengamalkan diet, senaman, telah menurunkan berat badan, namun apabila leka sekejap sahaja, pasti akan naik Kg balik. Ini sudah tentu mengecewakan bukan? Salah satu sebabnya adalah kerana "Yoyo Diet". 

Apa itu "Yoyo Diet"? 

Diet melampau, mengabaikan waktu makan, pemgambilan kalori yang sangat rendah, inilah fenomena yg menyebabkan yoyo diet. Yoyo diet adalah diet untuk menurunkan berat, tetapi sangat mudah berat untuk naik tanpa disedari. Mengapa ini terjadi? Apabila anda skip waktu pemakanan, anda kekurangan nutrisi terutamanya zat protein dalam tubuh badan, hal ini menyebabkan jisim otot semakin berkurangan sepertimana fungsi protein untuk membina isi otot. Sekiranya jisim otot telah semakin berkurangan, maka ia akan berpengaruh kepada kadar metabolisma yang semakin rendah. 
Oleh sebab itu, diet melampau membawa kepada kalori yang sangat rendah. Ia tetap akan membantu menurunkan berat badan namun ketidak seimbangan zat nutrisi telah menyebabkan berat badan anda semakin mudah untuk naik dengan cepat.  Daripada amalkan diet melampau untuk turunkan berat secara pantas, baik amalkan diet jangka panjang dengan cara yang sihat walaupun kurang berat secara perlahan. Untuk mengelakkan berat badan anda daripada naik dan turunkan berat badan secara konsisten: 
1. Corak Pemakanan  - Elakkan pengambilan kalori yang terlalu banyak dan terlalu sedikit, biarlah sederhana diikuti dengan pemakanan yang seimbang. (jangan rendah dari 1000kcal dalam sehari.)  - Wajibkan pengambilan sarapan.  - Perbanyakkan minum air masak. (3 or 4 Litre is more better)  - Plan corak pemakanan yang seimbang dan sihat 
2. Senaman  - Senaman (Jogging) waktu 20 minit yang pertama adalah membakar tenaga, BUKAN lemak. Untuk membakar lemak, lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 – 40 minit.  - Tingkatkan ketahanan senaman untuk mencabar pernafasan dan peningkatan jisim otot, peningkatan jisim otot akan memudahkan pembakaran lemak.  - Pelbagaikan corak senaman seperti aerobic, berbasikal, skipping, menari, atau naik tangga, agar tidak merasa bosan ketika melakukan senaman. 
3. Anda pengamal Lose Weight Supplement? 
- Amalkan secara konsisten, berdisiplin, dan jaga pemakanan.  - Walaupun mengambil suplemen tanpa corak pemakanan yang betul, ia tetap kurang membantu.
Dengan beberapa cara ini dapat mampu mengatasi masalah "yoyo diet", bermotivasi dan berdisiplin tinggi mampu membantu untuk terus mencapai berat badan yang ideal. 
Sumber: kevinzahri.com


Kat bawah ni emi reshare kisah seorang lelaki hebat yang pernah kecewa dengan yoyo diet dan akhirnya mengamalkan diet secara sihat. Hasilnya beliau hilang 50kg dalam masa 2 tahun! Bravo. Moga menjadi sumber inspirasi kepada semua.

******************************************


Assalamualaikum dan hello untuk semua pembaca blog Kevin Zahri. Korang boleh panggil Aiman. Saya dah lama ingin berkongsi pengalaman saya berdiet dari tahun 2010 hingga sekarang. Saya harap saya dapat memberi inspirasi untuk semua yang berada di luar sana untuk berdiet dengan cara semulajadi.

Permulaan berat badan naik sewaktu kanak-kanak

Semasa zaman kanak-kanak, saya taklah gemuk pon. Sangatlah kurus sehingga waktu darjah 2 terus badan jadi chubby sebab arwah tok masak sedap-sedap. Tak boleh tahan asyik nak tambah je nasi. Sampai saja darjah 6, saya cuba berdiet. Beli pil diet kat farmasi. Tapi tak turun-turun sebab asyik melantak saja.

Gelaran yang diberikan semasa di sekolah menengah

Bila sampai saja zaman sekolah menengah. Saya digelar macam-macam seperti pampers dan mami poko sebab belakang saya ni agak besar. Jahat sungguh! Takpe tu kenangan manis. Gelaran tu buat saya geli hati sampai sekarang. Dari pampers, orang tukar panggil nama Pam! Sampai sekarang kawan-kawan still panggil Pam walaupun dah hilang berat badan.

Zaman Universiti, zaman parah.

Zaman universti merupakan zaman yang “makan tak ingat dunia” Aiman Syazwan Roslan. Dari diploma sampai degree. Cakap kat member setiap semester nak diet tapi tak kurus-kurus. Diorang pon dah bosan dengan statement saya setiap kali cuti semester hamper tiba saya akan berkata, “cuti sem ni aku nak diet!”. Inisiatif diet saya bermula bila hampir tamat degree di UiTM Shah Alam majoring in Public Relations. Ramai cakap orang PR ni kena look good. Diet saya bermula pada 20 Februari 2010 secara rasminya.

Extreme to YoYo Diet

Berat saya bermula dengan 127kg. Saya terus start dengan extreme diet di mana hanya makan roti bersama tuna atau spaghetti yang dibuat sendiri untuk lunch dan buah buahan seperti epal dan oren. Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari.
…Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari…
Dalam 1 bulan saya dapat hilang 10kg. Dari 127 terus jadi 117. Sampai ke bulan May 2010. Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja. Terima kasih Kak Khadijah Mohamad Nor sebab menulis artikel itu pada bulan July 2010. Berat saya waktu tu 97kg. Masih lagi dalam kategori obese. Saya sedang dalam practical pada masa itu. Berat saya mula naik sehingga 105kg sebab mungkin dah yakin boleh makan banyak sebab dah kurus kononnya. Makan balik tak ingat dunia.
Inilah nama YOYO DIET. Obses sangat nak kurus buat diet tak betul. Naik la balik berat badan jawabnya!

Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja.
…Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011…
YoYo diet saya bermula dari July 2010 sehingga Nov 2011. Jangan amalkan yoyo diet kerana ia sangat tak sihat. Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011 saya nekad untuk serius dalam berdiet. Terus tukar jadual pemakanan. Ok disini baru saya ingin berkongsi apa yang saya makan apa yang saya elak. Untuk YOYO diet saya tak syorkan sebab sangat tak berkesan. Perjalanan diet saya yang serius bermula November 2011.

Diet secara serius

Saya dah fed up dengan yoyo diet jadi saya mencari alternatif diet yang berkesan iaitu makan 6 kali sehari. Makan 6 kali sehari secara sihat terbukti dapat mengurangkan berat badan. Saya akan makan pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Selain itu, saya akan makan snek ringan diantara waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Apa yang saya makan dan elak? Senang saja.
  1. Lebihkan makan makanan berciri semulajadi seperti sayur, buah buahan dan dari sumber protein seperti ikan.
  2. Saya mengurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein dan serat.
  3. Makanan ringan pula terdiri daripada kismis, yogurt, buah-buahan, almond dan biskut oat yang menyihatkan.
  4. Elakkan daripada mengambil minuman manis, junk food dan fast food.
  5. Air masak adalah medium yang terbaik untuk menggantikan air manis. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya tidak terhidrat.

“Guilty Pleasure Day”

Di sini saya ingin berkongsi satu rahsia dengan korang. Kadang kala saya akan mengamalkan “Guilty Pleasure Day” setiap hari Sabtu dimana saya akan makan apa saja yang saya nak seperti pizza, kek, chocolate, burger tapi pada kadar yang terkawal dan akan menyambung diet semula pada hari Ahad.


…Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing…

Senaman dan tidur yang mencukupi

Diet tidak akan berkesan kalau tak mengamalkan senaman. Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing. Korang boleh cari DVD kat kedai music. Ada banyak! Selain tu, saya juga mengamalkan sit up, pumping, skip rope dan ke gym. Tapi saya sangat jarang ke gym. Saya lebih gemar bersenam di rumah. Saya hanya akan bersenam pada hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit hingga 2 jam. Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari rawat dan rehat sebab badan kita perlukan rehat yang secukupnya untuk pulih.
Selain diet dan senaman, tidur juga sangat penting kalau untuk menghilangkan berat badan. Tidur yang baik adalah di antara 7 hingga 8 jam. Waktu tidur yang terbaik adalah pada pukul 10-12 malam. Saya harap dengan tips diet saya yang tak seberapa ini dapat membantu korang untuk menghilangkan berat badan.


CADANGAN SET KURUS SHAKLEE


TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Wednesday, 15 April 2015

Set Shape Up a.k.a Set Kurus Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya doakan kita semua menjadi insan yang lebih baik dari semalam. & mencapai kejayaan yang paling besar iaitu BERJAYA masuk ke dalam syurga.

Kurus dan sihat sebenarnya satu amanah yang kita perlu berusaha untuk dapatkannya. Kalau badan dah kurus dan sihat maka lebih muah untuk kita melakukan amalan2 kebaikan yang membawa kepada kejayaan di dunia & akhirat. Betul ke betul? :)

Jom explore the miracle of shape up programme in Shaklee.

Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee?
Set Kurus Shaklee menggunakan konsep Bakar - Buang - Bina untuk mengurangkan berat badan penggunanya. Apa itu Bakar? Apa Itu Buang? Apa itu Bina?



Konsep 1 : Bakar.
Bakar yang dimaksudkan adalah bakar lemak. Ada juga orang gelarkan cairkan lemak. Produk yang berkesan untuk cairkan lemak dalam badan adalah Lecithin. 





Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emulsifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.


Konsep 2:  Buang
Konsep buang atau detoks ini sangat penting setelah fungsi bakar berlaku. Apabila lemak telah dipecahkan dari dalam badan, ia harus di bawa keluar melalui pembuangan najis supaya tidak tersimpan dalam badan. Produk shaklee yang sangat sesuai untuk fungsi ini adalah Alfalfa.



Konsep detoksifikasi dalam usus ini sebenarnya memberi banyak kelebihan. Ia berfungsi membuang segala kekotoron dan toksin di dinding usus supaya proses penyerapan nutrien lebih berkesan dan optimum. 


Konsep 3: Bina
Setelah lemak disingkirkan, otot badan perlu dibina semula supaya mengurangkan kesan geleber pada badan akibat lemak yang dibuang. Bagaimana nak bina semula? Dengan protein rumusan khas dari Shaklee iaitu Cinch.




Kebaikan Cinch Shake
  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle). 

Pada waktu inilah, ramai pengguna merasa confuse, setelah berminggu menggunakan Set Kurus Shaklee, tetapi tiada pengurangan dari segi berat badan. Jangan risau, ia NORMAL. Kenapa saya kata normal?

Sebab berat statik itu adalah disebabkan pembinaan otot pada badan. TETAPI, anda akan mengalami INCHLOSS ataupun dengn kata lain, pinggul mengecil, peha mengecil dan lengan juga jadi slim. Baju lama dan seluar jeans lama BOLEH PAKAI SEMULA. Best kan???


 credit: http://tipsihatselalu.blogspot.com

Testimoni Set Kurus Shaklee 
#Shakleeeffects











#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   

#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 

Lots of love, 
 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Monday, 23 March 2015

Kurus & Cantik dengan Lecithin

Bismillahirrahmanirrahim..

Moga kita semua terselamat dari azab Allah.

Hari ni nak cerita bab kurus pulak. Kurus dengan Lecithin.


Apa itu Lecithin?


Fungsi Lecithin


Mengapa Lecithin penting untuk kurus?








Siapa yang patut ambil Lecithin?


Jadi kalau anda nak badan yang slim, ramping, ringan nak bawa, boleh la cuba Lecithin yang hebat ni.. Ramai cuba & berkesan. InsyaAllah..


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 
 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.