Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Sunday, 12 October 2014

9 asid amino perlu dalam Energizing Soy Protein (ESP)

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog Pearl V-TA. Hari ni saya nak kongsikan dengan anda KEPENTINGAN 9 Asid Amino Penting yang ada di dalam ESP.

ASID AMINO TU APA?

Asid amino ialah unit terkecil bagi protein yang terdiri daripada molekul organik asid karbosilik amina. Ini bermakna setiap unsur protein yang terdapat di dalam makanan seperti daging, ikan, susu dan sebagainya akan disintesis dan diproses didalam badan kita untuk menjadi bentuk yang terkecil yang dipanggil asid amino. Terdapat pelbagai jenis asid amino tetapi kita boleh klasifikasikan kepada dua kelas utama iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. 'Tidak perlu' bukan bermaksud badan kita tidak memerlukannya, tetapi oleh kerana asid amino ini boleh dihasilkan oleh badan, maka kita tidak wajib mengambilnya dalam diet seharian.


Berbeza dengan asid amino perlu. Asid amino perlu merupakan sumber protein yang badan kita perlukan tetapi kita tidak boleh  menghasilkannya sendiri. Jadi, kita MESTI mengambil asid amino perlu ini daripada makanan seharian agar sistem badan dapat berfungsi dengan baik. Terdapat 9 asid amino yang perlu kita ambil setiap hari. Mereka adalah - histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine.


APA FUNGSI 9 ASID AMINO PERLU NI?

1. Histidine 

Histidine berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.

2. Isoloeucine

Fungsi Isoleucine antara lain adalah untuk menghasilkan hemoglobin, menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Asid amino ini dimetabolismakan di dalam tisu otot yang menyebabkan ia menjadi satu nutrien penting bagi ahli sukan untuk menjana tenaga, meningkatkan stamina dan membantu dalam penyembuhan dan pembaikian semula tisu otot. Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai - bersama-sama dengan leucine dan valine.

3. Leucine

Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot dan bertindah seumpama bahan api bagi badan manusia. Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon reproduksi (kesuburan).

4. Lysine

Asid amino lysine penting untuk pembinaan tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium. Selain itu, lysine juga bertanggungjawab dalam membantu penghasilan antibodi, hormon dan enzim serta menolong dalam pembentukan kolagen dan juga pembaikian tisu. Justeru, ianya penting untuk mereka yang baru menjalani pembedahan dan mengalami kecederaan sukan. Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

5. Methionine

Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Ia juga penting untuk mensintesis asid amino yang lain seperti cystein dan taurine. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahaya seperti karbon dan logam berat. Kita juga memerlukan methionine untuk mengelakkan kerosakan rambut, melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis atau alahan kepada bahan kimia.

6. Phenylalanine

Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine. Hubungannya dengan sistem saraf utama menyebabkan ia ada kaitan dalam menaikkan mood seseorang, mengurangkan sakit, membantu kita menghafal/mengingati sesuatu dan mengurangkan selera makan. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan, kekejangan disebabkan PMS, migraine, obesiti, penyakit Parkinson dan schizophrenia.

7. Threonine

Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan protein di dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

8. Tryptophan

Untuk menghasilkan vitamin B3 (Niacin), kita memerlukan Tryptophan. Ia digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Jadi, tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood. Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak, menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan dengan mengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.

9. Valine

Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan. Valine terdapat lebih banyak dalam tisu otot dan merupakan salah satu asid amino berangkai yang menjadi sumber tenaga bagi tisu otot.

Jadi, memandangkan fungsi penting yang dijalankan oleh kesembilan-sembilan asid amino perlu ini, kita perlulah memastikan mereka terdapat di dalam diet seharian kita. Apatah lagi asid-asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan.

 

Saya sedia membantu!!
Lots of love,
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Thursday, 9 October 2014

Keputihan? Jangan Ambil Mudah!


Bismillahirrahmanirrahim...



Apakah itu penyakit keputihan?

Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan

Jenis-Jenis Keputihan

Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. 

Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati. Jadual 1.0 menunjukan perbezaan di antara kedua-kedua jenis keputihan.


Sifat
Keputihan Fisiologis
Keputihan Patologis
Bentuk Lendir yang cair dan tidak melekat Lendir yang kental dan melekat
Warna Berwarna putih atau krim Berwarna kuning atau kelabu atau hijau
Bau Tiada bau Berbau busuk
Jumlah yang dikeluarkan Sedikit Banyak
Kekerapan Semasa subur dan sebelum haid Apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj
Petanda lain Tidak gatal Gatal dan faraj kelihatan kemerahan dan mengalami radang
Rawatan Tidak perlu Perlu rawatan yang segera
Jadual 1.0 Ciri-ciri Perbezaan Keputihan Fisiologis dan Patologis



Gambar rajah 1.0
Faraj kelihatan merah dan mengalami radang
Gambar rajah 2.0
Lendir yang kental dan melekit
Gambarajah 1.0 dan 2.0 menunjukkan faraj wanita yang telah dijangkiti oleh kuman dan mengeluarkan lelehan yang tidak normal.


Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
  1. Faktor Kebersihan
    Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
    Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
  2. Faktor Hormon
    Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
    • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
    • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
    • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
    • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
  3. Faktor Gaya Hidup
    Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
  4. Faktor Kesihatan
    Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan

Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.

Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitan yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.
Penyakit keputihan adalah berpunca daripada jangkitan kuman terutamanya oleh Gardnerella vaginalis, Trichomonas vaginalis dan Candida albicans. Punca jangkitan dan ciri-ciri klinikal untuk setiap agen adalah seperti dalam Jadual 2.0

Agen Penyebab
Jenis Kuman (Mikro
organisma)
Ciri-ciri klinikal
Punca Jangkitan
Gardnerella vaginalis Bakteria
  • Lelehan berwarna putih-kekelabuan dan sedikit berbuih
  • Berbau busuk (fish odor)
  • Sedikit rasa gatal atau kerengsaan
  • Hubungan seks rambang
  • Tabiat merokok dan
  • Penggunaan alat kontraseptif Intra uterine devices
Trichomonas vaginalis Parasit
  • Lelehan faraj yang bernanah
  • Berwarna kuning
  • Berbuih dan berbau hanyir
  • Kerengsaan pada faraj
  • Rasa sakit semasa hubungan seks
  • Rasa sakit semasa buang air kecil
  • Hubungan seks yang tidak sihat
Candida albicans / spp Kulat
  • Lelehan kental dan berwarna putih
  • Berbau busuk (foul odor)
  • Gatal
  • Dinding faraj kelihatan merah dan bengkak
  • Sakit semasa hubungan seksual
  • Sakit semasa buang air kecil
  • Penggunaan antibiotik yang banyak
  • Kehamilan
  • Penyakit kencing manis yang tidak terkawal
  • Sistem pertahanan badan yang lemah disebabkan oleh HIV/AIDS, kanser atau dalam rawatan kanser
  • Pengguna pil perancang keluarga
Jadual 2.0 Agen Penyebab Penyakit Keputihan

Gambar rajah 3.0 menunjukkan jangkitan kulat pada bahagian faraj yang dikenali sebagai Candida albicans


Bahaya Penyakit Keputihan

Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.

Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.


Cara mencegah Penyakit Keputihan

Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan, berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
Kesimpulan

Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita. Namun, gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. Jenis keputihan fisiologis yang kerap terjadi pada wanita yang sihat merupakan gejala yang normal dan akan pulih secara semula jadi. Sebaliknya, keputihan patologik dikategorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. Gejala keputihan patologik disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman yang meliputi isu-isu kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup yang sihat.

Mikroorgamisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama yang terlibat dalam jangkitan faraj. Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit adalah berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. Namun seakiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Wanita yang hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.

Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.

Rujukan
  1. https://www.google.com.my/search?q=penyakit+keputihan+wanita&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=5ADDUerYBILprAffnIHoDA&ved=0CCkQsAQ&biw=1024&bih=624
  2. Penyebab Keputihan Pada Wanita http://bidanku.com/index.php?/keputihan-pada-wanita-jenis-penyebab-dan-penvegahan#ixzz2VzknY1Zm
  3. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/001511.htm
  4. https://www.cdc.gov/nczved/divisions/dfbmd/diseases/candidiasis
  5. Arnold E., 1995. Gynaecology by Ten Teachers. ed. Chamberlain G., pp 80-83. Great Britain.: The Educational Low-Priced Books Scheme.
  6. Mandell G.L., Dolin R., Bennett J.E. 2010. Principles and Practice of Infectious Diseases. 17th Ed. pp 1495-1505. United States.Churchill Livingstone Elsevier.
Semakan akhir : 13 Januari 2014
Penulis : Stella a/p Ganapathy Pillay
 
dipetik dari: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/dewasa/kesihatan-reproduktif/penyakit-keputihan

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?  #Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?


Saya sedia membantu!!


Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Friday, 3 October 2014

Panduan Mengurangkan Sakit Kepala (Migrain)

Bismillahirrahmanirrahim...

Sakit kepala pasti mengganggu aktiviti harian terutama jika ia dikategorikan sebagai migrain.
Ia membabitkan penguncupan dan pengembangan saluran darah ke otak. Kebiasaannya perjalanan darah mengurang di belakang otak dan merebak ke bahagian depan. Apabila saluran yang menguncup itu mengembang, ledakan darah dengan tiba-tiba mencetuskan rasa sakit yang kuat.


Foto




Migrain dikesan menerusi denyutan, kadangkala sakit yang kuat dan biasanya di bahagian sebelah kepala.

Selain itu, deria pendengaran dan pemandangan menjadi semakin sensitif. Apabila ia berlaku, pilihan paling mudah untuk meredakannya adalah menggunakan pil penahan sakit.

Tetapi jika digunakan secara berterusan, ia boleh mengurangkan kesan diingini dan rasa sakit juga tidak mampu dihilangkan.


Antara penyebab migrain:

• Kekurangan zat dan nutrisi
• Faktor keturunan
• Kesan pengambilan ubat-ubatan
• Wanita yang mengalami haid
• Terlalu banyak mengambil kafein
• Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat.


Antara panduan mengurangkan sakit kepala:

• Senaman pilihan terbaik malah ketika bergerak aktif, daya tahan seseorang itu akan meningkat dan mengurangkan tekanan serta tidur juga lebih nyenyak.

• Minum air sebaik-baiknya lapan gelas air sehari. Kekurangan air antara penyebab utama sakit kepala. Jika tubuh tidak mendapat bekalan air mencukupi, tubuh mula menyimpan cairan sedia ada dan menyebabkan sakit kepala atau migrain.

• Jangan lupa makanan ringan kerana apabila tubuh tidak mendapat sumber makanan diperlukan untuk tempoh tertentu, ia menyebabkan kekurangan gula dalam darah. Untuk meredakan masalah itu, ambil makanan ringan seperti epal, coklat atau gula-gula agar kandungan gula dalam darah kembali normal.

• Pastikan tidur mencukupi iaitu lapan jam sehari. Terlalu banyak tidur atau sedikit tidur boleh menimbulkan sakit kepala.

• Apabila terlalu lama menghadap komputer, luangkan masa berehat seketika dengan berjalan sambil mengambil udara segar atau bersandar ke kerusi sambil memejamkan mata dan tarik nafas secara perlahan-lahan.

• Elak terkena cahaya terang atau pancaran matahari bagi mengurangkan sakit kepala.

• Ambil kain lembut dan basahkannya dengan air sejuk, kemudian letakkan di kepala dan leher bahagian belakang. Untuk bahagian mata, ambil tuala kecil dan rendam dalam air suam, letakkan pada mata beberapa minit. Ulang beberapa kali. Cara ini boleh melegakan sakit kepala.

• Berfikiran positif dan tenang membantu diri untuk mengurangkan sakit kepala.

• Untuk petua menggunakan bahan semula jadi, boleh menggunakan beberapa biji limau kasturi (saiz kecil) yang diperah atas kepala satu persatu. Ketika memerah limau, ramas rambut dan picit kepala untuk memudahkan perjalanan darah. Kulit limau pula boleh dimasukkan ke dalam bekas berisi air bersih dan kemudian jirus air berisi kulit limau ke atas kepala dan badan. Lap tetapi jangan hilangkan bau limau kasturi kemudian tidur seketika.

Sumber: MyMetro

Set Migrain Shaklee Berkesan!


  • Sustained Release Vita C Plus : membantu menghasilkan hormon adrenal anti stress
  • Ostematrix : membekalkan Magnesium yang mencukupi (Mg yang rendah sering terdapat pada mereka yang menghadapi migrain), transmisi impuls ke otak
  • B-Complex : menambah aliran darah ke otak, anti stress, riboflavin menambah simpanan tenaga dalam sel otak.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah? 
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
Lots of love, 
Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.