Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Monday, 20 April 2015

Success story mereka ibarat Kisah Dongeng!

Master Iffah Anuar: Semangat waja yang tinggi di sebalik tubuh yang kecil. Dulu pesakit kronik SLE, kini sudah bebas dari SLE.

Bismillahirrahmanirrahiim..

Mendengar kisah kejayaan master2 shaklee macam baca kisah dongeng.. dapat 5 angka-6 angka tiap2 bulan.. umrah free.. financial & time freedom.. amalan2 menuju akhirat menjadi amalan utama harian..

Macam tak percaya. Betul ke.. Tapii ini lah realitinya.. Bukan sorang dua berjaya dapat income 4-6 angka. Terlalu ramaii..

Jadi bagi anda yang masih mencari-cari peluang nak tambah pendapatan keluarga, Shaklee adalah the best choice. Sebelum tu istikharah untuk mohon petunjuk Allah.

**************************************


[The Beginning]

My ‪#‎shakleemomento‬

8 tahun lepas kami berdua memulakan kerjaya sebagai Jurutera disalah sebuah syarikat GLC yang diketahui ramai

Dan dalam masa kami mengusahakan online business.Kenapa?Mesti sebab duit!

Ya, mmg salah satunya sebab duit.Duit untuk membesarkan anak, tanggungan hidup dan tanggungjawab.Jika nk diikutkan gaji kami berdua mmg dh cukup untuk kami hidup.Betul, mmg cukup.cukup3x makan shj.Xboleh nk belanja lebih untuk perkara emergency sebab gaji ckup3x shj untuk tanggung keperluan kami pada waktu itu.Ditambah lg; kami tinggal berjauhan yang memaksa keluar belanja lebih nk cover 2 rumah.Ya waktu tu mmg ckup3x duit.alhamdulillah.kalau nk belanja lebih pun masa bonus tahunan masuk!syukur3x time tu br boleh nk bg lebih pada ibu ayah dan keluarga.akan tetapi lepas sebulan, rutin duit cukup3x makan shj datang kembali.sehingga memaksa kami mencari pendapatan lain


Masa nak pilih biznes apa paling sesuai; saya pun xtau.masih mentah lg.jadi sy mula explore lelong, mudah, lowyat untuk kaji barang apa yang dh biasa ada kat market; kami memulakan bisnes online pertama dgn jual gadget; sy jual hp Neonode (antara hp paling kecik), mp3 player dan mp4 player.3 ni je sy fokus dan cuba menjual.alhamdulillah.dapat sambutan dan sy mampu jana keuntungan 3angka dlm masa sebulan.ref: gadge7er.blogspot.com (ia masih aktif )

disaat sy mula aktif berforum dan blogging dek nk menjual online; sy mula cari mende apa lg sy ble jual untuk tambah produk.


next sy jumpa; pam susu ibu!bagaimana tercetus idea nk jual pam susu ibu? ini disebabkan oleh Iffah Anuar nk cari pam lain untuk pam susu untuk Faheem.memula pam dibeli yang berat skek dan menyukarkan untuk dia bawa ke opis; jadi waktu tu dia nak Avent Electric Pump.sy pun google3x jumpa dlm 3-5 harga berbeza2x dijual di online store.menyebabkan sy pelik; apehal lain3x harga dan harga online lg jauh murah dr harga market?kaji punya kaji; sy terjebak!sy kene mula jual pam susu ibu sebab untungnya lagi besar!sy pun bukak blog baru faheemwardrobe (inspirasi dr nama Faheem) untuk fokus jual pam susu shj .Bulan pertama dan kedua sy hanya dapat jual 3 set pam susu Avent!Igt nk giveup dh.namun begitu; sy tetap terus blogwalking untuk promo barang3x faheemwardrobe (FW); konsisten 20 blogwalking untuk 2 bulan.Alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan sy.Disaat sy dh nak cari bisnes lain, tanpa disangka..Allah swt beri rezeki pada sy dgn order pada bulan ketiga hampir cecah 5 angka! masa tu sy mula cr model lain pula iaitu Medela.Mulai bulan ketiga sy biz pam susu; sy dh ada 2 fokus product iaitu Avent dan Medela!

Dan Alhamdulillah, FW semakin berkembang dr bulan ke bulan sehinggalah Iffah Anuar diberi cuti panjang dek kesihatannya pada 2010; beliau mengambil alih biz pam susu ni pula dan mula belajar blog; blogwalking.Beliau belajar dr 0 smpailah beliau mengubah sendiri coding3x blog menyebabkan FW menjadi lebih Auuummm.Kami terus menambah nilai FW dgn perkuat promosi dan pengiklanan sehingga pada satu masa kami sesak!!!! sesak dgn order yang menyebabkan kami bermodalkan setiap bulan 5 angka!

Alhamdulillah.mmg rezeki Allah swt sgt luas.Kami tidak berhenti lg dgn bisnes pam susu.terus lagi dan terus lagi sehinggalah satu hari Shaklee muncul dlm hidup kami.Ia bermula dgn Iffah Anuar consume produk Shaklee untuk bfeeding Faheem.Sy mmg xamik port dan xtau pun mende ni boleh buat jual smpilah satu hari Kak Cery dtg bw barang selonggok bg kat Iffah Anuar.sy igt lg tarikh tu; 4 Nov 2010 adalah tarikh pendaftaran Shaklee kami.pada awal penglibatan, hanya tau makan shj tapi belum jual sebab xtau apa nk jual.sy mmg masih xamik port sebab fokus jual pam shj.sehinggalah satu inisiatif dr Iffah Anuar; memasukkan flyer3x Shaklee bersama dgn pam2x susu yang kami deliver pada customer.pada awalnya sy masih lagi xamik port.tapi sy nmpk ada progress.customer mula tanya pasal Shaklee untuk bfeeding.Walaupun sy xamik port tapi sy amik tahu (mcm mana tu) sy nmpk ada progress positif baik dr segi jualan pam susu dan Shaklee sehinggalah pada bulan berikutnya Iffah Anuar berjaya rank up Supervisor.Sy mcm biasa.Support aje tp xamik port (bajet jual mahal)

Hal ini berterusan (jual Shaklee dan Pam) sehinggalah pada bulan kelima kami berShaklee.br nk bukak buku manual tgk apa peluang Shaklee berikan.dr
situ kami baca tapi masih samar


melihat macam3x rank dan macam3x potensi income.Waktu tu apa kami tahu.naik rank.naik income.so tulah kami buat; naik rank lg dan naik income lg.Sy masih amik tahu tp belum serius betul2x sebab income masih mampu hidup.


Perkara ini bertambah serius apabila Bonus Iffah Anuar sebulan mencapai gaji setahun sy!Sy br nk buka mata.Dh mata terbuka.Br pi study balik betul3x pasal Biz Plan Shaklee.Akhirnya sy nampak walaupun masih samar bagaimana Bonus dia boleh jadi setahun gaji sy.Pelik tapi Benar!Walaupun begitu; bisnes pam masih berjalan memandangkan kami nampak Shaklee dan pam susu berjalan lancar dan permintaan sgt tinggi disebabkan ia berkonsepkan Bfeeding.satu fokus sama.

Cabaran paling mencabar bg sy adalah pabila Iffah Anuar dapat tiket free ke Umrah bersama Shaklee.sy bg dia pergi dan oleh itu sy mesti bertanggungjawab untuk ganti dia handle biz Shaklee dan pam susu.Sy sahut walaupun blur dan kurang bersedia.selama 2 minggu tu lah sy berasa sgt penat dan susah!sebab byk org order Shaklee dan pam juga sekaligus.menyebabkan sy hanya tidur 2-3 jam hanya untuk setel order dan packing (waktu tu sy masih bekerja!balik kul 9-10pm smbung setel order).Walaupun sy penat dan letih tpi hati gembira.tu yang sy buatkan juga smpilah pada bulan tu kami berjaya rank up new rank!alhamdulillah

Bisnes Shaklee dan Pam susu kami belum berhenti lg disitu.tpi sy personally mula seronok berShaklee.hari3x ke branch angkut kotak3x Shaklee naik lrt.itu semua rutin harian sy di KL..walaupun penat tp seronokz...pelik betul biz Shaklee ni
Kemuncaknya pabila kami closing Master pada Jun 2012.Bulan ini juga kami beli SUV pertama kami 100% dgn bonus Shaklee.mmg sgt best dan seronok.Alhamdulillah.Duit
waktu ni dh tidak menjadi masalah bg kami.Yang menjadi masalah adalah sy yang masih bekerja.apa
masalahnya??? takde masa dgn keluarga! ataupun quality time.waktu tu sy bekerja balik kul 10-11mlm.tapi sy mmg dh pikir nk benti keje dh cuma masih ada kesian kt kawan3 (masa ni bajet penting sgt for
the nation) sehinggalah mmg xleh tahan dh.terpaksa resign.jumpa bos.sorry bos, i must resign 2month notice sebab sy nak balik buat agrofarm dan kerja sendiri!
Bos tergamam tp dia support smbil berkata nnt nk jumpa sy bw Bmw 7 series ke klcc.Sy anggukkan aje.hehe


Bermula 2013.sy mula menjadi WAHD Shaklee style

Waktu ni, dh resign.Duit ada, Masa ada.So what next? kami bincang dan bincang dan muktamad misi kami seterusnya adalah untuk bantu orang lain berjaya.Misinha adalah bantu keluarga dan bantu anak cucu biz Shaklee capai Masters juga

Berbaloi ke? bg kami.kami nak semua orang merasa apa kami rasa.lagipun duit byk mana pun xkemana jika tidak bahagia.jadi misi kami adalah Berkongsi kebahagiaan itu!
Sehingga kini, pelbagai liku3x bisnes dan kehidupan ditempuhi.Sudah hampir 5 tahun tertubuhnya s2uFamilies (dulu dikenali sebagai s2u).Selama lima tahun ni; 13 Masters berjaya dilahirkan, lebih 700leaders, lebih 6000 SID berdaftar dibawah kami.diSamping itu melalui Shaklee juga; kami bantu bangunkan Ansal Ternak Sdn Bhd berkembang ke sebuah agrofarm siap pakej catering dimana staf2xnya adalah ahli3 keluarga kami juga.sehingga kini juga kami telah membiayai 5buah kereta untuk ahli keluarga dan bisnes kami.Alhamdulillah.Melancong antara rutin kami; London, Paris, US, Turkey, Indonesia
dan Umrah antara lokasi yg kami telah pergi.Inilah peluang Shaklee yang telah kami kecapi

Dan kami masih belum berhenti disini kerana masih ramai yang belum berjaya mendapat apa kami kecapi.

Walaupun nampak mudah kepuncak itu, tetapi tanpa kesungguhan dan komitmen yang konsisten; pasti xkemana jua


Bagi sy
kt perlu merasa 'Kesakitan'
Baru dapat merasa Kejayaan


Feel the Pain
Feel the Gain


Dan

Sila Fokus
Komited
Konsisten
Usaha tanpa gagal
Tawakal tanpa sempadan


InshaAllah, kebahagian menanti

Itu antara kisah ringkas sy terjebak dlm Shaklee sehingga kini.InshaAllah.sy doakan semua mampu berjaya kerana Allah dan mencapai kebahagiaan dunia akhirat.

**************************************

Kalau anda nak diri anda dan orang lain turut terinspirasi. Klik butang share kat bawah ni ye :)

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   


Emi | 0132226473

Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Sunday, 19 April 2015

Nutriwhite Setaraf SKII, Clinique Pada Harga Jauh Lebih Murah

Bismillahirrahmanirrahiim...

Menjaga kulit muka ni sangat penting sebab kita ni selalu berdepan dengan orang. Jadi perlulah penampilan yang menarik dan bersih. Bila kulit muka bersih, automatik kita akan berasa sangat yakin. Mood pun berubah ceria.

Dalam Shaklee ada dua jenis Skincare. Satu Nutriwhite & satu Enfuselle.

Nutriwhite lebih kepada individu berkulit normal dan ia berfungsi mencerahkan kulit wajah. Enfuselle pula khusus untuk yang mempunyai masalah kulit berminyak @ kering.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh contact emi: 0132226473.

Hari ni emi nak cerita tentang produk yang sangat-sangat popular dan menjadi kecintaan ramai. Nutriwhite.

Nutriwhite ni sekali cuba terus jatuh cinta & pasti ada yang tegur perubahan kulit muka kita. 

Jom kita tengok info tentang Nutriwhite:

Nutriwhite sesuai dijadikan hantaran perkahwinan



Set Nutriwhite yg lengkap mengandungi 

@ make up remover
@ foaming cleanser
@ softener (toner)
@ daily essence
@ spot treatment
@ lotion with spf 15
@ overnight cream

 
Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-
Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran
Overnight Renewal Whitening Cream-
Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri
Gentle Deep Foaming Cleanser-
Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan
Soothing Radiance Whitening Softener-
Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
Kudzu menegangkan dan mencerahkan
Marshmallow melembapkan
Gentle Action Makeup Remover-
Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri
 
 

Daily Defense Whitening Essence
Diformulasi dengan:
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok2hitam
Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan dari matahari
Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit, mengembalikan seri wajah

Spot Whitening Treatment-
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
Cats Claw menegangkan kulit
Vitamin C aktif membawa kecerahan untuk kulit dan lebih halus

TESTIMONI NUTRIWHITE














#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Saturday, 18 April 2015

Ajaibnya! Dream House dari VISION BOARD ke REALITI!

Bismillahirrahmanirrahim..



Vision board

Salah satu cara untuk kita berjaya adalah fokus. Vision board membantu untuk kita fokus dengan apa yang kita nak.

Ini adalah salah satu Law of Universal Attraction.

John Assaraf & papan visi

Suatu hari anak John Assaraf yang pada ketika itu berumur 5 tahun datang ke pejabatnya. Dia ternampak banyak kotak yang belum dipunggah.

Anak: Apa yang ada dalam kotak tu ayah?

John Assaraf: oh..dalam tu ada vision board ayah.. 

Anak: Vision board tu ape ayah?

Lantas John Assaraf mengeluarkan vision board dari dalam kotak & tunjuk pada anaknya.

John Assaraf sendiri terkejut apabila menarik vision board yang kedua.

Dalam vision board tu ada rumah yang dia duduki sekarang!

Gambar rumah tersebut beliau potong daripada majalah Dream Homes.

Vision board tu dibuat pada tahun 1995 dan selepas 5 tahun ia menjadi realiti tanpa beliau sendiri sedar!

YOYO DIET: TURUN.NAIK.TURUN.NAIK

Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap hari kita perlu buat yang terbaik dalam hidup kita. Semoga kita semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Hari ni nak share tentang Yoyo diet. Pembaca semua boleh reshare balik artikel ni. Moga bermanfaat dan menjadi saham akhirat penulis asal.



YOYO DIET

Inilah fenomena yang sering berlaku pada sesiapa sahaja yang dalam proses ingin menurunkan berat badan. Setelah bersusah payah mengamalkan diet, senaman, telah menurunkan berat badan, namun apabila leka sekejap sahaja, pasti akan naik Kg balik. Ini sudah tentu mengecewakan bukan? Salah satu sebabnya adalah kerana "Yoyo Diet". 

Apa itu "Yoyo Diet"? 

Diet melampau, mengabaikan waktu makan, pemgambilan kalori yang sangat rendah, inilah fenomena yg menyebabkan yoyo diet. Yoyo diet adalah diet untuk menurunkan berat, tetapi sangat mudah berat untuk naik tanpa disedari. Mengapa ini terjadi? Apabila anda skip waktu pemakanan, anda kekurangan nutrisi terutamanya zat protein dalam tubuh badan, hal ini menyebabkan jisim otot semakin berkurangan sepertimana fungsi protein untuk membina isi otot. Sekiranya jisim otot telah semakin berkurangan, maka ia akan berpengaruh kepada kadar metabolisma yang semakin rendah. 
Oleh sebab itu, diet melampau membawa kepada kalori yang sangat rendah. Ia tetap akan membantu menurunkan berat badan namun ketidak seimbangan zat nutrisi telah menyebabkan berat badan anda semakin mudah untuk naik dengan cepat.  Daripada amalkan diet melampau untuk turunkan berat secara pantas, baik amalkan diet jangka panjang dengan cara yang sihat walaupun kurang berat secara perlahan. Untuk mengelakkan berat badan anda daripada naik dan turunkan berat badan secara konsisten: 
1. Corak Pemakanan  - Elakkan pengambilan kalori yang terlalu banyak dan terlalu sedikit, biarlah sederhana diikuti dengan pemakanan yang seimbang. (jangan rendah dari 1000kcal dalam sehari.)  - Wajibkan pengambilan sarapan.  - Perbanyakkan minum air masak. (3 or 4 Litre is more better)  - Plan corak pemakanan yang seimbang dan sihat 
2. Senaman  - Senaman (Jogging) waktu 20 minit yang pertama adalah membakar tenaga, BUKAN lemak. Untuk membakar lemak, lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 – 40 minit.  - Tingkatkan ketahanan senaman untuk mencabar pernafasan dan peningkatan jisim otot, peningkatan jisim otot akan memudahkan pembakaran lemak.  - Pelbagaikan corak senaman seperti aerobic, berbasikal, skipping, menari, atau naik tangga, agar tidak merasa bosan ketika melakukan senaman. 
3. Anda pengamal Lose Weight Supplement? 
- Amalkan secara konsisten, berdisiplin, dan jaga pemakanan.  - Walaupun mengambil suplemen tanpa corak pemakanan yang betul, ia tetap kurang membantu.
Dengan beberapa cara ini dapat mampu mengatasi masalah "yoyo diet", bermotivasi dan berdisiplin tinggi mampu membantu untuk terus mencapai berat badan yang ideal. 
Sumber: kevinzahri.com


Kat bawah ni emi reshare kisah seorang lelaki hebat yang pernah kecewa dengan yoyo diet dan akhirnya mengamalkan diet secara sihat. Hasilnya beliau hilang 50kg dalam masa 2 tahun! Bravo. Moga menjadi sumber inspirasi kepada semua.

******************************************


Assalamualaikum dan hello untuk semua pembaca blog Kevin Zahri. Korang boleh panggil Aiman. Saya dah lama ingin berkongsi pengalaman saya berdiet dari tahun 2010 hingga sekarang. Saya harap saya dapat memberi inspirasi untuk semua yang berada di luar sana untuk berdiet dengan cara semulajadi.

Permulaan berat badan naik sewaktu kanak-kanak

Semasa zaman kanak-kanak, saya taklah gemuk pon. Sangatlah kurus sehingga waktu darjah 2 terus badan jadi chubby sebab arwah tok masak sedap-sedap. Tak boleh tahan asyik nak tambah je nasi. Sampai saja darjah 6, saya cuba berdiet. Beli pil diet kat farmasi. Tapi tak turun-turun sebab asyik melantak saja.

Gelaran yang diberikan semasa di sekolah menengah

Bila sampai saja zaman sekolah menengah. Saya digelar macam-macam seperti pampers dan mami poko sebab belakang saya ni agak besar. Jahat sungguh! Takpe tu kenangan manis. Gelaran tu buat saya geli hati sampai sekarang. Dari pampers, orang tukar panggil nama Pam! Sampai sekarang kawan-kawan still panggil Pam walaupun dah hilang berat badan.

Zaman Universiti, zaman parah.

Zaman universti merupakan zaman yang “makan tak ingat dunia” Aiman Syazwan Roslan. Dari diploma sampai degree. Cakap kat member setiap semester nak diet tapi tak kurus-kurus. Diorang pon dah bosan dengan statement saya setiap kali cuti semester hamper tiba saya akan berkata, “cuti sem ni aku nak diet!”. Inisiatif diet saya bermula bila hampir tamat degree di UiTM Shah Alam majoring in Public Relations. Ramai cakap orang PR ni kena look good. Diet saya bermula pada 20 Februari 2010 secara rasminya.

Extreme to YoYo Diet

Berat saya bermula dengan 127kg. Saya terus start dengan extreme diet di mana hanya makan roti bersama tuna atau spaghetti yang dibuat sendiri untuk lunch dan buah buahan seperti epal dan oren. Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari.
…Nasi memang tak makan langsung. Segala air manis, junk food dan fast food terus tak makan. Hanya minum air kosong 4 liter sehari…
Dalam 1 bulan saya dapat hilang 10kg. Dari 127 terus jadi 117. Sampai ke bulan May 2010. Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja. Terima kasih Kak Khadijah Mohamad Nor sebab menulis artikel itu pada bulan July 2010. Berat saya waktu tu 97kg. Masih lagi dalam kategori obese. Saya sedang dalam practical pada masa itu. Berat saya mula naik sehingga 105kg sebab mungkin dah yakin boleh makan banyak sebab dah kurus kononnya. Makan balik tak ingat dunia.
Inilah nama YOYO DIET. Obses sangat nak kurus buat diet tak betul. Naik la balik berat badan jawabnya!

Saya mampu hilang sehingga 30kg dan telah dijemput oleh kawan saya, Ilya Qastalani untuk artikel tabloid Kosmo tentang remaja.
…Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011…
YoYo diet saya bermula dari July 2010 sehingga Nov 2011. Jangan amalkan yoyo diet kerana ia sangat tak sihat. Semasa yoyo diet, berat saya turun dan naik. Kejap 105kg kejap 97kg kejap 100kg kejap 95 kejap 97 sampai la bulan Nov 2011 saya nekad untuk serius dalam berdiet. Terus tukar jadual pemakanan. Ok disini baru saya ingin berkongsi apa yang saya makan apa yang saya elak. Untuk YOYO diet saya tak syorkan sebab sangat tak berkesan. Perjalanan diet saya yang serius bermula November 2011.

Diet secara serius

Saya dah fed up dengan yoyo diet jadi saya mencari alternatif diet yang berkesan iaitu makan 6 kali sehari. Makan 6 kali sehari secara sihat terbukti dapat mengurangkan berat badan. Saya akan makan pada waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Selain itu, saya akan makan snek ringan diantara waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Apa yang saya makan dan elak? Senang saja.
  1. Lebihkan makan makanan berciri semulajadi seperti sayur, buah buahan dan dari sumber protein seperti ikan.
  2. Saya mengurangkan pengambilan karbohidrat dan lebihkan protein dan serat.
  3. Makanan ringan pula terdiri daripada kismis, yogurt, buah-buahan, almond dan biskut oat yang menyihatkan.
  4. Elakkan daripada mengambil minuman manis, junk food dan fast food.
  5. Air masak adalah medium yang terbaik untuk menggantikan air manis. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya tidak terhidrat.

“Guilty Pleasure Day”

Di sini saya ingin berkongsi satu rahsia dengan korang. Kadang kala saya akan mengamalkan “Guilty Pleasure Day” setiap hari Sabtu dimana saya akan makan apa saja yang saya nak seperti pizza, kek, chocolate, burger tapi pada kadar yang terkawal dan akan menyambung diet semula pada hari Ahad.


…Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing…

Senaman dan tidur yang mencukupi

Diet tidak akan berkesan kalau tak mengamalkan senaman. Senaman yang selalu saya amalkan adalah Zumba, sejenis tarian senamrobik latin style. Tae Bo, senamrobik kick boxing. Korang boleh cari DVD kat kedai music. Ada banyak! Selain tu, saya juga mengamalkan sit up, pumping, skip rope dan ke gym. Tapi saya sangat jarang ke gym. Saya lebih gemar bersenam di rumah. Saya hanya akan bersenam pada hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit hingga 2 jam. Hari Sabtu dan Ahad merupakan hari rawat dan rehat sebab badan kita perlukan rehat yang secukupnya untuk pulih.
Selain diet dan senaman, tidur juga sangat penting kalau untuk menghilangkan berat badan. Tidur yang baik adalah di antara 7 hingga 8 jam. Waktu tidur yang terbaik adalah pada pukul 10-12 malam. Saya harap dengan tips diet saya yang tak seberapa ini dapat membantu korang untuk menghilangkan berat badan.


CADANGAN SET KURUS SHAKLEE


TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Friday, 17 April 2015

GLA Complex 3 kali lebih berkesan dari EPO Evening Primrose Oil

Bismillahirrahmanirrahiim.. 




EVENING PRIMROSE OIL (EPO) VS. GLA COMPLEX SHAKLEE

Apa beza GLA dan EPO? Shaklee ada jual EPO ke?

1) EVENING PRIMROSE OIL (EPO)


Ok, ramai antara kita yang dah pun mengenali Evening Primrose Oil (EPO) sebagai vitamin yang baik untuk wanita kan. Ia banyak dijual di farmasi-farmasi.

Sebenarnya, dalam Evening Primrose Oil (EPO) itu ada GLA (GAMA LINOLEIK ACID).

GLA merupakan bahan binaan bagi PROSTAGLANDIN, yang merupakan bahan HORMON dalam badan.

Jadi sebab itulah Gama Linoleik Acid ni bagus untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan, terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil ataupun disebabkan menopaus.

2) GLA COMPLEX SHAKLEE

Tapi ramai yang TAK TAHU bahawa dalam MINYAK BORAGE juga ada GLA. Malah, ia mengandungi lebih dari KANDUNGAN 2 KALI GANDA GLA dalam EPO.

Minyak Borage juga adalah 3 KALI GANDA LEBIH MUDAH DISERAP oleh badan (bioavailability) dan 3 KALI LEBIH BERKESAN dari EPO.

Oleh sebab itu, GLA COMPLEX SHAKLEE menggunakan BUNGA BORAGE sebagai BAHAN UTAMA.

Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik OMEGA-6.

Shaklee mengestrak GLA dari Borage yang ditanam secara organic dikawasan Sakatchewan.

Kenapa produk Shaklee disebut GLA COMPLEX. Kenapa tak disebut Minyak Borage sahaja?

Ini kerana GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi Minyak Borage dan juga bahan-bahan berikut:-

  • Asid Gamma Linolenik (GLA) 
  • Asid Linolenik (LA)
  • Minyak Bunga Matahari 
  • Vitamin E
Kombinasi ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.  

Bioavailabiti (kadar penyerapan) juga telah dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan.

Jadi, sekarang anda dah ada jawapan yer sama ada nak beli EPO atau GLA Complex Shaklee.

Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan pening-pening lagi. Hihi...

Saya dan rakan-rakan saya yang cantik dan jelita semuanya memilih GLA Complex Shaklee.

GLA Complex ni sesuai untuk WANITA sahaja ke?

Ok, ramai juga yang bersalah anggap bahawa GLA hanya untuk wanita.

Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik adalah sama penting dengan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya hanya diperoleh dari makanan.

Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga lepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).

MANFAAT GLA COMPLEX SHAKLEE


1. Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal Selia Estrogen dan Testosterone
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan perempuan, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan Menopaus
Memperbaiki keadaan Menopaus seperti, hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5. Menentang Kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap, Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism, arthritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringkan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

8. Pelangsingan dan Menghalang Tambah Berat Badan
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil masa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis, dan myocardial infraction.

10. Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

11. Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)
Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak seperti berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Happy reading!

Jangan lupa klik butang2 share di bawah ni ye. Ilmu yang bermanfaat bakal menjadi saham kita di akhirat.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?   
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.