Sedia membantu anda!

Hai, saya Emillia pengedar Shaklee anda di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Penghantaran ke seluruh Malaysia.

I'm Emillia Your Shaklee Independent Distributor at Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Rasa, Serendah & Rawang. Delivery throughout Malaysia.

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Thursday 30 April 2015

Shaklee Landmark Study - Pertama Seumpamanya di Dunia!

Bismillahirrahmanirrahiim..

Emi nak sangat kongsi artikel tulisan Master Iffah ni. Artikel berkenaan Landmark Study Shaklee yang menunjukkan Shaklee sangat2 berkesan dan no 1 supplement in the world. Saya bangga menjadi sebahagian dari Shaklee.

Credit: Master Iffah

Selamat pagi Malaysia! Semangat berkobar-kobar mencari laptop setelah selesai menguruskan anak syurga Faheem ke sekolah. Perlu cepat, jika ditangguh boleh jadi terhutang entri menggunung tinggi jadinya ")
Saya inginkan kongsikan satu video yang sangat informatif yang mengupas tentang Shaklee Landmark Study. Ia adalah temubual yang di buat ke atas Dr. Stephen Chaney. Saya kongsikan bio beliau di bawah.


Bio - Dr Stephen Chaney

Berikut saya kongsikan Video temubual Dr Chaney mengenai Shaklee Landmark Study, dan saya akan ceritakan dalam bentuk bahasa yang lebih mudah iaitu bahasa 'keninjaan' ha ha ha.



Pada peringkat awal saya menyertai Shaklee, saya selalu dengar tentang "Landmark Study" ini, cuba untuk fahamkan, dapatlah pemahaman asas sehingga saya mendengar video di atas, menjadi semakin jelas apa yang saya faham. Jika anda ingin tahu, "Landmark Study" ini adalah satu seumpanya di dunia. Hanya Shaklee sahaja yang berani untuk menguji keberkesanan pengambilan produk Shaklee ke atas pengamalnya. Kenapa? Sebab Shaklee benar-benar yakin produknya berkesan!

Apakah "Landmark Study"?

"Landmark Study" adalah kajian yang dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.


"Landmark Study" adalah kajian yang dibuat untuk mengkaji manfaat dan risiko pengambilan pelbagai suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.

Mengapakah "Landmark Study" ini penting?

"Landmark Study" ini penting kerana keterbatasan kajian saintifik yang ada. "Landmark Study" adalah kajian secara menyeluruh bagi pengambilan berbilang suplemen. Suplemen bukanlah seperti ubatan yang terhasil dari dadah makmal di mana kesannya boleh dilihat SEGERA kerana ia merawat simptom tertentu dan melibatkan enzim-enzim tertentu sahaja.

Kebanyakan kajian saintifik yang dibuat adalah untuk jangka masa yang pendek dan ini kurang bersesuaian kerana penyakit mengambil tempoh masa 10 ke 30 tahun untuk bertapak dan mengganas di dalam tubuh kita. Di sinilah pentingnya "Landmark Study" ini di mana, kajian di buat untuk tempoh masa yang panjang iaitu lebih 20 tahun.

Siapa pula yang terlibat di dalam "Landmark Study" ini?

Ini bahagian yang menarik untuk di ceritakan sebab bukan calang-calang saintis yang menjalankan kajian ini, pastinya yang terbaik dalam lapangan nutrisi. "Landmark Study" ini telah dijalankan oleh top saintis di UC Berkeley, Dr Gladys Block. Dr. Block telah mengusulkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselematan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh waktu yang panjang. Mengapa beliau memilih Shaklee?


  1. Reputasi Shaklee yang terkenal dengan integriti dan kualitinya
  2. Shaklee mempunyai kumpulan sasar yang bersesuaian kerana penggunanya terdiri daripada pengamal tegar yang telah mengamalkan suplemen untuk tempoh waktu yang panjang.
Bio - Dr. Gladys Block
Jadinya, bila DR. Gladys sudah memberi usul, CEO Shaklee Corporation yang handsome, Encik Roger Barnett menerimanya dengan hati terbuka tanpa risau sebab beliau mahu data saintifik yang membuktikan Shaklee produk adalah terbaik berbanding produk suplemen yang lain.

Landmark Study ini dijalankan sepenuhnya oleh pihak ketiga
Tidak banyak syarikat yang membenarkan pihak ketiga untuk menjalankan kajian ke atas produk mereka kerana ia boleh memberi impak kepada syarikat sekiranya hasil dari kajian menunjukkan produk mereka tidak berkesan, berbeza dengan Shaklee yang yakin dengan keberkesanan produknya. Jadi kami sebagai pengedar, bukan suka hati mengatakan produk ini berkesan tetapi ianya telah dibuktikan berkesan!

Bagaimana Landmark Study ini dijalankan?

Tiga kumpulan sasar yang dikaji - (i) Shaklee Group, (ii) Another Multivitamin(MV) Users & (iii) Non-Supplement Users

Landmark Study ini telah dijalankan ke atas 3 kumpulan sasar iaitu:
  1. Pengguna Shaklee yang telah mengambil suplemen Shaklee lebih 20 tahun
  2. Pengguna yang mengunakan multivitamin selain dari Shaklee(MV)
  3. Tidak menggunakan suplemen
Jadi, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba untuk melihat hasil dari Landmark Study ini! Super excited saya malam tadi bila study tentang result study ini. Awesome sangat dan bertambah keyakinan saya dan menjawab persoalan saya selama ini, kenapa bio-markers dalam blood test saya banyak improvement dari tahun ke tahun saya mengambil suplemen Shaklee. Alhamdulillah.

Apakah manfaat-manfaat pengambilan suplemen dalam jangka masa panjang?

Di sini, saya tidak berminat menghurai panjang lebar resultsnya, kerana pengunjung blog NinjaPah.Com ini terdiri dari pelbagai lapisan individu. (Jika ingin mengetahui lebih detail, rujuk paper yang telah dipublish oleh Dr. Block dan rakan-rakannya di sini) Cukup dengan ringkasan yang saya buat di dalam slide di bawah dan saya akan berikan summary dari Landmark Study yang telah di buat oleh Dr. Gladys Block.

Pembuktian bahawa nutrisi di dalam suplemen Shaklee adalah sangat "bioavailable"–nutrisi tersebut mudah diserap dan dapat digunakan oleh tubuh dengan baik, terbukti melalui kandungan nutrisi dalam darah yang lebih baik berbanding dua kumpulan sasar MV dan tanpa suplemen.

Pembuktian bahawa pengambilan nutrisi Shaklee membantu pengamalnya untuk mendapatkan level biomarkers yang lebih sihat, mengurangkan risiko mendapat penyakit. 

Biomarkers yang dikaji di dalam Landmark Study ini adalah Homocycteine, HDL/Cholestrol, CRP dan Triglycerides

Pengguna suplemen Shaklee menunjukkan kadar yang rendah dalam mendapat penyakit.

Hasil kajian membuktikan, Shaklee suplemen adalah selamat tanpa menyebabkan pengumpulan nutrisi di aras toksik dalam tubuh pengguna.

Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.


Alhamdulillah, cukup jelas dan terang. Perlu ingat, Landmark Study ini hanya merujuk kepada penggunaan produk Shaklee. Bagaimana dengan produk keluaran syarikat lain?

  • Seperti kita sedia maklum, kebanyakan syarikat tidak mempunyai standard "Quality Assurance" yang sama seperti yang dipraktikkan di Shaklee.
  • Sangat sedikit syarikat yang menjalankan kajian klinikal atas produk mereka sebelum ia dikilangkan. (Part ini yang banyak berlaku di Malaysia, sehingga menjadi lambakan "Suplemen Sampah" yang boleh memudaratkan anda!)
Sebagai penutup kepada entry ilmiah saya ini, suka saya untuk membuat kesimpulan tentang "Shaklee Landmark Study":

  1. Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangka masa panjang – Tiada siapa yang pernah melakukan kajian seperti ini melainkan Shaklee.
  2. Pengguna produk Shaklee mempunyai level nutrisi dalam darah yang lebih baik–Terbukti produk Shaklee adalah bioavailable di mana ia mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai biomarkers of disease risk yang lebih baik –Terbukti menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko dari penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah–Terbukti menggunakan Shaklee anda boleh meningkatkan taraf kesihatan anda.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik – Terbukti anda mampu hidup lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee –Terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangka masa panjang!
Sekiranya anda mencari hidup yang lebih sihat dan berpanjangan atau anda mencari lebih tenaga dan muda:

Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang muda, sihat, bertenaga! Pilihan di tangan anda, saya telah memilih yang terbaik.


Rujukan:

  1. Nutrition Journal 2007, 6:30
  2. http://landmarkstudy.com/
  3. http://leanseekers.com/Articles/Supplementation/Nutritional-Supplementation
  4. http://sph.berkeley.edu/gladys-block

#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Wednesday 29 April 2015

Breastpump Terbaik: Panduan untuk Mommies.

Bismillahirrahmanirrahiim...

Breastpump sangat2 penting bagi ibu yang bercadang untuk fully breastfeed bayi mereka terutama yang komited untuk breastfeed walaupun mereka bekerja.

Di sini emi nak kongsikan revie berkenaan breastpump untuk panduan bersama.

#keserasian breastpump adalah tidak sama bagi setiap ibu. Jadi buatlah pilihan terbaik.  :)

Kredit: cekgunorazimah.com

*******************************************

Breastpump mana yang BEST dan terbaik merupakan topik kita hari ini. CN rasa berbesar hati untuk buat review tentang breastpump yang telah digunakan selama setahun 6 bulan menyusukan Irfan. Tiada istilah breastpump mana yang BEST dan terbaik. Ini adalah pendapat peribadi CN sebagai pengguna breastpump semua kat bawah ni. Maybe tak sama dengan u all, cuma sebagai panduan kepada mommies yang berhasrat untuk beli breastpump. Yela, sebelum beli breastpump ni, mesti la kena buat research dulu supaya duit yang dilaburkan mendatangkan hasil.. 

Breastpump mana yang BEST?
Spectra 3 Electric Breastpump
1. Spectra 3 Electric Breastpump
: Breastpump yang paling best dan mendatangkan hasil yang melimpah ruah. Gambar kat atas ni cuma letak 1 botol jer, CN beli doublepump.
: Masa mula-mula guna memang sakit yang amat dasyat sebab takde silicone breastshield macam Unimom Mezzo. Seminggu jugak la nak biasakan diri dengan pump ni. Tapi lama2 guna dah takde feeling sakit lagi, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa ! Betul tak? hehe
: Bentuk kotak yang memang tak style. Tapi peduli apa, yang penting hasil memang tak mengecewakan ! Paling sikit pun dapat dalam 3 oz untuk dua2 belah. Kalau waktu kemuncak macam awal pagi dan petang, memang akan dapat 2 botol penuh ! Bagi CN, untuk golongan pertengahan mcm CN ni, spectra 3 memang breatspump yang terbaik & best !
: Ramai orang cakap bunyi spectra ni bising. Memang tak dinafikan. Tapi tak mengganggu tidur Irfan pun. Taknak bising, letak bantal cover banda alah ni..senang jer.
: Rating - 4.5 / 5 bintang untuk harga dan kualiti


Breastpump mana yang BEST?
Unimom Mezzo Manual Breastpump
2. Unimom Mezzo Manual Breastpump
: CN beli breastspump ni 2 hari sebelum bersalin. Sesuai digunakan untuk beginner macam CN lagi2 waktu kena bengkak susu dulu. Memang tak sakit langsung ! Kualiti macam Avent tapi separuh harga murah ! Korang tak nak ke? hehe
: Yang tak best bila beli manual ni adalah LENGUH tangan. Serius, kena tukar 2 belah tangan kalau nak mengepam. Berbanding elektrik yang hanya letak jer dan tunggu hasil keluar. Manual breastpump ni, korang kena gigih berusaha untuk mendapatkan 12 oz !

Breastpump mana yang BEST?
Silicon diaphragm
: Satu lagi yang buat CN frust dengan breastpump ni adalah silicon diaphragm cepat koyak. Memang sensitip ! Tak pasal2 kena cari benda ni dekat kedai. Selamat ada, kalau tak, memang terbang la duit kena beli breastpump baru kan? Bagi CN, breastpump ni antara breastpump manual yang terbaik.
: Rating : 4/5 bintang untuk harga dan kualiti
Breastpump mana yang BEST?
Avent Manual Breastpump
3. Avents Manual Breastpump
: Breastpump ni CN pinjam dekat bff, Kak Rafeah. Dia yang offer guna breastpump dia sebab CN duk merungut cakap breastpump Unimom CN rosak. Sementara tunggu CN repair Unimom tu, adalah dalam sebulan lebih gak CN duk guna breastpump ni. Dah nama pun Avent dan harga pun MAHAL. Semestinya berkualiti kan?
: Memang best breastpump ni, macam guna Unimom juga. Bezanya benda ni mahal tapi Unimom murah. Cara guna dan pengalaman guna memang sama dengan Unimom. Sebab tu CN bagi rating yang sama dengan Unimom sebab memang SAMA ! berapa banyak sama daa..hehe
Breastpump mana yang BEST?
Star valves
: Berbanding dengan Unimom yang silicon diaphragm cepat koyak, Avent pula CN tak suka part star valves yang cepat terkeluar kalau CN pump dengan ganas ! Memang mengganggu kena masukkan balik waktu mengepam ! Tapi  masih berpuashati..
: Rating : 4/5 bintang untuk harga dan kualiti

Breastpump mana yang BEST?
Pureen Manual Breastpump
4. Pureen Manual Breastpump
: CN memang tak serasi dengan breastpump ni. Kenapa CN  akap macam tu? Sebab tak sampai guna 2 minggu dah patah pemegang dia !! Maklum la, CN  ni kalau pump memang bersungguh-sungguh dan sepenuh hati ! Ayat cover..hehe
: Maybe sebab dah biasa rasa sakit masa mula2 guna spektra, bila guna pureen manual breastpump ni, memang tak pernah lak rasa sakit. Tu yang CN pelik orang duk cakap guna pureen ni sakit, tapi CN tak rasa apa2 pun. Biasa jer..tapi nasihat CN  takyah le beli breastpump ni. Membazir jer sebab guna kejab dah rosak. Tak sesuai untuk investment giteww...
: Rating : 1/5 bintang untuk harga dan kualiti

Breastpump mana yang BEST?
Anakku Manual Breastpump
5. Anakku Manual Breastpump

: Bila sebut manual breastpump, mesti korang akan merasa kelenguhan tangan. Tapi kalu guna anakku breastpump ni, lagi ler lenguh tangan berbanding guna Unimom dan Avent. Yela, tengok ler harga pun korang boleh agak macam mana kualiti nya kan? Breastpump ni kawan CN yang bagi.
: Maybe sebab dah biasa guna spectra 3 yang mempunyai suction yang kuat. Bila guna breastpump Anakku ni, rasa macam no feeling. Susu keluar pun macam nak tak nak kuar jer..sedey kan? Tapi still hokay untuk breastpump manual yang murah dan digunakan di tempat kerja untuk menghilangkan bengkak susu.
: Rating : 2/5 bintang untuk harga dan kualiti


STORAGE : Tempat Simpan EBM
Breastpump mana yang BEST?
Jingle Jungle Breastmilk Storage Bag 12 Oz
1. Jingle Jungle Breastmilk Storage Bag

: CN prefer guna plastik sebab menjimatkan ruang dan senang di bawa merata-rata berbanding botol yang agak leceh. Walaupun botol boleh basuh dan plastik ni lepas guna terus buang. Takper la, harga hokay dan muat dalam freezer. Maklumla, CN takde deep freezer, sebab tu kena jimat ruang untuk share dengan ikan2 dan ayam2..hehe
: Harga plastik ni antara yang murah di pasaran dan berkualiti. Dinasihatkan borong semasa promotion.

Breastpump mana yang BEST?
Autumnz Breastmilk Storage Bag 7 Oz
2. Autumnz Breastmilk Storage Bag

: Berbanding Jingle Jungle, plastik Autumnz lagi tebal dan berkualiti. Harga pun lebih kurang. CN hanya akan borong plastik ni waktu promotion yer sebab harga dia murah dan berbaloi2.
: Banyak lagi brand plastik storage ni di pasaran. Tapi MAHAL dan rugi sebab last2 guna buang jugak kan? So dinasihatkan beli yang murah dan berkualiti.
: Bagi CN, cuma Jingle Jungle & Autumnz yang MURAH dan berkualiti..korang pulak macam mana?


Jadi, apakah pendapat anda ? Breastpump mana yang BEST dan terbaik ? Tepuk dada, tanyalah poket..hehe


 Lagi artikel berkenaan breastpump: 17 jenama breastpump yang bagus, terbaik & murah.



#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Tuesday 28 April 2015

5 Tips Melayan Selera Anak Cerewet

Bismillahirrahmanirrahiim..

Tidak mudah untuk melayan kerenah anak yang cerewet. Terutamanya apabila tibanya waktu makan. Pelbagai ragam diberikan. Sesekali tentu anda pernah berasa kecewa jika anak tersayang enggan makan makanan yang dihidangkan.

Sudah banyak peluh dikeluarkan tetapi si dia tetap cerewet. Memang mencabar sekiranya kita mempunyai anak yang cerewet dan memilih makanan ini.
Sebenarnya dalam menangani situasi begini, anda tidak boleh keterlaluan memaksa atau memarahinya kerana ia hanya akan membuatkan anak anda terus menolak makanan tersebut. Bertenang, bersabar dan menjadi kreatif boleh membantu si anak bertukar fikiran untuk mencuba makanan yang dihidang. Di sini dikongsikan tips untuk mengatasinya.’
Melayan anak cerewet
Melayan anak cerewet  [PaMa]

Kanak-kanak tahu berapa banyak makanan yang diperlukan oleh tubuh badan mereka untuk terus membesar dan sihat, jadi sebagai ibu sediakan pelbagai jenis menu sihat tanpa rasa jemu untuk hidangan sekeluarga. Jadi semua orang akan seronok menikmati masa makan.

5 Tips Melayan Selera Anak Cerewet

  1. Sediakan pelbagai menu makanan setiap kali masa makan. Bersabar semasa melayan kerenah anak sebelum dia bersedia untuk mencubanya. Setiap kali anda perkenalkan hidangan baru, hidangkan seperti biasa di atas meja makan dan jangan terlalu menekankan tentang menu baharu itu.Sekiranya anda terus menghidangnya di dalam pinggan anak, dibimbangi dia berasa tertekan. Sebaliknya jika dia lihat semua ahli keluarga makan dengan selamba beberapa kali, tentu dia juga terbuka hati untuk mencuba makanan tersebut.
  2. Hidangkan dalam saiz yang kecil. Mereka hanya makan separuh daripada saiz orang dewasa. Contohnya, setengah cawan bijirin atau yogurt, dua keping daging, empat sudu besar sayur dan sepotong roti.
  3. Jangan beri mereka terlalu banyak pilihan. Contohnya jika anda berkata“Sekarang waktu makan malam. Adik nak makan apa?”Anak anda mungkin akan memilih makanan yang hanya dia makan sahaja. Sebaliknya anda berkata, “Ok ni hidangan makan malam kita.”Jadi dia perlu memilih makanan yang dihidang sahaja.
  4. Sesekali libatkan anak anda dalam proses penyediaan makanan. Ia termasuk membeli belah dan penyediaan makanan. Tentu sahaja dia berasa lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut.
  5. Sentiasa mencari cara bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya.

3 Perkara Jangan Lakukan!

  1. Elakkan memberi tekanan pada dirinya. Jangan terlalu mendesak anak anda untuk menghabiskan apa yang ada dalam pinggannya jika dia sudah tidak mahu.
  2. Elakkan memberi rasuah. Ya, elakkan dengan merasuah anak anda untuk makan dengan memberi ganjaran seperti gula-gula atau apa sahaja. Ini akan menyebabkan anak anda mengambil kesempatan di kemudian hari.Cara terbaik adalah dengan memberi bahagian yang sedikit kepada dirinya untuk makan. Serta berikan peluang kepada dirinya untuk meminta tambahan makanan.
  3. Usah terlalu risau. Jangan belasah bersalah jika anak anda tidak menyukai atau tidak menghabiskan sesuatu. Selalu letakkan di minda bahawa anak anda tidak akan berlapar melainkan dirinya sakit. Jadi elakkan diri daripada terlalu risau.
Semoga artikel ini membantu.
Sebahagian artikel ini diberi kredit kepada PaMa. & Bidadari.my


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     
#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?
#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?

Saya sedia membantu!!
 
Lots of love,   

Emi | 0132226473
Shaklee ID | 1102784
Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.
 

Monday 27 April 2015

Tambah Susu Dengan Alfalfa, Berkesan Ke?

Bismillahirrahmanirrahiim...


Emi doakan semua pembaca blog Pearl V-ta memperoleh kesihatan terbaik & menjadi insan yang sangat berjaya di dunia & akhirat. Tolong doakan emi juga ye. Terima kasih... :)

Hari ni kita nak menyelami dunia penyusuan ibu. Di mana kita semua maklum susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kita. Saranan Allah di dalam alQuran agar kita menyusu bayi kita dengan susu ibu sehingga genap 2 tahun.

Bagi ibu yang mengalami masalah penyusuan, digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat menjayakan penyusuan susu ibu yang sudah terbukti mampu memberi kecerdasan & kecergasan kepada bayi kita. Berikan terbaik untuk anak2 kita.

Hari ni nak share tentang cukup ke ibu menyusu hanya bergantung dengan supplemen Alfalfa sebagai penggalak susu?

Thank you to anakkuwiraku.com for the article. Happy reading!


****************************************


Ada ramai ibu yang menyusukan anak mereka hari ini setelah kita didedahkan dengan kebaikan susuibu. Sudah pasti apa yang ditekankan tentang kebaikan susuibu adalah khasiatnya yang tinggi antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai ibu yang telah sedar kepentingan "life balance"... terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susuibu dengan lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.

Namun terdapat segelintir ibu yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya , bolehkah? dan
Adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?

Persoalan pertama , bolehkah jika si ibu hanya bergantung dengan ALFALFA sahaja?

Melalui pengalaman diri ibu sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan pagi , 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUNmalangnya pada satu tahap si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah mengantuk bila pulang kerja(tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu. Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.





Berbeza pula jika si ibu itu mengambil vitamin secara lengkap...iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada  dasarnya vitamin ini ibarat minyak pelincir kepada kereta. Jika sesebuah kereta itu dijaga penyelenggaraannya (maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak...maka sudah pasti kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga , bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten...sudah pasti dengan izin ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.

Apa fungsinya setiap vitamin dalam set B sebenarnya ?

a) Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan kesemua vitamin beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...Ada sesetengah doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

b) B Complex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu.
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantikberseri dan tidak kusam.

c) Vitamin C
Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah & cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

d) Alfalfa
Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan...secara automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.


Maka si ibu punya pilihan iaitu
1. Hanya memastikan susu terhasil dengan banyak tanpa mengira kepentingan kesihatan di si ibu itu sendiri
Si ibu hanya concern on quantity....

ATAU

2. Mengambil vitamin yang seimbang dengan keperluan ibu supaya ceria dan bertenaga disamping menghasilkan susu dengan lebih baik dan  mengkayakan nutrisi dalam susuibu. Si ibu concern on quality and later thought about quantity.


Jika masih ada yang bertanya, do i need supplement? Jawapannya terletak pada diri kita kerana hanya kita sahaja yang tahu our own life style.
Mungkin ada orang kata dia tak perlu sebab belakang rumahnya adalah kebun sayur-sayuran, ada kebun buah-buahan yang bersih dari semburan racun, ada reban ternak ayam dan itik maka tak makan ayam injectdan dapat makan telur ayam kampung bila-bila masa...so tak perlu supplement memang betul :)


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     

#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?


Saya sedia membantu!!
 

Lots of love,   

Emi | 0132226473

Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.

Sunday 26 April 2015

Tips Fit & Sihat Sebelum Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahiim..

Emi doakan semua pembaca blog Pearl V-ta menjadi orang yang sangat berjaya di dunia dan juga di akhirat sana.

Moga kita semua dimasukkan ke dalam syurga  tanpa hisab..amiin.. Doakan kejayaan Emi juga ya.



Kalau orang lain sibuk nak kurus sebelum raya. Emi pula rasa better kita fit dan sihat sebelum Ramadhan.

Yela. Bulan Ramadhan la bulan yang kita nak buat banyakkk amal ibadat. Bulan yang pahala amalan nya berlipat kali ganda. Pada bulan Ramadhan la kita nak solat terawih, solat dhuha, qiamullail, khatam al-Quran, berpuasa di siang hari sambil bekerja, & banyakk lagi amalan yang kita nak buat. Nak rebut Bonanza yang Allah kurniakan. Rugiii sape2 tak pandang or buat2 tak nampak ganjaran yang Allah tawarkan ni..

kalau badan kita penat,tak fit, menggeletar kepenatan, mengantuk, macam mana kita nak rebut bonanza dan pahala berganda2 tu?

Selain amalkan pemakanan sihat dan supplemen TERBAIK SHAKLEE yang membantu untuk kekal bertenaga, fit & sihat, sahabat2 boleh follow tips2 di bawah:

sumber: rotikaya


Jom cuba 20 rutin ini, yang akan menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah!
Lime-Juice-Desktop-Photo

1. Minum jus limau dengan madu pada waktu pagi sebelum sarapan. Ia sangat membantu dalam penghadaman.

oats

2. Anda boleh mengamalkan protein shake (ESP Shaklee, Cinch Shaklee @ Mealshake Shaklee) atau oat untuk sarapan pagi. Pastikan anda gunakan susu skim sahaja. Susu dengan lemak harus dielakkan sejauh yang mungkin.

cheese-2

3. Elakkan dari hidangan yang kaya dengan mentega atau keju . Juga kurangkan minyak dalam masakan.

fruit_salad_by_shrapnel4201

4. Makan banyak buah-buahan. Buah-buahan adalah sumber yang baik vitamin dan mineral. Selain itu ia akan membuatkan perut anda cepat kenyang.

tea

5. Minum teh herba kerana ia membantu untuk pelawasan yang baik. (Cinch Tea Mix Shaklee superb!)

pouring water in a glass collection isolated

6. Minum banyak air. Anda boleh minum air sebelum makan untuk mengurangkan selera makan anda tetapi jangan air sejurus selepas makan. Jika anda minum air yang banyak anda juga perlu memastikan nutrien badan anda tidak turun.

detox-juice-spinbikesandopaquetights

7. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, penyelesaian yang terbaik ialah jus detox. Buah-buahan dan sayur-sayuran akan mengepam keluar semua toksin dari badan anda .

Avoid_salt

8. Elakkan garam boleh membantu dalam menyingkirkan pengekalan air dari badan. Bebas garam tidak hanya termasuk tiada garam tambahan dalam makanan tetapi ia juga melarang anda untuk menikmati makanan yang dibungkus. Bebas garam akan membuatkan air dalam badan anda kurang, jika anda buat rutin ini dalam jangka masa panjang.

deal_image_2417

9. Terdapat beberapa rawatan spa yang menawarkan rawatan untuk penurunan berat badan untuk menghasilkan kesan serta-merta.

Summer-cocktail-fresh-fruit-juice-on-beach

10. Tukar minuman kegemaran anda kepada minuman sejuk yang rendah kalori dan jus buah-buahan.

good-nights-sleep

11. Rehat secukupnya adalah perlu untuk mengekalkan keseimbangan badan. Kurang tidur boleh mengurangkan peluang anda untuk mengurangkan lemak.

article-2702593-1FE0AC3E00000578-507_634x430

12. Jangan mengambil makanan ringan berat seperti burger dan kentang.

salad

13. Makanan ringan petang boleh digantikan dengan hidangan salad.

salty-chips

14. Elakkan kentang dalam apa jua hidangan termasuklah kerepek kentang.

ouchsm

15. Cuba untuk mengamalkan tabiat seperti berbasikal dan berjalan untuk jarak dekat kerana ini adalah sangat baik untuk kesihatan anda .

exercise-stretch

16. Bersenam secara teratur. Senaman yang berbeza mampu membantu anda untuk mengurangkan lemak dari tempat yang berbeza. Jangan malas.

beauty_spa_fitness

17. Yoga juga membantu untuk memastikan anda sihat. Ia tidak mengurangkan banyak lemak tetapi ia menjadikan fungsi badan anda dengan lebih lancar. Ramai mereka yang mengamalkannya mendapati, yoga membantu untuk mengurangkan berat badan serta tekanan.

meat-fat

18. Cuba untuk mengurangkan lemak daripada daging tetapi seboleh-bolehnya cuba untuk menggantikannya dengan makanan yang kaya dengan serat.

workaholics1

19. Jangan skip waktu makan. Sila ingat bahawa berlapar tidak akan membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Anda perlu makan secara berkala untuk mengekalkan imbangan badan anda.

liposuction-lead

20. Ini pilihan terkahir. Liposuction adalah kaedah pembedahan membuang lemak, tetapi ia mempunyai risiko berkaitan kesihatan.


#Ingin menjana pendapatan 3-5 angka hanya dari rumah?     

#Anda sedang mencari produk kesihatan untuk anda dan seisi keluarga?

#Anda mencari konsultasi terbaik dari pengedar produk kesihatan anda?


Saya sedia membantu!!
 

Lots of love,   

Emi | 0132226473

Shaklee ID | 1102784

Pearl V-TA
When Health Matters Most

Anda rasa post ini bermanfaat? Feel free to like and share. Sebarkan bahagia.