Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, 26 April 2015

TERKENAL DI LANGIT.. TIDAK DIBUMI

Bismillahirrahmanirrahiim...

A good sharing from my great mentor Pn Roslina Othman.



*****************************************

Dalam kesibukan berusaha sana sini, promosi sana sini.. laksanakan pelbagai aktiviti....
untuk memastikan nama mereka dan syarikat Terkenal di dunia.


Namun pernahkan kita pastikan agar nama kita dan syarikat kita terkenal jua di langit.

Itulah pesanan sahabat, founder Dzuliman Pn Badariah Ismail yang sentiasa berlegar di ingatan saya..

Mungkin kita tidak mampu sehebat Uwais Al-Qarni, yg bahagia jika terkenal di langit, tetapi tidak di bumi.
Namun teladanilah dia di dalam meniti kehidupan dunia seharian.

Uwais AlQarni, seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang, kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Hidup sezaman dengan Rasulullah tetapi mereka tidak pernah bersua muka kerana Uwais tinggal di Yaman. Kerap membaca al-Quran dan selalu menangis tatkala membacanya. Pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut. Satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakan sebagai selendang.

Siapalah dia di mata manusia. Tidak banyak yang mengenalinya, apatah lagi c. mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara yang mentertawa dan mempermainkannya. Ada yang menuduhnya sebagai pencuri. Manusia mengumpat dan mencelanya kerana kemiskinannya. Uwais telah lama yatim, tiada sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua dan lumpuh.

Sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Jika ada wang lebih, Uwais gunakan bagi membantu jirannya yang juga hidup miskin sepertinya. Uwais al-Qarni peluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mengurangkan ibadahnya walau sedikit. Dia tetap berpuasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Ramai tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkn ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru pulang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Apatah lagi ibunya sakit dan perlu dirawat.

Hari berganti hari, dan kerinduannya untuk bertemu Nabi tidak terbendung lagi. Pada suatu hari Uwais meluahkan juga isi hatinya kepada ibunya dan memohon izin untuk menziarahi Nabi S.A.W di Madinah. Si ibu dengan rasa terharu meredhai pemergian Uwais dan berpesan agar segera pulang. Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkn serta berpesan kepada tetangganya agar menemani ibunya selama mana dia pergi.

Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang 400 km dari Yaman. Medan yang begitu panas diharunginya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam mahupun padang pasir yang luas yang boleh menyesatkan. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya. 

Namun setibanya Uwais al-Qarni di depan rumah Nabi, ‘Aisyah R.A memaklumkan bahawa Nabi berada di medan perang. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi S.A.W dari medan perang. Namun masih terngiang di telinga pesan ibunya agar cepat pulang ke Yaman. Atas ketaatan kepada ibunya, dia akhirnya pulang dengan hati yang pilu setelah menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Baginda menjelaskan bahawa Uwais adalah anak yang taat kepada ibunya. Walau tidak dikenali di dunia, namanya sangat terkenal di kalangan penghuni di langit sana. Mendengar perkataan baginda S.A.W, ‘Aisyah R.A dan para sahabat terpegun. Menurut ‘Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan pemuda itu telah segera pulang ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda: “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”

Setelah wafat Nabi S.A.W, suatu ketika khalifah Umar dan Ali K.W. teringat akan sabda Nabi S.A.W tenta ng Uwais al-Qarni. Sejak itu, setiap kafilah yang datang dari Yaman, mereka selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni sehingga lah satu ketika akhirnya mereka dipertemukan, bilamana Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. 

Pada ketika itu ibunya telahpun wafat. Kesempatan itu diambil oleh Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka sebagaimana pesan Nabi S.A.W. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian. ”Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripadamu”.

Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, segera sahaja Uwais menolak dengan halus dan berkata, ”Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya. Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah ramai orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada ramai orang yang menunggu untuk mengkafankannya. Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada ramai orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebut utk mengusungnya

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang sewaktu hayatnya. Mereka saling bertanya-tanya; “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala? 

Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkn penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.”
Mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah & pengebumiannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahui siapa sebenarnya Uwais al-Qarni. “Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di kalangan penduduk bumi tetapi namanya sangat tersohor di langit sana.”

Wallahua'lam. 

‪#‎DidikHatiLebihTenang‬

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Friday, 24 April 2015

Tanda2 Hipoglisemia & Hiperglisemia


Bismillahirrahmanirrahiim...

Jom kita tengok apa tanda2 hipoglisemia & hiperglisemia bagi penghidap diabetes.



Bagaimana kita boleh bantu orang tersayang SIHAT dan bebas simptom2 di atas?

Vivix adalah pilihan paling bijak. Pelaburan yang sangat berbaloi bila orang tersayang sihat kembali. Tiada yang lebih menggembirakan dari melihat orang tersayang sihat kan.

Wang ringgit boleh dicari. Tapi nikmat kesihatan & nyawa orang tersayang lebih bernilai dari segala-galanya.












#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Thursday, 23 April 2015

E Sell Set Bajet Kulit Cantik

Bismillahirrahmanirrahiim..

Semoga semua ceria2 & positif. Moga jadi magnet kebahagiaan.

Kat sini nak share: anda boleh buat belian set bajet cantik jer.. eh.. set bajet kulit cantik Shaklee. :) dengan hanya klik pada gambar di bawah. Selamat membeli dan bertukar menjadi sihat & cantik! InsyaAllah.

[CLICK TO BUY] Set Bajet 1 - ESP + Vitamin C Sustained Release


[CLICK TO BUY] Set Bajet 2 - NutriWhite Foaming Cleanser + ESP + Vitamin C Sustained Release


Nak harga 15-20% LEBIH MURAHHH?

Jom Daftar Ahli.

Contact: Emillia 0132226473

Tips Bantu Anak Jadi Ceria & Positif

Bismillahirrahmanirrahiim..

Sedikit perkongsian dari blog mamapeduli.info

Tips Bantu Anak Jadi Ceria & Positif

Tips Bantu Anak Jadi Ceria & Positif
Beberapa idea yang boleh kita cuba praktikkan untuk membantu anak-anak ceria dan positif.

1. BERSYUKUR

Salah satu cara yang baik dan mudah untuk mendidik anak-anak supaya pemikiran mereka menjadi lebih positif adalah dengan mengamalkan kesyukuran . Setiap hari, minta anak-anak kita menyatakan 3 perkara yang mereka bersyukur kerana memilikinya. Pilih masa yang konsisten untuk berkongsi kesyukuran itu di antara satu sama lain (selepas solat maghrib sementara menanti masuk waktu ‘Isya misalnya) dan ulangi selama 21 hari sehingga menjadi satu tabiat . Do’a sebelum tidur juga boleh dijadikan ritual untuk menyatakan kesyukuran. Kajian menunjukkan bahawa ritual yang mudah ini mampu membantu otak mengimbas sesuatu kebaikan dan membantu mengukuhkan kenangan yang baik dan positif dari masa ke masa .



2. SENYUMAN

Senyuman yang terukir di bibir mempunyai keajaiban untuk meningkatkan mood dan pandangan kita. Apabila kita melihat seseorang itu tersenyum, neuron dalam otak kita menerima isyarat mesra dan memberitahu otak kita untuk membalas kembali senyuman tersebut. Aksi ini akan menyebarkan kegembiraan di persekitaran kita. Latih anak-anak supaya mudah tersenyum dengan sentiasa memberikan senyuman kepada kepada mereka terlebih dahulu.



3. JURNAL

Galakkan anak-anak untuk mengambil sekurang-kurangnya dua minit setiap hari untuk menulis pengalaman positif yang mereka lalui pada hari tersebut. Otak kita tidak boleh membuat perbezaan antara visualisasi dengan pengalaman sebenar, justeru dengan menulis jurnal tentang pengalaman positif yang dilalui memberi kesan positif dua kali ganda.



4. BERMAIN

Menetapkan sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama seperti bermain badminton, berbasikal bersama-sama, bermain sorok-sorok dan sebagainya. Tabiat yang menyeronokkan selama 15 minit ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga baik untuk mengurangkan risiko menghadapi tekanan dan kemurungan.

Tips Bantu Anak Jadi Ceria & Positif
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Wednesday, 22 April 2015

10 Sebab Mengapa Mealshakes Terbaik Untuk Anak Kita

Bismillahirrahmanirrahiim..

Seringkali terdengar keluhan ibu2 yang risau anak2 mereka kurang makan. Bagi nasi taknak. Bagi roti dan biskut pun taknak. Bagi buah & sayur..lagii la taknak. Yang menjadi makanan rutin anak2 ini hanya jajan dan makanan2 manis yang semestinya tidak sihat untuk gigi dan kesihatan keseluruhannya.

Sebagai ibubapa yang prihatin terhadap keperluan nutrisi anak, kita perlulah menitik beratkan pemakanan anak. Jika anak2 kita tergolong di anatara kanak2 yang susah makan ni, jadi kita perlulah mencari alternatif supaya anak kita mendapat nutrisi yang lengkap untuk perkembangan tubuh dan otak anak kita.

Siapa taknak anak cerdik dan sihat kan?

Ilmu baik perlu dikongsi. Sebab ilmu2 ni bakal jadi saham di kubur dan akhirat kelak.

Di sini saya nak kongsi 10 kebaikan Mealshakes untuk anak2 kita. Jom bertindak jadi ibu bapa yang prihatin.

********************************************

By: MariaFirdaus



#1 : KARBOHIDRAT

Anak-anak kita kan banyak aktiviti. Ada yang pagi Sekolah Kebangsaan, petang Sekolah Agama. Dengan akademik, sukan, aktiviti beruniform lah, macam-macam lagi. Jadi mereka perlukan nutrisi yang lengkap untuk kekal cergas bertenaga. 

Jadi kalau kita nampak anak-anak kita selalu letih, itu maknanya badan kekurangan nutrisi. MEALSHAKES mengandungi Karbohidrat dengan Glisemik Indeks Rendah untuk mengekalkan tenaga anak-anak kita sepanjang hari.


#2 : PROTEIN

MEALSHAKES adalah lengkap dengan 9 amino acids yang penting untuk pertumbuhan dan membaiki tisu badan. Kalau anak-anak kita cukup keperluan protein, mereka dapat membesar dengan lebih sihat dan tisu-tisu badan yang rosak dapat pulih dengan lebih cepat. 


#3 : VITAMIN A, C, E 

MEALSHAKES mengandungi Vitamin ini sebagai Antioksidan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan. Anak-anak yang cukup nutrient biasanya kulitnya tak mudah sensitif dan lebih halus. Sel-sel baru pada badan juga dapat tumbuh dengan lebih baik. 


 #4 : SERAT

Ada antara anak-anak kita ni yang susah nak minum air. Bila badan tak cukup air, mudah lah kena sembelit. Kesian sangat kalau tengok anak-anak yang sembelit. Kadang ada sampai nangis-nangis dan fobia nak ke tandas. Dengan tambahan serat dalam MEALSHAKES, InsyaAllah ia sangat membantu penghadaman dan masalah sembelit dapat diatasi. 


 #5 : VITAMIN B

Untuk jadi pelajar cemerlang, anak-anak kita mestilah sentiasa FOKUS semasa belajar dalam kelas. Dengan vitamin B, ia memudahkan anak-anak kita FOKUS dan beri PERHATIAN dalam kelas. Ia juga memelihara kesihatan sistem saraf. 


 #6 : SODIUM DAN MAGNESIUM

Anak-anak yang aktif biasanya akan banyak berpeluh. Jadi Sodium & Magnesium ni membantu keseimbangan cecair dalam badan dan mengurangkan rasa letih. 


#7 : VITAMIN C

Anak-anak yang kerap demam dan selsema biasanya sebab sistem immunisasi yang lemah. MEALSHAKES mengandungi Vitamin C yang sangat penting untuk kesihatan gusi, gigi, kulit dan menentang infeksi kuman. 



#8 : VITAMIN A 

Haa..ini untuk mengelakkan anak-anak kita cepat rabun. Kesian kan kalau kecil-kecil dah kena pakai cermin mata. MEALSHAKES mengandungi Vitamin A untuk pelihara kesihatan mata anak-anak kita. 


#9 : CALCIUM dan VITAMIN D

Anak-anak yang sedang membesar perlukan calcium untuk kesihatan dan perkembangan tulang yang kuat. MEALSHAKES ada Calcium dan Vitamin D untuk penyerapan Calcium yang lebih optimum. 


#10 : IRON dan B12

Kalau ada anak-anak kita yang selalu nampak letih dan pucat, jaga-jaga ya. Mungkin mereka kekurangan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia. MEALSHAKES mengandungi Iron dan B12 yang penting untuk pembinaan sel-sel darah merah dalam badan. 

Haa..inilah dia 10 sebab mengapa Mealshakes terbaik untuk anak-anak kita!! 

Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba sekarang!!
 
 

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Tuesday, 21 April 2015

Lihat 15 Cara Untuk Naikkan Trafik Blog/Website Anda.



Bismillahirrahmanirrahiim..



Bagi sesiapa yang decide untuk berbisnes online, sangat penting untuk anda mempunyai medium blog/website bagi memudahkan perniagaan anda dicari oleh pengguna. 

Bagi perniagaan yang mempunyai ramai pesaing, adalah sangat penting untuk anda belajar ilmu untu menaikkan trafik blog/website anda.

"If your business is not online, you business will be out of business."

Jom kita tengok tips2 menaikkan trafik blog anda yang saya ambil dari blog Denai Hati

******************************************
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.

Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.

  1. Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh ke Cara Daftar blog di search engine.

  2. Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.

  3. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.

  4. Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.

  5. Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang  plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.

  6. Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.

  7. Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.

  8. Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.

  9. Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler dan Pingoat.

  10. Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.

  11. Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.

  12. Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.

  13. Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.

  14. Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.

  15. Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.

Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati.  

Tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.

**********************************

Moga tips ni bermanfaat ye. Moga jadi saham akhirat penulis denaihati & jugan anda yang share artikel ni. Klik butang share kat bawah ye. :)


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   



Emi | 0132226473


Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.