Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Friday 29 May 2015

10 Tanda Penting Kehamilan

Bismillahirrahmanirrahiim...

Emi doakan semua pembaca mendapat rahmat Allah. Semoga pengakhiran yang baik untuk kita dan syurga menjadi destinasi terakhir kita. Semoga di dunia kita menjadi insan yang paling berjaya & kaya. Doakan emi juga ya.

Jom santai minda baca info ni. 

10 Tanda Penting Kehamilan



1. Mengidam

Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.


2. Warna areola menjadi gelap 
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu 
3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi 
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
4. Kerap membuang air kecil

Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
5. Keletihan 

Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain 

6. Payudara melembut dan membengkak 

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang. 

7. Deria rasa berubah  

Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.


8. Mabuk hamil pagi 
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang haid 

Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 

10. Ujian kehamilan yang positif 

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!




Sumber: babycenter.com
 

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Thursday 28 May 2015

16 Kelebihan Protien Diet Cinch Shake Shaklee

  Bismillahirrahmanirrahiim...
16 kelebihan Cinch Shake :

#1. Memberikan rasa kenyang berjam-jam lamanya
#2. Mengurangkan selera makan bagi anda yang tak boleh control nafsu makan
#3.Memberi tenaga berpanjangan jadi anda tak cepat penat walaupun melakukan pelbagai aktiviti harian
#4. Meningkatan metabolisme badan
#5. Memelihara otot bagi mengelakkan anda gemuk semula dgn cepat bila dah kurus
#6. Anda boleh mengambil carbo spt nasi dsb tetapi dgn kadar yg sedikit
#7. Menghilangkan lemak yang berlebihan dan mengurangkan inci pada badan
#8. Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
#9. Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusine.
#10. Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
#11. Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
#12. Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
#13. Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
#14. Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
#15. Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

#16. Soya bukan GMO

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     

#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?


#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?



Saya sedia membantu!!
 


Lots of love, 

Emi | 0132226473


Shaklee ID | 1102784


Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Monday 18 May 2015

Panduan Kehamilan Sihat

Bismillahirrahmanirrahiim...

Wanita hamil hendaklah menjaga diri dan kesihatan dengan baik ketika mengandung. Anda harus menjaga kesihatan dari aspek fizikal dan emosi kerana ia akan mempengaruhi kesihatan kandungan anda. Berikut merupakan panduan untuk memastikan kesihatan ketika hamil terjamin

Panduan Kehamilan Sihat

 
Ibu Hamil & bersalin memerlukan nutrisi yang lebih dari biasa kerana proses kehamilan & bersalun menyebabkan ibu kehilangan banyak nutrient



Menjaga pemakanan

Wanita hamil hendaklah mengambil pemakanan diet yang sihat dan seimbang.  Pastikan anda mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang memberikan manfaat kepada kesihatan. Anda boleh mengamalkan diet seperti makan buah-buahan serta sayuran-sayuran. Selain itu, anda boleh menyediakan sarapan yang mengandungi karbohidrat contohnya roti dan bijirin. Seterusnya adalah penting juga untuk mengambil pemakanan yang mempunyai protein seperti ikan, daging dan susu.


Memastikan tahap kebersihan makanan

Wanita hamil perlu memastikan makanan yang diambil dan dimasak adalah bersih. Pastikan sayur-sayuran dan daging dicuci dengan bersih sebelum dimasak. Seterusnya, jika anda ingin makan di luar atau membeli daripada luar pastikan gerai atau restoran tersebut mempunyai tahap kebersihan yang baik. Hal ini amat penting untuk memastikan kesihatan anda terjamin dan terhindar daripada jangkitan penyakit.  Antara penyakit yang boleh dihidapi adalah jangkitan salmonella di mana ia berlaku diakibatkan makan ayam kurang masak dan telur mentah.


Pengambilan tambahan folid asid

Folid asid merupakan tambahan diet yang penting kerana ia boleh mencegar spina bifida dan kecacatan lain tiub neural bayi. Hal demikian berlaku kerana tiub yang melindungi saraf pusat tidak menutup sepenuhnya. Oleh yang demikian, wanita hamil dinasihatkan untuk mengambil folid asik 400mcg bermula dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama. Untuk pengetahuan anda, folat juga boleh didapati secara semulajadi iaitu melalui pemakanan seperti sayur-sayuran dan bijiran.


 Khasiat makan ikan

Pengambilan ikan juga amat baik dimana minyak ikan mengandungi asid lemak Omega-3 yang berkemungkinan membawa kesan positif kepada praeklampsia, berat kelahiran bayi, perkembangan otak dan saraf bayi pada peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak mempunyai kandungan mineral, protein, vitamin D serta asid lemak omega 3. Ia akan membantu perkembangan dan pembesaran bayi namun ia mengandungi merkuri  serta bahan pencemar yang lain. oleh itu, adalah disyorkan untuk makan ikan berminyak seperti tenggiri dan sardin tidak lebih dua kali dalam seminggu.


Melakukan senaman

Senaman dapat membantu anda meningkatkan kekuatan dalam tubuh anda. selain itu, ia akan menjaga dan meningkatkan ketahanan tubuh terutamanya apabila berat badan kian bertambah. Melalui senaman, anda dapat memastikan anda kembali ke bentuk badan asal setelah bayi dilahirkan. Adalah disyorkan untuk mengikuti program senaman dengan pelatih yang pakar kerana mereka akan membimbing anda untuk melakukan senaman dengan betul. Selain itu, senaman juga boleh membantu menghilangkan rasa stress atau kemurungan yang biasanya dihadapi oleh wanita hamil.

sumber:  http://www.bidadari.my/hamil-panduan-kehamilan-sihat/

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     

#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?


#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?



Saya sedia membantu!!
 


Lots of love, 

Emi | 0132226473


Shaklee ID | 1102784


Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Posisi Tidur Ibu Hamil

Bismillahirrahmanirrahiim...

Posisi tidur adalah amat penting dalam kesihatan. Terutamanya ketika hamil. Salah sedikit sahaja, ia mampu memberi kesan kepada kandungan. Mungkin ada yang tertanya posisi tidur ibu hamil mana yang terbaik bukan?

Jadi posisi tidur hamil mana yang terbaik?


Tidur mengiring adalah yang terbaik semasa hamil. Khususnya, tidur mengiring di sebelah kiri supaya . Tidur mengiring sebelah kiri banyak manfaatnya. Antaranya adalah dapat meningkatkan aliran darah seterusnya memudahkan aliran nutrien ke plasenta. Ia juga membantu buah pinggang anda untuk lebih cekap untuk membuang bahan buangan dan cecair dari badan. Kesannya ia mengurangkan bengkak di buku lali, kaki dan tangan.
posisi-tidur-semasa-hamil
Adalah satu cadangan yang baik untuk memulakan latihan diri di awal kehamilan untuk tidur di sebelah kiri anda. Sudah tentu pada peringkat awalnya agak sedikit sukar. Anda mungkin cenderung beralih dari sisi ke sisi.
Anda dilarang tidur dengan berbaring menegak itu sepanjang kehamilan. Banyak kesan negatifnya.
Apabila anda tidur cara tersebut, berat rahim akan beralih kepada tulang belakang, otot belakang, usus, dan saluran darah utama. Ini boleh membawa kepada sakit otot dan sakit, buasir. Peredaran anda juga turut terjejas dan boleh mengurangkan peredaran darah ke bayi anda.

Semoga tips ini membantu!


Sumber:  http://www.bidadari.my/tips-kehamilan-posisi-tidur-ibu-hamil/

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Panduan Snek sihat untuk wanita hamil

Bismillahirrahmanirrahiim..


makanan mengandung
Trimester pertama
  1. Anda tidak memerlukan lebih kalori namun anda perlukan lebih folat
  2. Snek yang kaya dengan folat adalah salad yang menggunakan daun bayam kecil dan bitrus atau kukus asparagus yang sesuai dimakan dengan pencicah
  3. Makan buah oren dan buah tembikai
  4. Makan kepingan roti yang berserat tinggi dalam peti ais agar anda boleh mengambilnya ketika hendak makan
  5. Mengambil makanan snek yang mempunyai Vitamin A kerana ia membantu sistem peredaran, organ, pernafasan serta sistem saraf bayi.
  6. Vitamin A juga akan menguatkan badan
  7. Makanan yang mempunyai vitamin A dalah seperti keju dan telur
  8. Selain itu, anda juga boleh masukkan potongan buah mangga dan betik ke dalam bijirin
  9. Antara panduan lain adalah halia dapat melegakan mabuk hamil. Contohnya masakan atau pencuci mulut yang mempunyai halia
  10.  Mengambil makanan berkhasiat dengan menggabungkan sayuran sayuran dengan sup.

Trimester kedua
  1. Anda tidak perlu meningkatkan kalori, tetapi memastikan anda mendapat kalsium yang cukup dimana ketika itu gigi dan tulang bayi mulai terbentuk
  2. Mengambil produk tenusu yang mempunyai kandungan lemak rendah kerana banyak kalsium mudah diserap oleh badan
  3. Contoh produk tenusu adalah snek seperti Yogurt
  4. Minum susu pada waktu makan akan membantu anda merasa mengantuk
  5. Selain tenusu adalah produk soya yang juga mengandungi kalsium
  6. Buah tin kering serta badam mengandungi kalsium dan senang di bawa ke mana sahaja

Trimester ketiga
  1. Tahap ini anda memerlukan banyak tenaga oleh itu ambil lah snek yang mengandungi vitamin C dan vitamin B1
  2. Antaranya ialah roti bakar bijirin penuh dengan sebiji tomato, sup cendawan dan buah oren mandarin
  3. Vitamin C dapat melindungi sel dalam badan tidak rosak dan memastikan sistem imun berkeadaan baik
  4. Vitamin C akan memastikan plasente berkembang dan berfungsi dengan baik serta membantu lapisan dinding perut untuk menyerap zat besi
  5. Antara buah-buahan lain yang mengandungi vitamin C adalah kiwi dan strawberry
  6. Seterunya adalah mengambil vitamin B iaitu dengan makan bijiran sarapan
  7. Vitamin B terdiri daripada vitamin B1, B2, B6, B12, niasin dan folat yang dapat membantu kesihatan badan
  8. Thiamin juga diperlukan pada trimester akhir untuk memudahkan anda mengeluarkan tenaga daripada makanan
  9. Contoh makanan yang thiamine adalah sayur hijau dan beras perang
  10.  Selain itu, roti bijian bakar dengan kacang panggang juga membekalkan khasiat kepada anda

Sumber: http://www.bidadari.my/panduan-snek-sihat-untuk-wanita-hamil/

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Friday 15 May 2015

Keajaiban Bersedekah

Bismillahirrahmanirrahiim..

Emi doakan kita semua mendapat rahmat dari Allah & dikurniakan keberkatan hidup di dunia&akhirat. Amiin.. Doakan kejayaan bersama ya. :)

Hari ni nak share 3 testimoni bersedekah yang emi ambil dari FB Raja Shamri.

Moga bermanfaat.




#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Thursday 14 May 2015

Tips Atasi Kulit Pucat

Bismillahirrahmanirrahiim..

Sumber: EH!

Sesetengah wanita tidak mempunyai banyak masalah kulit tetapi rata-rata tidak boleh berpisah dengan alat solek kerana mempunyai kulit yang pucat. Khas untuk wanita yang mempunyai masalah ini, kami ada beberapa cara untuk anda mengatasi masalah ini.





1. Kulit pucat disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak baik, jadi pemakanan yang betul sangat penting untuk mengatasi masalah ini. Elakkan memakan makanan yang diproses atau makan segera dan banyakkan mengambil protein dan bersenam untuk melancarkan pengaliran darah dalam badan anda.

2. Secara tradisional, sarang burung dikatakan bagus untuk pengaliran darah sekaligus boleh mengatasi masalah kulit pucat.

3. Salah satu punca masalah kulit pucat adalah kurang air di dalam badan. Banyakkan minum air dan kurangkan air yang manis atau berkabonat.

4. Elakkan sebarang produk kecantikan yang mengandungi hydriquinone kerana ia mampu memutihkan kulit sehingga ke tahap yang terlalu pucat.

5. Dr Howard Murad menyarankan kepada mereka yang mengalami masalah kulit pucat untuk membuat rawatan kulit muka yang berasaskan buah betik, nenas atau buah bercitrus kerana ia mempunyai enzim yang menanggalkan kulit mati dan menjadikan kulit lebih berseri-seri.

6. Anda juga boleh membuat rawatan kecantikan sendiri di rumah dengan menumbuk kacang almond dan campurkannya dengan susu untuk dijadikan pupur. Biarkan selama 30 minit dan lakukan rawatan ini selama 15 hari berturut-turut.

7. Anda juga boleh memotong kecil daun pudina dan campurkan bersama pencuci muka anda ketika membersihkan wajah untuk melembabkan kulit.

8. Untuk mendapatkan kulit yang berseri, lenyek buah aprikot bersama minyak zaitun. Buah aprikot bagus untuk merawat kulit pucat manakala minyak zaitun berfungsi untuk melembabkan kulit.

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love, 

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Wednesday 13 May 2015

Apakah punca lelaki tidak puas kencing?

Bismillahirrahmanirrahiim..

Apakah punca lelaki tidak puas kencing?

Apabila menjelang usia yang lanjut, masalah yang sering kali menimpa kaum lelaki adalah masalah membuang air kecil. Segelintir kaum lelaki mengalami masalah kencing yang tidak puas atau pancutan air kencing tidak laju. Seringkali masalah ini hanya disembunyikan sendiri sehingga komplikasi berlaku.

Apakah yang dimaksudkan dengan bengkak kelenjar prostat?

Kelenjar prostat adalah satu organ yang mengelilingi pangkal saluran kencing lelaki. Kelenjar ini berfungsi untuk menghasilkan cecair berbentuk alkali di dalam mani. Saiz kelenjar prostat yang normal adalah sebesar kacang walnut. Namun apabila lelaki menjangkau usia 40 tahun ke atas, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar ini membengkak dan pangkal saluran air kencing menjadi sempit. Menurut satu ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala pembengkakan prostat.


Seringkali pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Antara tanda- tandanya adalah :

Kerap kali buang air kecil, hampir setiap jam – frequency
Apabila ingin membuang air kecil, tidak mampu untuk bertahan lama atau gesa – urgency
Kerapkali bangun di waktu malam untuk kencing – nocturia
Pancutan air kencing tidak laju – poor flow
Air kencing menitis di penghujung waktu kencing – terminal dribbling
Terkencing sewaktu menahan air kencing – hesitancy
Berasa tidak puas kencing dan perlu kencing beberapa kali – incomplete voiding
Kencing tersekat- sekat – intermittency
Meneran sewaktu kencing – straining
Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalami masalah di atas?

Pengesahan daripada doktor untuk penyakit bengkak kelenjar prostat adalah melalui penelitian sejarah pesakit. Melalui soal jawab masalah pembuangan air kecil pesakit, doktor akan memberikan markah menurut carta  International Prostate Symptom Score (IPSS). Jumlah keseluruhan markah akan dikategorikan untuk mengetahui keseriusan penyakit.

Seterusnya pemeriksaan kelenjar prostat akan dilakukan oleh para doktor melalui lubang dubur. Melalui pemeriksaan ini, keanjalan prostat dan permukaan prostat dapat dirasa. Pemeriksaan ini adalah penting kerana jika kelenjar prostat dirasakan keras dan permukaannya berbenjol-benjol, penyakit barah prostat harus diawasi. Selain daripada pemeriksaan prostat, terdapat satu ujian yang dapat mengukur kelajuan air kencing sama ada lemah atau tidak. Ujian ini dinamakan uroflow.


Bagaimana penyakit ini dirawat?

Setelah penyakit disahkan, pesakit akan dimulakan dengan ubat-ubatan. Terdapat dua kategori ubat iaitu alpha-blocker dan 5-alpha-reductase. Fungsi alpha-blocker (seperti Hytrin, Cardura, Xatral) adalah untuk merehatkan otot-otot yang terdapat di pangkal prostat supaya aliran kencing lebih laju. Manakala fungsi 5-alpha-reductase (seperti Avodart dan Proscar) adalah untuk mengurangkan hormon testosteron seterusnya membantutkan pembengkakan kelenjar prostat. Pilihan pembedahan hanya dijalankan jika kegagalan dari segi ubat-ubatan dan beberapa faktor yang lain.

Apakah kesan jangka masa panjang masalah kelenjar prostat bengkak?

Komplikasi atau kesan jangka masa panjang jika penyakit bengkak prostat tidak dirawat termasuk :

Pembentukan batu karang (bladder stone) di dalam pundi kencing.
Pembengkakan buah pinggang (hydronephrosis) disebabkan tekanan yang kuat dari dalam pundi kencing yang berpanjangan.
Jangkitan kuman dalam air kencing berulangan (recurrent urinary tract infection)
Penyakit angin pasang (inguinal hernia) disebabkan oleh tekanan di dalam bahagian ari-ari ketika membuang air kecil.
Dr. Ruhi Fadzlyana adalah seorang pakar bedah yang sedang bekerja di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan pensyarah di universiti tempatan.

Rujukan:

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/benign-prostatic-hyperplasia

Sumber


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,  

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Tuesday 12 May 2015

Bilakah gigi bayi mula tumbuh?

Bismillahirrahmanirrahiim..

Pada suatu masa dulu ramai menyangka bahawa jika bayi mempunyai gigi ketika dilahirkan, ia adalah tanda buruk. Pada hal proses pembentukan gigi bermula semenjak dari mereka dalam rahim lagi. Ini semua takdir Allah dan tidak ada kena mengena dengan nasib manusia.


Gigi awal, yang disebut sebagai ‘gigi susu’ adalah gigi yang sementara keluar daripada gusi. Inilah tanda kebesaran Allah apabila apabila gigi yang keluar tidak mengoyakkan gusi, tetapi gusi akan menjadi lembut bagi memudahkan laluan untuk pertumbuhan gigi.


Gigi susu akan mula tumbuh seawal tiga bulan dan mungkin ada yang agak lambat sedikit, sehingga berumur dua belas bulan. Kebiasaannya bayi akan mula mengeluarkan gigi antara enam hingga sembilan bulan.

Gigi akan tumbuh secara berpasangan, sebagai contoh jika satu gigi kacip telah keluar, akan diikuti oleh satu lagi gigi kacip, sebelum gigi-gigi jenis lain akan keluar.

Bayi perempuan biasanya mengeluarkan gigi lebih awal dari bayi lelaki.

Pada kebiasaannya gigi ini akan keluar mengikut usia (anggaran):

Gigi kacip bawah (2 batang): 6 bulan
Gigi kacip atas ( 2 batang) : 8 bulan
Set kedua gigi kacip atas (2 batang) : 10 bulan
Set kedua gigi kacip bawah (2 batang) : 10 bulan
Set gigi molar pertama (4 batang) : 14 bulan
Gigi taring (4 batang) : 18 bulan
Set gigi molar kedua (4 batang) : 2-3 tahun


Menangis kerana tumbuh gigi

Apabila gigi mula keluar dari gusi sudah semestinya, bayi akan merasa sakit kerana gusi menjadi bengkak. Tahap kesakitan yang dialami berbeza-beza ini bergantung kepada bayi itu sendiri. Ini bermakna ada bayi yang menangis kerana tidak tahan dengan kesakitan akibat keluar gigi dan ada bayi yang boleh tahan.

Kesakitan ini bermula seminggu sebelum gigi keluar dari gusi dan bayi merasa lega apabila giginya sudah keluar. Tanda biasa yang dapat dilihat pada bayi ialah air liur yang meleleh, mudah menangis tanpa sebab terutama waktu malam, demam yang rendah dan gusi yang bengkak.

Ada ibubapa yang perasan bayi mereka mula menghisap dan menggigit jari atau mainan mereka bagi mengurangkan rasa sakit. Ia akan hilang dengan sendiri tanpa perlu mendapatkan rawatan, kecuali ia bertambah teruk.

Selain itu mungkin terdapat ruam di muka bayi akibat air liur yang keluar dengan banyak.

Sumber: drzubaidi.com

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,  

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Monday 11 May 2015

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG

Bismillahirrahmanirrahiim..

Perkongsian dari Dr Fuad Latip.
 
 
\MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Saya masih banyak kekurangan. 

Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah.
Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa
saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil
wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk
bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan
kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu.
Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya Ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu Ya Allah sebanyak-banyaknya Ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang Ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu Ya Allah. Ya Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik Ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya Ya Allah, solatku Ya Allah, ibadahku Ya Allah,
hidupku Ya Allah, matiku Ya Allah adalah hanya untukMu Ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu Ya Allah, dan aku diperintahkan untuk tidak menyukutukanMu Ya Allah dan aku ini dari golongan orang yang berserah diri.

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. 
Kitaberkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita
komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk Ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang Ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam Ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Ya Allah.

Engkaulah Raja yang menguasai hari pembalasan Ya Allah.

Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami memohon pertolongan Ya Allah. (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

Tunjukilah kami jalan yang lurus Ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat Ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat Ya Allah.”

ALLAHUAKBAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yg mudah & kita fahami.

10. Diamlah sejenak sblm kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk utk hormat & memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. 

Diamlah namun sedar & berterima kasih pada Allah. Terima kasih yg dtg dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati.
Bukan bacaan sekadar dari bibir semata2.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung Ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dgn benar disamping fizikal kita benar2 rehat. Tulang2 kita kembali kepada tmptnya. Darah mengalir ke otak krn kedudukan otak sama dgn jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dgn perlahan, dgn hormat dlm setiap pergerakan
solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dgn Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah…. tetapi Allah…. TUHAN yg menjadikan kita & tempat kita kembali. ALLAH...

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian Ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita?
siapa kita yg sering ingin dipuji?
Siapa kita yg sering kecewa ketika orang lain tdak memuji kita?
Siapa kita?…. Astaghfirullah....

13. Sujud….. 

Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kpd asalnya yakni tanah. Kita tdk ada apa2nya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa2nya. Kita mengharapkan redha Allah semata2.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi Ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua & ketiga agar benar2 pujian itu dari hati kita dlm kesedaran padaNya.
14. Kemudian duduklah dgn penuh tunduk & mengharap padaNya.

Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dgn laju…. tetapi mohonlah… mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku Ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku Ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku Ya Allah” (angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.
Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak
mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan &
kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan utk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku Ya Allah” 
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu Ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku Ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku Ya Allah.”

Andai ini dibaca dgn baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan lebih berserah kita padaNya.
****

Jika ini dpt didirikan dgn baik,
nikmatilah sendiri keindahan
solat. Betapa nikmatnya solat & nikmatnya solat kita tidak pernah
sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekrg. 

Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yg lain.

Dulu saya tertanya2 bgmna mrk yg dekat dgn Allah sentiasa menunggu2 waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa solat itu sering ditunggu2... 
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Semoga kita semua diberkati 
آمِّيْنَنَ ..آمِّيْنَنَ ...آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ....
 
#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.